Cari Entri Dulu

Memaparkan catatan dengan label Sukan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sukan. Papar semua catatan

24 Julai 2011

"Tidak Solat,Tiada Keberkatan,Sebab Itulah #HarimauMalaya Kalah" Awak Terlupa Sesuatu Sebenarnya

Tajuk diatas bukan kata-kata aku. Kecuali ayat terakhir. Keberkatan bukan sahaja datang dari solat. Awak lupa tuh.Lagi satu, sesungguhnya Allah dah memberi kelonggaran (rukhsah) kepada musafir seperti mereka. Diorang boleh ja Jamak kan Maghrib dengan Isyak right? Sudah sepak mula ditetapkan pada pukul 7.30pm. Bukan mereka sengaja tidak mahu solat.

Perlawanan bola sepak diantara Singa dan Harimau Malaya sebentar tadi agak menarik sebab banyak gol. Tapi tak menarik lah buat negara kita kan? Apa-apa pun alhamdulillah. Sekurang kurangnya aggregate kita tak jauh tapi bahaya 2-0.

Sudah lah dengan mukadimah.

Tadi, sambil tengok game, sambil tuh aku lepak kat timeline (Twitter). Semasa separuh masa pertama, Harimau kita kena hentam teruk. Cian dia. Jadi, mulalah pelbagai tohmahan keluar di twitter. Ada yang baik ada yang keji.

Agaknya, kalau kita rembat banyak gol tadi, tohmahan itu akan jarang keluar di timeline. Percayalah.

Sekali lagi entry ini berkenaan dengan aurat, juga tak lupa tentang kebersihan.

Kalau awak kata, mereka kalah kerana tidak solat, awak terlupa ada beberapa perkara lagi. Mereka juga tidak menutup aurat. Masih dengan seluar atas lutut mereka. Bagaimana dengan itu pula? Awak marah orang ini sepak melayang, awak marah orang itu tak pandai tangkap bola, tetapi kenapa awak senyap tentang aurat yang dipamerkan sepanjang 90 minit itu?

Kenapa tiada yang lantang bersuara tentang itu di timeline walhal ianya sudah berlarutan entah dari tahun bila.

Tidak lupa juga dengan rambut seseorang yang telah mengalami evolusi warna itu. Aku tak tahu lah kan. Mungkin dia tak sihat ke apa ke aku tak tahu lah kan. Tapi apa yang aku tahu rambut sebelum evolusi adalah berwarna hitam. Dia mengubah ciptaan Allah. Dia buat Allah murka jika benar dia ubah secara sengaja. Lelaki belum berkahwin pun ada yang kena mandi wajib (jangan tipu), jadi sah ke mandi wajib dia? Bersih kah dia? Hanya Allah yang tahu.

Aku tak kata tohmahan tidak solat punca pasukan negara kita kalah sebentar tadi, aku cuma tak pasti kerana Allah saja yang mengetahui akan berkat atau tidak perlawanan sebentar tadi.

Dalam entry ini jugak aku hanya ingin menyuarakan benda lain yang orang kerap terlupa.

Kadang kadang pula, bila kita emosi, akal kita letak tepi, agama kita buat lupa. Cepat cepat lah tenangkan diri, kerana bila dalam keadaan tenang kita mampu membuat keputusan yang terbaik insyallah.

Sentiasa ingat, apa yang telah terjadi dalam hidup kita adalah yang terbaik buat kita. Allah Maha Mengetahui. Dan ingatlah, Allah boleh tarik nikmat kesenangan dunia dalam sekelip mata. Allah Maha Besar!

p/s: All the best #HarimauMalaya untuk perlawanan di Malaysia pula nanti. Jangan lupa perintah Allah. :)
p/s: Aku bersenang hati kalau ada yang komen, tapi minta tolong jangan tinggalkan apa-apa link didalam komen ada ya. Kerjasama amat dihargai. :)

27 Disember 2010

PIALA AFF SUZUKI 2010 | SEDIH LIHAT MALAYSIA DI CACI TERUK.

Assalamualaikum. Hari ini hari isnin terakhir dalam tahun 2010.

