Cari Entri Dulu

Memaparkan catatan dengan label fesyen. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label fesyen. Papar semua catatan

25 Mei 2011

BEBAL BILA TIBA WAKTU BERFESYEN

Bukan fesyen tudung sahaja.


Semua lah. MIX &MATCH macam mana pun mesti ada yang tak kena. Kadang-kadang rasa diri ini macam fashion victim pun ada. Kesian kan?

Bila aku tengok cara pemakaian orang lain, aku rasa cantik dan sesuai ja diorang pakai macam tu. Cuba aku pakai? JANGAN CUBA.

Aku buat entri ini sekadar nak menyedarkan diri aku sendiri ja. Kalau orang lain nak sedar jugak, you are welcomed bebeh!

Im lost in myself. 

Dah bermacam cara pemakaian aku cuba. Semua aku rasa tak sesuai. Yang aku selesa pakai tshirt lengan panjang and jeans/slack. Tudung yang aku selesa adalah tudung sarung. Tapi, aku suka buat diri aku tak selesa.

Ikut trend badan binasa. (Ayat untuk aku, jangan butthurt ok)

Bila tengok gadis itu pakai macam itu aku nak try, bila tengok dia buat macam tu aku nak try, tapi aku terlupa yang aku sebenarnya sedang menyusahkan diri sendiri hanya kerana mengikut trend. 

Ya, tak salah nak nampak cantik, tapi kalau sampai dah nampak macam 'pathetic', better balik ke diri yang asal. Pakai ikut selesa, bukan ikut nafsu tengok orang lain.

Buat masa ini aku tak banyak tudung sarung yang ikut spesifikasi yang dibenarkan, tudung bawal pun banyak yang jarang, jadi aku akan teruskan lah pakai pashmina mengikut keselesaan dan spesifikasi yang telah ditetapkan dalam Islam. 

Pashmina tuh besar, tapi kalau masih tak dapat cover tang depan tuh aku tak tau lah. 

Apa yang penting sekarang adalah pakai mengikut apa yang telah Allah tetapkan, keselesaan dan kemampuan. 

Orang yang berfesyen tip top ini selalunya ada sumber kewangan yang takkan putus lah dalam masa terdekat ni, mereka mampu memiliki item-item fesyen tersebut. Jadi bagi golongan yang macam aku yang sederhana gitu, kita utamakan lah duit itu untuk benda yang lebih bermakna (makan minum, menabung ke. Aku tak kata yang berfesyen tuh guna duit untuk benda yang tak bermakna.)

Boleh nak beli baju cantek-cantek mahal-mahal tapi jangan sampai tak makan. Lagi satu, bila membeli, ingat lah mereka yang sering meminta sedekah tapi kita buat tak layan tuh, orang yang tinggal kat rumah macam nak roboh tuh. Makan pakai mereka tak tentu, kita pulak asyik membeli kain baju walhal kat rumah almari tuh macam nak pecah dah penuh dengan baju. Duit kita selamba biar mengalir, di akhir nanti baju tuh jadi kain buruk semata-mata. Duit lebur macam tuh ja.

Lagi satu tolong fikir habis habis sebelum membeli. Aku ada sesal sedikit lah beli baju entah apa apa dulu. Sekarang rasa malu nak pakai baju saiz kecik even aku memang keding gini. Jadi baju-baju tuh aku longgok setempat. Tak ke kufur nikmat tuh. Astaghfirullah.. T__T 

Marilah kita sentiasa berpesan-pesan sesama kita ya :)

Jadi diri sendiri - Be yourself

Macam over ja menaip malam ini. Jaga diri semua. Jangan lupa pada pencipta kita. 

Assalamualaikum.

p/s: Ahad ini akan ke Bandar Baru Bangi dengan berbaju kurung. Senior kahwin. *jelez*


12 Mei 2011

MELUAT DENGAN FENOMENA FESYEN BERTUDUNG?

Aku tahu sebabnya. Dan kerana itulah mereka yang tak bersalah turut sama merasa kesan itu. Aku lah tuh. #EhYeke.


Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Walhal ada saja yang pakai elok dan rapi, tetapi terkena jua. 

Jadi aku nak cuba lah bagitahu perspektif aku berkenaan dengan fesyen yang kurang digemari oleh sesetengah pihak. 

Kreatif wanita zaman kini bergaya kan. Warna warni. Rambu ramba. Aksesori yang pelbagai. Pin yang cute. Cekak pun ada! Molek sungguh lah kalau combine semua. Tapi kita kena ingat bahawa Islam mengajar kita supaya bersederhana. 

Cuba lah kita semak diri kita balik. (bukan samak baby baby). Kita beli cermin bukan sekadar nak tengok ada cili ka sayur ka di celah gigi. Kita tengok cermin untuk pastikan tiada yang salah. Nak harap kawan tegur, payah sikit. Kalau anon tegur, butthurt pulak kan. Kalau bulih tengok lah cermin yang besaq, yang cover whole body. Baru nampak kalau kalau ada yang pelik dan tak berapa nak betul.

