Assalamualaikum atok! Ketupat rendang banyak lagi tak?? Kami lapar ni..
Hoho.. Semalam aku baru merengek pasal tak excited nak raya. BUT...but.. At last datang juga mood nak beraya. Walaweh..
-Rumah dah kemas
-Semalam pergi shopping
-Biskut raya kelihatan
-Beg yang banyak (beg baju lah, kejap lagi nak balik kampung)
Yeaaahhhh! Bebudak sekalian, tolong lah jangan bagi aku kumpul dosa. Jangan main mercun boleh, lagi2 yang bom2 tuh. Penat aku melatah, penat aku menyumpah. Aku piattt telinga angpa semua nanti. Ehem..bunga api takpa. haha
Kepada En. Tunang, sila gembirakan diri. Yang dah pergi biarlah dia bahagia di sana, yang masih ada lagi, hargailah mereka. Okeh. :)
Kepada awak,awak, dan awak dan awak2, kita maafkan awak2 sekalian ok. Tapi kita tak nak jumpa angpa lagi dah. Kalau boleh lah. Terus terang, kita tak suka masa silam kita. Macam haprak ok. haha
Kepada kenalan dan sanak saudara sedara berdara2, whatever... kita minta maaf, halalkan makan minum kita, hutang2 kita ok. 0-0 okeh.
Ok. Kita nak bertolak dah ni. Doakan kita dan keluarga selamat. Amin.
p/s: Teddy jom ikut balik kampung!
09 September 2010
MOOD RAYA KEMBALI!
08 September 2010
TAK EXCITED NAK RAYA.
Assalamualaikum nenek! Kami datang nak makan + duit raya, nak duit hijau tua, tak pun merah 5 keping!
Entah apa yang masuk dalam badan aku. Pelik. Aku takde feel nak raya. Adakah aku tak sempat nak raya? Wallahualam.
Tahun ini aku tak excited macam tahun-tahun lepas. Aku tak excited nak beli baju raya. Aku macam nak pakai je apa yang ada. Tak yah beli baru. Sebab ada je baju kurung yang tak pakai lagi. Kasut yang aku beli tu pun sebab aku suka memang suka beli kasut, beli beg. Jangan cerita lah, En. Tunang dah masak dengan sikap aku.
Aku tak tahu lah kalau-kalau ada yang menggangu fikiran aku sampai mood raya aku hilang kan. Mungkin juga sebab raya tahun ini kami tak beraya di Lenggeng as usual. Kampung is under construction. Mungkin lah.
Mungkin sebab mama tak buat dah kuih raya macam dulu. Kek coklat, kek lapis, kuih bahulu. Sebab mama dah menjadi wanita berkerjaya semula. So mama busy ok.
Mungkin sebab rumah kelihatan macam biasa, macam tak raya. Tak kemas lagi, tak ganti apa lagi. Ya lah, esok papa mama cuti, esok jugak nak balik Dengkil. So bila nak kemas? Jangan harap aku nak mengemas kalau papa mama tengah kerja. Sebab aku lagi suka kemas rumah time depa ada. Barulah masyuk kan.
Mungkin sebab aku wanita aku kaum hawa yang takkan puasa penuh. Mungkin juga ya.
Mungkin sebab macam-macam telah terjadi di sekeliling aku. Macam-macam lah.
Mungkin juga sebab aku dah dewasa. Ngek, takde kaitan.
Mungkin sebab aku tengah lapar tunggu berbuka sebab itu aku jadi weng2 sedikit.
Apa-apa pun, kalau lah ini Ramadhan terakhir ku, aku lah golongan yang rugi. Sangat rugi.
Ok lah. Nak jadi cool balik.
Kepada semua umat Islam di bumi Allah ini, aku mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.
Yang buat salah dengan Allah, bertaubat lah. Yang buat salah dengan manusia, bermaafan lah.
p/s: saja nak kongsi. Klik link ini. Baca apa yang Ustaz Zaharuddin cakap pasal Dosa-dosa dan Facebook.
07 September 2010
AKU GADIS COOL, BUKAN GADIS EMOticon
Assalamualaikum pakcik!! Kami datang nak raye!
Najatun, sila laporkan pada aku kalau-kalau ada lagi entri emo yang kau jumpa dalam blog aku. dush3.
Entri emo berturut-turut. Ngok ngek je la Masturah Idrus ini. Sungguh ngok ngek. Buat malu keturunan ja.
Ok. Semalam tengok doomsday. Gadis berpangkat Mejar. Cool kan. Gadis yang diserap masuk ke dalam sistem ketenteraan. Hati dia kering. Dia tak menjerit macam aku. Dia tak menangis macam aku. Dia cool aje. Whatever happen pun, muka dia still cool. Apa nak jadi pun, dia still cool lagi. Dia tak EMOticon macam aku pun.
Betul ke ada gadis cool macam itu? Kalau ada aku nk berguru dengan dia boleh?
Best nye. Nak jadi cool.
Tak nak lah jadi gadis yang asyik peluk teddy sambil menangis kan. Sungguh tak cool. Basah teddy buncit.
Tak nak lah jadi gadis yang cepat EMOticon. Sungguh tak cool.
Tak nak lah jadi gadis yang slow, pending, tak alert. Sungguh tak cool.
Tak nak lah jadi gadis yang asyik dipermainkan. Sungguh tak cool.
Tak nak lah jadi gadis hot dunia, takut berjangkit kat akhirat pulak. Sungguh tak cool. (En. Tunang, kita tak nak perasan hot dah, sungguh tak cool. Ok. Giler gedik.)
Kami tak hot kami cool. haha. BTW, Im listening to ERA, neither HOT nor XFRESH.
p/s: selagi kita berpegang teguh pada Al-Quran dan Hadis, InsyAllah kita takkan akan terkeluar dari landasan yang diredhai NYA. Selamat hari raya. Say no to illuminnutyyzzz.