Cari Entri Dulu

15 Disember 2011

Campaklah aku ke mana sahaja, dengan pertolongan Allah aku boleh hidup. Insyallah!

I will survive!

Dah hampir lima tahun aku duduk di negeri orang. Kadang-kadang sahaja aku pulang ke so-called kampung halaman, yakni Kuala Lumpur, bandar metropolitan. Bandar sahaja, bukan mentaliti. Mentaliti masih di tahap yang langsung tidak membanggakan. Segelintir, bukan semua.

Dalam 5 tahun ini aku banyak belajar untuk terima segala ketentuan Allah. Biar manis mahupun pahit, aku telan kerana itu adalah jalan hidup aku sebagai hambaNya. Cerita aku telah dikarang, jadi aku ikutkan sahaja.

Dulu aku jahil, dulu aku fikir kenapa hidup aku begini, kenapa takdir aku begini. Dulu. Dulu semasa aku jahil. Aku tak berapa kenal Tuhan. Itu dulu.

Kini aku di tempat berilmu, dikelilingi orang berilmu. Sedikit sebanyak aku ada lah jugak dapat tempias dari mereka. Alhamdulillah.

Ketika pertama kali aku keluar dari rumah untuk tinggal di Serting, Negeri Sembilan aku agak takut, blur, dalam masa yang sama aku gembira kerana papa mama gembira aku dapat sambung belajar di sekolah yang bagus. Alhamdulillah. Ketika itu aku belajar berdikari. Siapa kata duduk asrama tidak bagus? Rasa dulu, baru boleh cakap bagus ke tak. Cuba dulu sebelum tolak. Ya ya. Lain orang lain penerimaan nya. But for me, I'm happy with my destiny.

Susah payah yang aku dapat ketika di Serting, Londang dan terbaru di Pekan melatih aku menjadi manusia yang sabar dan menerima ketentuan Allah. Melatih minda aku untuk sentiasa berkata :

Setiap apa yang jadi, tentu ada hikmah sebaliknya. Setiap apa yang jadi adalah ketentuan Allah. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui, Maha Bijaksana, Dia tahu apa yang Dia buat, Dia tahu apa yang Dia putuskan. Mengapa aku perlu sangsi dengan takdir Allah? 
Do believe in me, Allah knows the best for you. Just wait and see.

Jadi setakat ini, aku masih lagi boleh survive, boleh hidup, boleh lakukan rutin harian semuanya dengan bantuan dari Allah.  Segala sakit pedih susah sepanjang hidup ini ada sebabnya. Allah sayang aku. Aku percaya Allah sayang aku. Terima kasih ya Rahim.

Ketahuilah bahawa jika kita kata hidup kita memang dalam keadaan susah yang kritikal, percayalah ada yang lebih teruk dari kita. Bersyukur lah sentiasa dengan apa yang Allah beri. Dia beri kita susah setimpal dengan kemampuan kita. So dont be afraid, insyallah we can get through it. Yakin dengan Allah!

Masalah yang pernah aku alami sepanjang bergelar musafir:

1) Masalah air. Namun tak seteruk di negara yang mana penduduk nya sukar nak melihat air bersih melimpah seperti di Malaysia ini.

2) Masalah pengangkutan. Alah bisa tegal biasa.

3) Masalah duit. If you are good people or friend, your friend will just lend you their money without hesitate. Trust me. Jangan lupa bayar balik sudah lah kan.

4) Masalah belajar. Tiada benda senang dalam hidup. Yang penting harus berusaha, jangan mengharap sahaja. Ilmu takkan datang bergolek, kita sendiri kena pergi dapatkan ilmu tersebut.

etc...

Kalau nak cakap tentang masalah, memang berjela lah entry ini.

Tujuan sebenar aku tulis adalah untuk cakap:

TOLONGLAH BERHENTI MERUNGUT! MERUNGUT DAN MENGADU ADALAH DUA PERKARA YANG BERBEZA. KORANG AKAN MAKIN SAKIT HATI KALAU TERUS MERUNGUT SEKALIGUS MENYAKITKAN TELINGA DAN MATA ORANG LAIN. 

Tahu tak? Kalau dah buat salah dengan manusia, kena minta maaf dengan manusia. Kalau dah sampai sakitkan hati orang tu kira buat salah jugak tau? Macam mana kau nak cari orang lain yang kau sakitkan untuk kau mohon maaf?

Sebab itu Islam menggalakan kita saling bermaafan. Maafkan semua orang sebelum tidur. Tapi kalau orang yang kau sakitkan itu tak maafkan kau, memang nasib kau lah si perungut!

Namun, bagi aku jika aku lupa kesalahan yang telah korang lakukan pada aku itu, kira aku dah maafkan lah. Dan insyallah aku cuba untuk sentiasa memaafkan yang lain. Maafkan aku juga!

Akhir kata, berhenti merungut, dan mula jadi orang yang sentiasa bersyukur.

Assalamualaikum!

p/s: Mug spongebob pecah berderai pagi tadi.
p/s: Masih tak cover tidur malam tadi.
p/s: Aku puasa wajib hari ini! Last day! Lepas ja maghrib, langsai hutang aku.
p/s: Mama dah bersara, she is suri rumah again! hehe
p/s: 18 hari lagi menjelang peperiksaan akhir semester. Doakan kejayaan aku. Terima kasih!
p/s: Ini lah akibatnya bila dah lama tak tulis blog, berjela aku taip ni woi! Hahahahaha

3 reaksi homosapien:

Mohd Nurfauzi Mazlan berkata... [Reply]

hahahaha, banyak betol idea ko menulis ye.. ni mesti kalau wat karangan pnjg bejel2 ni.. by the way, nice words... keep up... ^_^

Tanpa Nama berkata... [Reply]

hurmm klu nak merungut sape nak mendengar,merungut ngan member kena perli balik ada la...bab duit..pelik knapa student tiap2 sem x cukup duit,sedangkan ak tiap2 sem dapat menyimpan..haha

update la pasal green card

independently produced

Tanpa Nama berkata... [Reply]

aku rasa merungut utk lebih baik.cth masalah bas kt uni..tu perlu utk penampahbaikan..mmg la bersyukur,tp dlm masa yg sama,kte kne la upgrade hidup kan?lagi2 bila uni bg yuran mhl,tp bas cm haram..Allah tak suka kalau hambaNYA terlalu redha smpai terima je apa aje tnpa merubah..kan kan?sbb mslh bas suma tu bleh di buat,tu sume atas usaha manusia kan? -cha- gua dh xde blog,tp baca je blog org-hehe- #randomopinion

Catat Ulasan

komen lah dengan ikhlas ya. Aku terima sahaja manis atau tajam.