Frasa mimpi yang masih melekat dalam minda aku sehingga kini. Sayu aku ketika membuka mata pagi tadi.
Latar tempat mimpi malam tadi adalah di kawasan lot kedai berhampiran rumah aku dan di hospital. Hospital, tempat yang sayu.
Aku masuk ke dalam salah satu bilik di hospital tersebut dan terus menerpa ke arah mama. Adik-adik aku berwajah sayu, mengalirkan air mata. Mama? Mama juga sedang sayu dan tunduk. Aku kaget.
Apakah yang terjadi? Mengapa semua begini?
Aku terus bertanya kepada adik lelaki ku dan dia mengkhabarkan pada ku bahawa, "Penyakit mama dah serius, bila-bila masa sahaja mama boleh pergi". Aku terus memeluk mama dan aku turut sayu bersama.
Aku menangis, aku bayangkan hidup ku tanpa mama. Di saat itulah frasa itu terkeluar dari mulut ku, "Mama, jangan tinggalkan kakak". Dan aku sambung menangis. Dan terus menangis.
Mama kelihatan cantik dalam mimpi itu. Yang aku ingat mama pakai tudung sarung yang berwarna putih. Sungguh berseri.
Aku lega tatkala bantal tidur ku digegarkan oleh telefon bimbit ku. Aku lega itu bukan realiti. Alhamdulillah....
Ya Allah, berilah peluang untuk mama sembuh dari penyakitnya. Aku sanggup menggantikan tempat mama daripada melihat mama sakit.
Antara koleksi mimpi yang sayu dalam hidupku. Aku tidak mahu membuat koleksi lagi!
p/s : Mama, I love u.
Memaparkan catatan dengan label mimpi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mimpi. Papar semua catatan
24 Julai 2010
"MAMA, JANGAN TINGGALKAN KAKAK"
Langgan:
Catatan (Atom)