Apakah? Perasaan ini datang semula. Rasa tak ingin berada di sini. Kata orang, semangat harus kuat. Ya, kata itu mudah, buat nya payah. Graf semangat aku bukan selalu berada di tahap atas dan akan tetap sama pada titik y di sepanjang paksi x. Tidak. Aku manusia biasa yang sering terumbang ambing macam kamu jua.
12 Januari 2011
HOMESICK IN SUDDEN
09 Januari 2011
SETIAP ORANG ADA FOLLOWERS DAN HATERS TENSENDIRI. LUMRAH ALAM.
Assalamualaikum. Hari ini Pekan, Pahang masih sejuk.
Jika dah dikatakan ianya lumrah alam, maka ianya seerti dengan realiti hidup. Yeke? Memandai je. haha. Yelah kot. Walau kita baik macam mana pun, kita tetap akan ada haters. Walau kita jahat macam iblis sekali pun, akan ada orang yang follow kita.
Kita tak boleh nak nak bagi harapan tinggi pada diri sendiri di mana semua akan sayang kita jika kita baik, pemurah, gojes tak hengat and so on lah.
Jika berfikir sesaat, kita akan cakap followers lah yang buat kita kuat selama ini. Mereka menyokong kita, berdiri di belakang kita. Yelah. Apo-apo je lah. Tapi, cuba-cuba lah berfikir selama seminit pulak, korang akan mendapati bahawa haters la yang buat korang hebat sebenarnya. Bukan hebat yang gah tuh tapi seorang manusia yang hebat, yang betul-betul kuat mental nya.
Jika nak dibanding kan followers dengan haters, haters lebih concern terhadap kelemahan seseorang berbanding followers yang sering menjulang orang itu dengan pujian. Am I right? Realiti kan?
Kalau nak maju, kelemahan harus dibaiki, bukan disembunyi. Kalau orang itu salah, katakan salah, bukan buat orang itu tak sador salah dia.
Kesimpulan nya, hidup ini harus seimbang, kalau tak seimbang kita hilang pertimbangan untuk menetukan haluan hidup. Sayangi lah followers dan haters anda kerana kita bersaudara. ececececeh.
Jangan suka bila dipuji, jangan benci bila di keji. Hidup ini saling memerlukan. Think wisely.
p/s: pasal petik-petik nama bloggers tuh, artis pun selalu kena petik-petik nama jugak, tapi sesetengah dari mereka tak cepat melatah sebab dia tahu benda itu macam kentut, sekejap aja bau nya hangit, lama-lama hilang lah.
p/s: gambar-gambar kacak dengan jelita kita ini memang lah hak kita, tapi kita ini hak Allah yang mutlak. So siapa yang lebih berhak atas gambar itu?
p/s: gadis-gadis, lengan pun aurat ya bukan rambut sahaja. :)
06 Januari 2011
AKU PILIH UNTUK DIAM.
Aku kini di sarang baru. Kapasiti semakin kecil. Tidak semeriah dahulu. Aku dan teman bilik akan cuba selesakan diri kami.
Dingin. Kaki berstoking dan berselubung. Kipas berputar lemah. Pintu berdentum dentam dek angin laut. Sejuk.
Telefon bimbit di sisi kanan ku. Tedy setia menemani ku. Sedikit sebak. Ya. Aku sedang dalam minggu sensitif.
Mungkin juga salah ku kerna kurang memberi tumpuan. Aku cepat leka. 2 bulan berpisah dengan teman-teman gadis di sekolah membuat kan aku ingin selalu menghabiskan masa bersama mereka. Jadi yang lain aku terlupa seketika.
Bukan aku lupa terus. Aku lupa kejap cuma. Itu memang sudah di ketahui. Sedikit sebak bila sorakan ceria di sambut hambar. Dan masih sebak.
Tak perlu salah kan diri. Biarkan aku begini. Tidak perlu ambil kisah. Tidak perlu berasa susah. Aku dianugerah kan dengan sifat cepat lupa. Aku akan cepat lupa. Aku takkan ingat. Jadi tak perlu gusar.
Tidak perlu buat telefon ku berdering.
Tidak perlu buat skype aku menimbul.
Tidak perlu.
Semua itu hanya akan menambah sebak. Biar aku pulih sendiri. Itu lebih baik.
Aku pilih untuk diam.
p/s: aku lebih aman jika tiada yang paham coretan ini.