Selama ini dia sendirian tak pernah berteman bila mana dia duduk di tempatnya;di hujung sudut kanan untuk melakar awan dan melontar pandangan sejauhnya. Pilot Shaker dan sketchbook di tanganlah selama ini teman setia.Namun tiba-tiba ada yang bertandang tak diundang ke jajahannya entah jatuh dari langit mana.Lari dari segala kekusutan kepala ke sini untuk kini dikusutkan semula?Dia sendiri tak pasti segala yang berlaku ini membawa petanda apa.Dia;the Jaded Jade in the Middle katanya.
Bukan pelik kalau nak dikatakan dia hidup hanya sebagai jasad bernyawa.Sebab segala yang didengar telinga itu tak bawa makna dan yang dipandang mata itu kosong tanpa warna.Dia mencari tenang damai dengan meninggalkan realiti dunia nyata,untuk tenggelam dalam fikiran sendiri di dalam kepala.Hujung sudut kiri bumbung ini,itu kawasannya.Dia;Batrisya.
Di atas bumbung Wisma Topaz segalanya bermula.Tangga lapuk masam Wisma Topaz empat tingkat itu yang mula menghubungkan hidup keduanya.Bumbung kusam yang menadah awan tanpa atap itu yang menjadi telaga damai untuk menelah persoalan yang tak pernah ada hitam putih jawapannya.Tembok batu bisu di situ yang menjadi saksi kepada seribu satu harapan dan mimpi,cerita dan bicara.
Ini cerita sebuah bicara.
Bicara bumbung namanya.
Firstly, I thought this book will be same like other malay novels. Cintan-cintun. Fantasi. Ada elemen yang tak logik. Dan jalan cerita boleh diagak. Tapi bila dah baca sampai setengah buku. I find out that I was ABSOLUTELY WRONG.
Its not a love story, its a life story. Realiti kehidupan. Jalan cerita lain dari lain dan sukar dijangka.
Ilmiah ke?
Indeed. Penulis banyak ketengah kan falsafah daripada ilmuan terdahulu, tafsiran ayat-ayat Al-Quran, Hadis, dan buku-buku Ilmiah dimana salah satu nya adalah dari tulisan Harun Yahya. Dari sini kita nampak yang dia mesti dah study banyak rujukan sebelum menulis.
Mesti korang rasa novel ini membosankan selepas apa yang aku katakan. You are totally wrong. Percayalah, penulis sampaikan semua itu dengan simple dan menarik supaya akal kita mudah menerima tulisan dia.
Memberi kesan terhadap diri aku.
In sudden, aku nak pergi cari buku Basic tenets of Islam by Harun Yahya. Buku ini banyak kali di sebut dalam novel tersebut. Its kinda interesting, so i will try to find it Insyallah.
Tiada fantasi cinta.