Semalam berlangsung nya Final AFF Suzuki Cup 2010 (1st leg) di antara Malaysia dan Indonesia di mana pemain Malaysia memaparkan permainan yang menarik sehingga menumpaskan pasukan Indonesia 3-0. Syabas buat pasukan Malaysia dan aku berharap mereka akan mengekalkan rentak juara di 2nd leg nanti yang mungkin di langsung kan di Indonesia. Syahrul did a great job!

Ok, habis mukadimah pasal AFF ni.

Selepas tamat nya perlawanan akhir ini, ada perlawanan yang lebih panas berlaku di twitterland. Buat kali pertama nya Malaysia masuk ke dalam trending tetapi dengan hina. Hashtag #malaysiaboleh langsung tidak kelihatan di senarai trending itu.

Antara yang masuk ke dalam trending worldwide berkenaan dengan AFF Suzuki Cup Final 2010 adalah, Safee, Curang, #malaysiacheatlaser, laser, Garuda dan Use laser.

1.Safee


Semalam Safee masuk trending sebab penyokong Indo membuat statement mengatakan dia orang Acheh, maka mereka melabelkan dia sebagai pengkhianat. Ada ke patut cakap macam itu. Selepas aku baca tweet diorang, aku terus check Wikipedia dan tercatat di situ dia lahir di Kajang, Selangor, Malaysia.

Setengah jam selepas itu aku refresh balik page wiki itu, tempat kelahiran telah bertukar ke Acheh, Indonesia. Agak kurang bijak lah siapa yang edit sebab dia tak edit sampai habis, dia edit perenggan atas sahaja, perenggan bawah masih ada state dia pemain kelahiran Kajang. Kantoi.

Sungguh tidak bertanggungjawab mereka yang telah edit maklumat itu. Good news, maklumat itu telah di edit semula dan kembali pada yang asal. *jikalau sesiapa ada bukti kukuh mengatakan dia orang Acheh, please inform me.*

2. Curang dan #malaysiacheatlaser
 
Dua keywords yang berkait rapat. Mereka kata Malaysia curang sebab main laser. Kalau nak kata Malaysia curang atau Malaysia tipu sekalipun, tolong lah fikir secara bijak sedikit. Bukan nya ada jaringan pun ketika laser di pancar kan ke penjaga gol Indonesia.
 
Tiada bukti kukuh mengatakan penyokong Malaysia yang bermain laser.
 
Penjaga gol pasukan Indonesia hilang fokus? Mungkin korang yang buat statement macam ini tak pernah rasa kena point dengan laser pointer murahan macam itu. Aku pernah kena, aku tak hilang ingatan, tak buta, rasa sakit pun tak, pendek kata no effect.
Sinaran laser yang lemah tidak akan menjejaskan pandangan mata manusia jika dipancarkan dari jarak jauh contohnya ketika satu perlawanan bola sepak, menurut seorang pakar optometris.
"Jika anda ingin memiliki sinaran laser yang kuat, ia menelan belanja jutaan ringgit untuk dimiliki.
"Mustahil untuk penonton bola sepak membawa masuk alat pemancar laser yang boleh menjejaskan pandangan mata ke dalam stadium," katanya.
Sumber petikan di ambil di Berita Harian online : Sinaran laser lemah tidak jejaskan pandangan mata: Pakar optometris
 Penyokong Indonesia terlalu ikutkan hati ketika membuat tuduhan yang tak berasas di Twitter. Aku paham korang tengah moody sebab kalah, tapi kalau ya pun jangan lah lepas kemarahan pada negara yang berjiran dengan korang ni ha.

Kepada yang gatal main laser semalam, kau kena mintak maaf dengan penjaga gol Indonesia tuh sebab buat salah dengan manusia, kena mintak maaf dengan manusia. Ingat tuh.

Juga kepada mereka yang telah mencaci teruk Malaysia semalam, aku harap korang meminta maaf secara terbuka kepada warga Malaysia, lagi bagus kalau korang tweet Maaf. #malaysiaboleh hehe

Aku berharap warga Malaysia yang berada di Indonesia berada dalam keadaan selamat.

Sila lah tunjuk semangat kesukanan korang. Tengok macam penyokong bola ketika game MU, tiada kecoh-kecoh pun. Bila menang bersorak, bila kalah diam dan balik rumah.

MALAYSIA BOLEH!

p/s: nasib baik sempat tgk 2nd leg sebelum balik UMP.