Cari Entri Dulu

Memaparkan catatan dengan label tanda soal (?). Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tanda soal (?). Papar semua catatan

26 Mei 2011

SELALU NAMPAK KELIBAT ATAU MATA AKU YANG BERMASALAH?

Kelibat: rupa seseorang atau sesuatu yg kelihatan sepintas lalu sahaja, imbasan (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Kalau tak silap aku, pada bulan Mac aku mula rasa macam ni di UMP Kampus Pekan

Blok A, Kolej Kediaman 5, UMP Kampus Pekan


Bilik aku kat kampus bersebelahan dengan toilet, jadi aku memang tak kisah lah nak pergi toilet malam-malam buta atau pagi-pagi buta. Serius. Kalau aku dah berhajat nak buang, aku pergi jugak toilet walaupun ketika itu pukul 4 pagi. 

Tapi aku tak nampak kelibat tu ketika aku membuang la, aku selalu nampak ketika aku cuci mug aku di sinki. Sinki berdekatan dengan pintu masuk/keluar bilik air tuh. Bila aku tengah syok main buih masa cuci cawan tuh, aku macam nampak ada yang lalu tepi aku. Mula-mula aku biar ja. Tapi bila dah habis cuci aku pikir balik, kenapa tak dengar bunyi tapak kasut/selipar pun? Aku panjang kan leher jenguk ke luar bilik air, eh takde orang pun. 

Aku terus cakap, aku silap pandang kot. Dan melupakan.

Keadaan ini berterusan, kadang-kadang sekali toleh macam ada benda, bila toleh balik takde apa pun. Peristiwa ni bukan kat UMP ja, kat rumah pun jadi lagi.

Ada sekali tuh, bila aku pandang ke satu sudut aku nampak macam ada manusia bersaiz kecik, aku paling tempat lain dan aku paling semula ke sudut tu sebab kat rumah ni mana ada budak kecik kecuali teddy buncit tuh (haha).  Macam biasa tiada apa di situ. 

Paling latest semalam. Aku ada kat dapur, aku nampak macam adik aku menuju ke dapur dari ruang tamu. Aku berpaling ke tempat lain dan bercakap, bila aku pusing belakang aku tengah cakap sorang-sorang rupanya dan adik aku ada dalam bilik ketika itu. Terdiam aku semalam.

Mungkin ini mainan minda atau aku salah pandang. Tapi dah kerap sangat tersalah pandang ni. 

Korang rasa aku ini bermasalah ke sebenarnya?

p/s: Lain kali nak buat pau lagi lah. Eksaited bila pau menjadi sebab ini kali pertama aku buat. (of course dengan bantuan mama) 


26 Ogos 2010

KENAPA GOOGLE CHROME SAHAJA YANG TAK BOLEH? IE DENGAN MOZILLA OK SAHAJA.

Assalamualaikum dan salam Ramadhan. Alhamdulillah kita dah masuk malam ke-17. Lagi beberapa hari sahaja untuk kita masuk ke fasa akhir yang mempunyai malam yang istimewa iaitu malam Lailatulqadar. Sama-sama lah kita berusaha ya untuk mendapat kan malam itu.

Ok. Kali ini nak meluahkan rasa pelik yang tak terhingga kepada korang la kan. Browser internet kesayangan tak bagi aku tengok blog aku sendiri. Apa kes? Jahat tau. Browser tiri yang lain pulak bersikap macam bagus (walhal before ini macam puaka). Oh, lupa. Browser kesayangan adalah Google Chrome. Love it so much la sebab simple. Tapi sekarang dia buat hal pulak. Kenapa nak memberontak nak... Mak tak bagi hang cukup duit ka? Hang tak cukup makan ka? Gusar betul tau.

Tak percaya. Ini bukti nya.

Ini anak kandung aku, Google Chrome namanya. 

Ini yang paling susah nak jaga. Gene apa tah yang dia dapat dari mak dia. Nama dia Internet Explorer.

Ini anak tiri pertama. Aku panggil Mozilla.

Aku bukannya reti bab-bab ini sangat. Tapi kenapa macam Google Chrome sahaja yang concern pasal malware tuh? Oh mungkin sebab dia anak kandung, itu yang dia lebih alert. Haha. Jahat mulut aku. Anyway. Cepat sihat ya nak, mak tak suka tengok hang duk bukak page merah ini tuk mak. Mak gusar.


p/s: Di bulan puasa yang mulia ini, kita kena menahan diri dari buat perkara yang membatalkan puasa. Laki bini pun tak boleh nak mesra sangat time puasa, tapi awat yang pakwe makwe dekat Uni aku ini macam bermesra kalah laki bini? Pelik lah hangpa ni.

09 November 2009

TANGISAN BERKALA

Sudah masuk malam kedua aku menangis tanpa sebarang paksaan hidup. Dan tangisan itu datang pada waktu yang sama. Semalam dan hari ini. Ya,pada waktu yang sama dada ku sebak,hati ku pilu,mata ku basah. Jangan tanya mengapa,kerana aku tiada jawapan untuk persoalan kalian. Kerana,aku juga dikelilingi atmosfera persoalan. Aku juga dambakan jawapan. Aku mahu tahu!

13 Oktober 2009

ORANG KATA...

Jika muka sama, "ada jodohlah tu!"

Persoalannya,betulkah?