Kali ini mungkin akan ku ringankan sedikit bahasa penulisan ku. Aku hanya ditemani bunyi kipas serta cahaya laptop ku sahaja di pagi khamis ini. Masih gelap ya di luar sana. Adakah kegelapan itu sama seperti keadaan hati ku? Ada perubahan negatif terhadap diri ku. Perasaan ku sahajakah? Atau ia memang benar? Aku juga tidak mengerti mengapa. Aku rasa lain. Aku rasa ada sedikit kejahatan yang berselindung di kamar hati aku. Memang normal untuk setiap manusia. Kita bukan malaikat. Akan ada juga kesilapan yang bakal berlaku. Kerana kita lemah. Ya,kita hamba Nya yang lemah. Kita hanya mampu bertahan dan meminta pertolongan kerana Dia sahaja yang kuat. Aku lemah tika ini. Segala-galanya. Iman,kesihatan,fikiran,tabiat. Lemahnya aku! Aku ingin bangkit. Aku ingin maju. Aku mahu singkirkan kejahatan itu. Tidak mahu aku menyimpannya buat pekasam yang bakal mengelapkan pandangan aku sehingga aku buta dan tersimpang ke arah yang tidak sepatutnya. Aku memohon pertolongan Mu ya Allah.
10 Disember 2009
CORETAN DI MALAM HARI
Setelah bergelar mahasiswi, aku kenal erti cabaran di universiti. Aku tahu mengapa ia merupakan satu tempat yang ingin di tuju. Aku kurang yakin aku dapat survive dengan baik jika aku tidak mengukuhkan niat dan iman aku sepanjang berada di bumi Pahang. Jika di maktab dahulu (MRSM Serting),aku dibimbing dengan baik. Ya,aku dapat rasakan perubahan yang baik pada diri ku. Tetapi,sedih. Makin aku dewasa,makin kurang bimbingan yang aku terima. Bukan tiada,tetapi aku yang tak pergi mendapatkannya. Semasa di maktab,kami di kerah ke surau setiap hari. Apabila tiba waktu di matrikulasi,kerahan itu hanya berjalan ketika minggu orientasi begitu juga semasa minggu induksi (orientasi) di pusat pengajian ku kini.
Aku rindukan bimbingan. Aku perlukan bimbingan untuk terus survive. Ya Allah,hamba Mu ini lemah,hampir tersungkur di bumi Mu. Kurniakanlah bimbingan yang dapat mengiringi ku ke jalan Mu. Aku redha sekiranya aku harus bersusah-susah untuk mendapatkan rahmat Mu Ya Rahman. Berilah aku kekuatan untuk memperoleh kejayaan di dunia mahupun di akhirat kelak. Kau lindungi dan kasihilah ibu bapa ku sebagaimana mereka melindungi dan mengasihi aku sejak kecil. Kau eratkanlah tali perhubungan antara saudara-saudara se Islam ku. Selamatkan kami dari kelekaan dunia Ya Rahim. Amin..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 reaksi homosapien:
tiada siapa yg sempurna di bumi allah ini....
semuanya akan di uji...
maka, sabalah dan tabahlah ye kamu...
masih sempat untuk berubah....
mungkin kadang2 kite terleka, mungkin2...
tpi kite semua sama shj...
tdi lari dari ujian...
so, keep going with ur life...
and at the same time mari sme2 mncri keredhaannye... ye....
bila bcinta, kita berfikir adakah cinta 2 mdekatkan diri kita dengan Allah? bila sakit, kita bfikir adakah mati 2 akan dtg bile2?kalau sukar mencari Allah, adakah senang Allah mendatangi kita?kita yg menn2kan diri kita sendiri dgn bbekalkn AQ & sunnah..reflek diri bsama,jgn biar hati "mati".andai hati mati, kkosongan sntiasa hadir.brdoalah bsama2 agar diperolehi hati yg bru semurni kain putih tnpa noda. ingtan utk drimu &diriku.wasalam
Catat Ulasan
komen lah dengan ikhlas ya. Aku terima sahaja manis atau tajam.