Cari Entri Dulu

12 November 2009

TIKA CUMA

Tajuk entri apakah ini? Abaikan. Aku hanya sekeTIKA disini. Melepaskan gian CUMA. Ini ungkapan aku pada tengahari 11 NOV 2009,


Semalam terik,kini hujan,mungkinkah seterusnya pelangi?

09 November 2009

TANGISAN BERKALA

Sudah masuk malam kedua aku menangis tanpa sebarang paksaan hidup. Dan tangisan itu datang pada waktu yang sama. Semalam dan hari ini. Ya,pada waktu yang sama dada ku sebak,hati ku pilu,mata ku basah. Jangan tanya mengapa,kerana aku tiada jawapan untuk persoalan kalian. Kerana,aku juga dikelilingi atmosfera persoalan. Aku juga dambakan jawapan. Aku mahu tahu!

07 November 2009

SENYUMAN KU CERIA

Hari ini,
Senyuman ku ceria,
ceria bak sang bintang siang,

Mukadimah kali ini comey tak? Ini realiti,setelah beberapa hari langit menggelapkan diri, bumi dibasahi titisan rakus,akhirnya..sang suria menjelma kembali. Suria yang lama ku nanti sinarnya,hangatnya. Terasa kehilangan tika dia tiada. Begitukah perasaan ku kelak? Jika dia yang realiti pergi seketika,aku bakal rasa kehilangan sepeti suria yang menyepi untuk beberapa hari itukah? Takutnya. Lemahnya aku. Jika dia pergi buat selama-lamanya bak masa yang berlalu tak mungkin kembali? Apakah yang menunggu aku di kemudian hari?