Cari Entri Dulu

06 Oktober 2011

Memberontak

Apa yang jiwa aku mahu aku sendiri tidak tahu. Serabut, kalut. Semua lah.

Insyallah esok aku akan tiba di kota lumpur pada pukul 9.30 malam. Rindu. Rindu mereka semua. Tapi, aku rasa serba tak kena. Mungkin kerana banyak kerja yang menghurung aku secara tiba tiba membuatkan sedikit stress.

Aku rasa serba tak kena kerana aku tiada feel untuk pulang esok.

Aku rasa serba tak kena kerana aku jahat pada dia. Aku kanak-kanak inginkan perhatian. Bila aku kata aku mahu, itu beerti aku mahu. Kanak-kanak yang tak cukup dewasa. Mungkin aku tak layak sebenarnya. Ah, merepek apa entah.

Dah lama tak travel naik bas sorang-sorang. Excited itu tidak ada kerana ada amanah yang harus aku selesaikan. Tak tenang rasa jiwa ini. Ya Allah....

Bukan apa, perancangan aku ingin pulang pada minggu lepas, tapi tak menjadi. Aku pulang minggu ini untuk celebrate birthday papa. Nak jumpa mama, nak jumpa semua. Ah. Apesal dengan aku ni.

Betul, lagi 2 minggu pelajar IPTA akan cuti panjang sikit, tapi jiwa aku kata balik, lantas aku mahu pulang.

Maafkan aku kerana membuat kau rasa terbeban atas kehadiran dan permintaan ku selama ini. Lupakan jika itu bisa buat kau bebas.

Aku merepek tak ikut flow langsung. Arios.

1 reaksi homosapien:

Cha sahaja berkata... [Reply]

balik umah je ko ye..dh test blom?

Catat Ulasan

komen lah dengan ikhlas ya. Aku terima sahaja manis atau tajam.