Sambung pasal cermin. 

Kalau dah habis mengaplikasi kan fesyen bertudung yang dipelajari itu, cuba tengok cermin balik. Apa betul fesyen yang korang gayakan? 

Tutup dada tak? Tutup rambut habis-habis tak? Tutup leher tak? Sanggul terover ke tak? Pendek kata
tutup aurat tak?

Ada pihak yang panas hati sebab ada diantara kita (gadis/wanita) ini pakai tudung tapi tak ikut syariat Islam. Nampak dada, tambahan pula baju tu saiz kanak-kanak, dasat tuh. Apa lah salahnya beli tudung/selendang besar sikit so dapat cover kawasan itu? 

Pelis, jangan lah duk ikat rambut itu tinggi-tinggi. Sila elakkan sanggul palsu juga ya. Bersyukur lah dengan apa yang ada. 

Gadis/wanita yang suka berfesyen mesti memiliki duit yang lebih banyak dari aku kan? (duit aku dalam wallet dan dalam bank tak banyak, siyes) Jadi apa salah nya beli kain tudung yang berkualiti dan tebal sikit. Kain jarang-jarang itu patut buat langsir ja.

Cuaca di Malaysia panas? Kalau panas dunia pun kita tak mampu nak tahan, macam mana kita nak menghadapi nasib kita di padang mahsyar nanti. Panas di sana lebih dahsyat. Rasa macam matahari itu sejengkal dari kepala kita. 

Hah lagi satu. cover cover lah leher tu ye. 

Apa lagi yang sebab yang buat orang meluat? Sebab pelik ka? Tak cukup kukuh. Tiada yang salah menjadi pelik selagi ia tak mengganggu hidup sesiapa atau menyalahi apa-apa.

Berlebihan? mungkin. 

Apa-apa pun, kalau kita ikut cara yang betul, hidup kita akan aman, jika tak aman juga, tandanya Allah nak uji. Kita hadapi lah ujian itu dengan redha. 

Anyway, saja nak tunjuk muka-muka yang aku admire. 

simple and nice


Of coz aku admire cara mereka bertudung. Dan sikap konsisten diorang. Tu aje.

p/s: Mungkin mereka tahu aku berkecil hati semalam. Tapi kini aku sudah kembali senyum. :) 

10 Mei 2011

KEPADA PARA TUTOR (SI GADIS MUSLIM) YANG MEMBUAT VIDEO TUTORIAL CARA MEMAKAI SELENDANG ATAU YANG SEWAKTU DENGAN NYA.

Kelmarin mata aku kuat. Tak nak tidur. Degil. Jadi dengan rajen aku browse lah tutorial shawl. Banyak dan macam-macam aku jumpa. Ada yang 'pretty awesome' , ada yang boring, ada yang tak sempat habis buffer aku terus klik pangkah.

Tutorial shawl ini datang dengan pelbagai bentuk. Ada yang berbentuk gambar, ada yang berbentuk slides dan ada yang berbentuk video bisu, video bebelan, video bualan dan memacam lagi lah. Oleh sebab berukband ini laju dikala malam buta, aku browse lah tutorial video.

Namun ada sedikit lah yang aku nak highlight disini. Eh, ini bukan entri provok tau. Ini sesi luahan rasa. Hari tuh dah terluah dah dekat twitter, sekarang nak luah panjang sedikit.

1. SILA JAGA AURAT ANDA.

Mungkin ada yang lupa ketika buat video itu. Dia lupa nak tutup habis anggota badan nya seperti menutup habis ketika hendak bersolat. Dia mungkin terlupa yang dia kan memuat naik video itu dan bagi satu dunia tengok. Dia mungkin lupa yang lelaki juga boleh tengok video tersebut. Atau, dia mungkin dah terbiasa dengan situasi leher dan lengan di nampak kan dengan sengaja.

Pelis GADIS MUSLIM, hati-hati sebelum memuat naik video tersebut. Kita kena ingat setiap amalan kita walau sekecil zarah akan di hitung kelak. Semak betul-betul video tersebut. Bila dah memuat naik, ada yang memuat turun, meski anda dah delete, tapi mereka yang dah download sudah memiliki nya. SO BEWARE.

Sudah tentu lah anda buat video tersebut di rumah atau di bilik yang mempunyai sistem pengudaraan yang bagus kan? So apa salah nya bertutup yang patut.


2. STRAIGHT TO THE POINT.

Orang seperti aku ini sedang mencari cara yang sesuai dan mudah di pakai. Jadi aku sangat lah berharap video yang akan aku tonton itu akan beri sedikit ilham lah. Walau aku ini bukan golongan yang up to date pasal fashion ini, tapi aku ada perasaan ingin mencuba.

Namun aku kecewa lah apabila masa aku dibazirkan dengan mukadimah yang sangat panjang. Internet di Mesia ini tidak selaju seperti internet di Jepun (info dari lecturer yang study di Jepun). Jadi, setiap masa itu berharga lebih lebih lagi pada mereka yang pakai berukband yang limited.

