Cari Entri Dulu

21 Disember 2010

RENEW BEG, BAJU, KASUT, SEKOLAH SETIAP TAHUN. PERLUKAH?

Assalamualaikum. Hari ini hari Selasa sudah. 


Entry kali ini lebih kepada kewangan sedikit. Sedikit sahaja. Aku bukan nak buat lecture note pun. Aku pelajar engineering, bukan budak akaun. But still aku harus mengambil berat hal kewangan ini kerana ia salah satu elemen hidup yang penting. Sangat penting ok.

Memandangkan musim persekolahan nak mula awal tahun depan, juga musim tengok buku semula untuk aku, maka aku nak cerita sedikit lah pengalaman membazirkan duit demi maruah. *gulp*. Ok, ini pemikiran ketika tidak berapa matang dan masih jahil sedikit. Hayati dua situasi ini.

Situasi 1-Alam sekolah 

Setiap kali nak mula sesi persekolahan yang baru, aku akan gelabah tak tentu pasal. Pikir pasal nak beli baju, kasut sekolah, pencil box, beg sekolah, alat tulis dan banyak lagi. Bajet macam suka sangat ke sekolah padahal akulah puteri kecik yang suka tak datang sekolah. Ini ketika aku sekolah rendah ok. Tapi pencapaian aku ok. Selagi tiada catatan grade C, aku rasa itu ok. 

Berbalik tentang membeli barangan sekolah tadi. Aku ini memang gadis demand sedikit ketika itu. Kasut lama tak rosak pun nak beli baru. Baju ok lagi tapi still nak beli yang baru. Pencil box cun lagi, tapi nak beli baru jugak. Konon-konon nak up to date. Boolaweh. 

Kadang-kadang macam hilang pedoman bila pergi sekolah. Bukan apa. Pergi sekolah bergelak ketawa dengan kawan. Bunyi je loceng, ayuh pulang! Tapi pedoman itu kembali bila aku masuk ke asrama. Alhamdulillah.
Ok. Situasi yang aku dah mula pandai berfikir. Bijak..bijak..

Situasi 2-Alam universiti.

Setiap kali nak mula semester baru. Aku akan gelabah pasal lain pulak. Duit PT dah habis sebab bayar yuran. So, awal-awal sem aku dah pape kedana. Alhamdulillah, biasiswa PAMA (duit papa mama), masih ada untuk menampung anak dara dia yang masih merangkak-rangkak belajar segala benda tentang letrik. 

Di alam ini aku tak kisah sangat pasal nak beli baju, kasut, or apa-apa macam semasa sekolah dahulu. Barangan harian dan peribadi lebih penting. Oleh sebab aku jarang outing dan papa mama tak bulih nak jenguk aku selalu di Pahang sinun, so aku beli lah apa yang patut sebelum balik kampus. Makanan, barang mandi, dan barang keperluan yang lain. 

Duit itu sangat penting. Kalau tidak aku tak mungkin hidup di alam ini sebab makan kena beli sendiri, buku kena beli sendiri, duit yang ada kena jaga sendiri. Papa mama tak dapat nak kawal sangat sebab aku jauh dan  papa mama ada anak yang lain selain aku untuk dijaga juga. Aku dah besar, so aku kena pandai guna duit. Kena pandai berjimat. Tak bulih berlebihan. Aku bukan dari keluarga senang. Aku kena sedar kenyataan itu. Alhamdulillah aku sedar.

Dari dua situasi ini, kita bulih nampak 1 benda yang jelas iaitu kesedaran tentang penggunaan wang. Semasa kecil dan tidak matang kita tak sedar betapa pentingnya wang dalam hidup. Yang kita tahu keinginan kita harus dipenuhi. Bagi aku beg, baju, kasut sekolah tidak perlu di renew jika masih elok dipakai dan tiada koyak rabak yang ditemui. 

Jika anak-anak sekolah itu tahu betapa sukar nya jalan hidup bila melangkah ke alam lain, mungkin jualan baju sekolah kamdar, kedai bata merosot dan jualan beg di pasar malam tidak laku. Kesian pulak kat depa kan. Lumrah hidup.

Dah ada anak nanti aku nak pupuk anak aku untuk hidup susah sedikit supaya dah besar nanti dia tak lupa diri, dan tahu apa itu merendah diri juga besederhana dalam hidup. Aku nak ajar mereka berjimat. Selagi molek dan cun sesuatu barang itu, guna lah sampai ranap, baru aku beli baru. hehe. 

Entry yang panjang setelah tak menaip selama 2 hari. 


p/s: 
1.tak declair sebab takut tak jadi.
2.baik macam bagus dari macam teruk.
3.pashmina addict.
4.mama, be strong. I love you so much and wish the best for you. Ini semua dugaan, dan kita harus bersyukur atas dugaan ini. 

T__T

11 Disember 2010

AKU BERSYUKUR

Aku bersyukur hidup begini.
Aku bersyukur jalan hidup ku begini.
Aku bersyukur kerna memiliki mereka yang dipanggil keluarga.
Aku bersyukur kerna mereka masih ada.
Aku bersyukur kerna mereka masih bersama di bawah satu bumbung usang.
Aku bersyukur menapak di rumah yang dipanggil flat dimana warnanya pudar sayup dimamah usia, karat merata-rata.
Aku bersyukur kami punya tempat berteduh.
Walau tidak indah, tapi ia memadai.

Aku bersyukur aku sering gagal kerna itu telah menjadi sumber kekuatan ku.
Aku bersyukur dengan apa yang jadi, kerna itu pengajaran dari Allah secara halus.
Aku bersyukur aku di dalam dilemma berkahwin muda, sekurang-kurangnya aku tidak hanyut dibawa nafsu cinta dan aku masih kenal dosa dan pahala ; aku tahu ia akan memberi kesan terhadap generasi yang bakal ku lahirkan jika aku terus hanyut.

Aku bersyukur aku masih takut kan Allah.
Aku bersyukur atas kurniaan Mu ya Allah!

p/s: coretan ini ditaip di telefon bimbit ku sebelum tidur semalam. At last! Aku bulih publish entry! yeay! hapdated!

08 Disember 2010

GiveAway Haven Restaurant Cash Voucher From Eyriqazz.com

Salam Maal hijrah!

Dulu dah pernah dapat hadiah GA daripada Pakcik Eyriqazz menerusi Contest My Raya Moment. Dapat RM10. Sodap lah jugak. So kali ini aku harap Alisya akan cabut nama aku. Tarik kertas yang ada cahaya-cahaya sedikit ye dik. Pleasee.... hehe

Dear Pakcik Eyriqazz,


Saya nak menang voucher itu sebab saya suka dapat hadiah! Berilah apa-apa hadiah pun, saya akan terima dengan happy yang teramat. hehe. BTW, boleh bawak family pergi makan dekat situ. At least, dapat luangkan masa dengan papa mama, sebab papa mama busy kerja. Mesti seronok nanti..


Inilah voucher nye. RM100 kot. Siapa tak nak kan? Kalau nak klik gambar. Cepat2! Tarikh tutup 
31 Dec 2010.


Aku berharap aku akan jadi gadis bertuah! hehe. Nak menang! Nak menang! haha

Dengan bangga nya aku tag orang yang tengah aktif tweet time aku tulis entry ni.. haha

Babai. hehe

p/s: mula merancang dgn serius. Dah masuk tahun baru dah ni.