Cari Entri Dulu

16 April 2010

ADA APA DENGAN STUDY LAST MINUTE?

Sedang-sedang menjalani minggu study week yang tak berapa nak lapang ni (sebab ada assignment and report pula..) aku terfikir tabiat buruk aku selama ini. Tapi tak berapa buruk lah. Sebab ia membantu. Betul.

APA YANG BEST DENGAN STUDY LAST MINUTE?


  1. Tiba-tiba kita akan baca buku pada kadar yang lebih cepat dari biasa. tup..tup..dah habis satu silibus. yeay! hebat kan? jimat masa...amalan yang mulia bukan?
  2. Ilmu yang kita belajar di saat-saat akhir itu sangat fresh untuk digunakan tika menjawab kertas soalan. "aha! semalam aku baru baca yang ini. Alhamdulillah... "
  3. Masa inilah perbincangan atau study group akan menjadi serius secara tiba-tiba berbanding sebelum ini yang dipenuhi dengan umpat-umpat dan makan kopok cicah sos. nyum3..
  4. Study week yang dibekalkan digunakan secara berhemah iaitu menjalankan aktiviti mengumpul tenaga untuk study last minute la...hehe.. (tidur..kroh...kroh...)
APA YANG TAK BEST PULA?

  1. Gelabah. Kita akan gelabah, tension, menangis tak tentu hala menjerit melolong. Masa ini tiba-tiba nak menyesal.
  2. Tak tidur semalaman. 
  3. Time masuk dewan muke tak cun langsung! Ingat comey la tuh muka macam panda. Panda je yang comey bila muka cam panda. (hah?)
  4. cukup-cukup...tak boleh lebih kan point tak best ni..
Apa-apa pun..setiap yang baik ada buruknya dan begitu juga sebaliknya. Terpulang pada kita bagaimana kita menilai sesuatu ok.


ALL THE BEST IN YOUR FINAL EXAM!


0 reaksi homosapien:

Catat Ulasan

komen lah dengan ikhlas ya. Aku terima sahaja manis atau tajam.