Jika anda berkeinginan untuk bercerita tentang sejarah hidup sebelum memulakan tutorial, apa kata tajuk video itu di ubah supaya orang macam aku ini tidak tertipu. Okay?


3. PREPARED ATAU EDIT MANA YANG PATUT.

Point ini sama sahaja macam point diatas cuma ini bukan pasal mukadimah.

Kadang-kadang aku nampak cik tutor itu macam lost di tengah jalan. Macam dia pun tak tau apa dia buat. Kadang-kadang itu nampak macam konpius. Mungkin aku pun akan jadi macam itu ketika buat video kan. Nervous. Wanted the best for the audience. Tapi bila rasa ada scene yang macam tak perlu itu just edit lah. Bukan mintak edit dasat-dasat. Edit bagi pendek ja.


Ok done. 3 point sahaja lah aku nak ketengahkan. Sekali lagi, ini bukan entri provok. Sekadar teguran dan pendapat. Mungkin ada yang kata, itu video dia suka hati makbapaktiriangkatjiran dia lah kan. Ok. Aku mengaku itu salah aku lah pergi tengok video dia. Tapi kalau tiada yang tengok, tiada lah yang menegur, bila tiada yang menegur, selama nya lah dia takkan sedar kesilapan dia. Aku sayang saudara seagama ku, itu sebab aku tegur. :)




p/s: Encik H, bila kita nak kawen yek? Jelez lah dengan kak Nailah Azman. hehe

19 Mei 2010

VERY HIGH HEELS & HEAVY HANDBAG -----> NOT GOOD!


Yup..yup..yup.. Ini yang benar. Tak percaya? Baca sampai habis. Percaya? Tak kira! Baca jugak. *gediks* . Ok. Kita mula dengan KASUT TUMIT TINGGI.


Kasut tumit tinggi. Ya! Aku gerenti kebanyakan wanita memiliki kasut jenis ini sekurang-kurangnya sepasang. Tiada? Anda memang sempoi. Dan simple mind *bukan perli ye*. Aku pun ada tapi tak berapa tinggilah. Kalau tinggi sangat sumpah tak boleh berdiri, apatah lagi berjalan. Fuh!. 

Walau aku tak boleh nak pakai kasut yang tumitnya tinggi sangat, tetapi aku menggemari kebanyakan design yang ada. Tetapi  AWAS bagi wanita di luar sana dan jugak aku *ngee*. Untuk nampak cantik, kita tak perlu sakit. Ada penggunting rambut kata, "Nak cantik kenalah tahan sakit sikit". Ngek. Shadap you. Mamat yang bercakap ini memang buta tuli, buta kamus tak paham cantik tuh apa. Ok. Cukup. 

Buat pengetahuan semua, terdapat beberapa implikasi dari penggunaan kasut tumit tinggi, 

*sila klik untuk nampak clear sedikit dan mungkin kena zoom in. ngee*

Antaranya: (carta alir *ngee*)

Tumit 3cm - tekanan pada lutut - dapat penyakit osteoporosis dan penyakit sendi - juga sakit pada kuku - bengkak jari kaki dan kena radang kulit - sakit punggung.

Tumit 12.7cm - memberi kesan kepada organ dalaman dan kesuburan wanita.

Implikasi yang lain:

Kedudukan pinggul ditolak ke depan oleh pemakai - isi perut kedepan = rambut gugur.

Masalah kitaran haid.

Itu antaranya sahaja. Mungkin ada banyak lagi. Ok, lets move on to handbags.

*kasihan....*

Ada sesiapa yang suka pakai handbag berat dan besar? Ada? Anyone? Aku sebagai gadis aku paham perasaan gadis/wanita di luar sana yang suka pakai handbag. Tak kira untuk fesyen ke. Simpan botal susu anak ke. Aku memang suka pakai handbag. Pergi mana-mana pun mesti kena ada handbag. Tapi kalau destinasinya ke kedai runcit-runcitan, tak perlu la kan. Aku juga sering menjadi 'stor' bagi mereka yang tak pakai handbag. Ya, kawan-kawan aku terutamanya lelaki. Sebuk je. *ngee*. Eh, takpe, aku tak kesah. 

Ini pula kesan buruk yang korang dapat jika memakai handbag yang besar dan berat! 

Tekanan pada tulang bahu - menyakitkan otot pada satu sisi badan - juga bagi kesan kepada punggung. *semua nak attack punggung jer..aish*

BEWARE LADIES AND WOMEN. JAGA KESIHATAN ANDA OKEH.

Bebelan ini aku simpulkan dari penulisan Syarifah Dayana Syed Bakri. 
(dayana@hmetro.com.my)
Ya, dari harian metro-18 Mei 2010

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

p/s: Aku pakai handbag besar kalau keluar dengan member dan handbag kecil kalau pergi kenduri. I prefer wear flat shoe or slippers . Tapi kadang-kadang, kalau pergi kenduri, of kos aku pakai heels yang tak berapa high. Senang sedikit nak jalan. *ngee*