Cari Entri Dulu

27 November 2010

RAHSIA AKU PILIH BARANG UNTUK DIJADIKAN HADIAH


Assalamualaikum orang kampong!

Kali ini aku nak cerita pasal hadiah. BTW, Saiful Azrie, aku tak lupa janji aku nak bagi present atas ke lucky an kau menerjah blog aku. Dont worry ok.

(PERHATIAN: Sila baca dengan nada yang gedik. Terima kasih)

Kembali kepada persoalan kita ye tuan puan. Dalam hidup, mesti anda-anda pernah membelikan hadiah buat mereka-mereka atas dasar terpaksa mahupun ikhlas. Tetapi ada jugak orang yang TERLALU gemar membeli hadiah buat teman-teman dia, sebagai contoh, adik perempuan aku. haha. Tapi aku bukan nak cerita pasal adik perempuan aku ye tuan puan. Aku nak habaq kat hangpa semua apa rahsia aku dalam memilih barang untuk dijadikan hadiah.

Rahsia nya adalah....







pilih barang yang kita suka!



Yeah! Itulah rahsia nya.

Apa jenis barang yang aku suka?

1. Comel macam teddy

2. Colourful macam rainbow

3. Sedap macam marshmallow

4. Cantik macam rantai leher kah, cincin kah, rantai tangai kah

5. Unik macam kayu urut yang aku bagi Encik H.


Orang kata kalau kita bagi barang yang kita suka, kita akan dapat pahala. Tak tahu lah sejauh mana kesahihan nya kan. Tapi aku memang macam itu. Aku beli benda yang aku suka, aku bungkus dan aku akan bagi orang itu. Tapi kan, kadang-kadang aku BERAT HATI  nak bagi. Seriously! Bukan aku tak ikhlas. Kalau aku tak ikhlas aku tak bagi. Baik aku simpan kan.

Nak kata aku kejam tak jugak, tapi kadang2 aku suka beli barang yang orang tu tak suka. At least bila dia tengok, dia benci, dia ingat aku, dia gelak. (hopefully)

Aku juga suka beli barang yang orang itu akan guna, bukan sekadar letak satu tempat buat hiasan sampai berhabuk. Manalah tahu aku datang rumah dia tiba-tiba dan tengok benda itu dah bersawang2, tak ke kecik hati aku kan.

Haa.. begitulah ye tuan puan. Jangan lah anda-anda beli hadiah mahal-mahal besar-besar semata-mata ingin mendapat pujian orang ramai, nanti bulih jadi kes sombong, bongkak, riak, belagak. Dah dapat dosa. Jadilah macam aku (ecececeh), aku hanya berharap orang itu senyum dan happy bila terima hadiah tersebut.

Till then, daaaa.

p/s: Birthday aku bulan Februari. Ehem. Tertaip pulak. haha

24 November 2010

KITA NIKAH GANTUNG JE LAH DULU.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Kali ini aku nak ketengah kan artikel dari I LUV ISLAM yang berkait dengan kahwin muda. Artikel ini sesuai untuk pasangan kekasih yang masih muda. Ehem..
Sedikit mengenai penulis.
Ustaz Nasrudin Hassan merupakan graduan Usuluddin dari Universiti Al-Azhar, Mesir. Selain aktif dalam aktiviti kemasyarakatan, beliau kini merupakan Pengarah Akademi Ar-Rasyidin yang berpusat di Kuantan, Pahang. Blog episodeperjuangan.blogspot.com menjadi medium untuk beliau menulis di alam maya.

Nikah Gantung (Khitbah) Satu Alternatif


Sedang pelbagai pihak seperti buntu mencari penyelesaian kepada barah sosial yang menjurus kepada pergaulan dan seks bebas (zina) serta rogol dan buang bayi berleluasa pada hari ini, saya menyarankan satu program atau projek besar iaitu "Taysir az Ziwaj" dilaksanakan, khasnya oleh pihak berwajib.
Taysir Az Ziwaj ialah "Permudahkan Proses Perkahwinan" terutama kepada anak-anak muda yang tidak berkemampuan dari segi material untuk mendirikan rumahtangga tetapi dalam masa yang sama mempunyai keinginan yang tinggi untuk hidup berpasangan.
Islam adalah agama yang penuh dengan rahmah dan berkah. Ia diutuskan oleh Allah swt Tuhan yang mencipta manusia bukan untuk menghalang atau menidakkan keperluan manusia seperti keinginan (nafsu) syahwah dan sebagainya tetapi Islam datang untuk membetulkan dan memandu manusia agar melunas keinginannya secara yang betul, benar dan baik.
Gejala seks bebas (zina) dan rogol adalah angkara nafsu yang tidak terkawal dan ia disalurkan secara tidak betul, tidak benar dan membawa keburukan kepada diri dan orang lain. Sedang Islam menggalakkan perkahwinan (aqad nikah) agar hati manusia tenteram dan tenang serta nafsu dapat dikawal. Ini membawa kebaikan kepada semua ummat manusia.
Firman Allah swt yang bermaksud :
"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya kerana Allah swt Maha Luas rahmat dan kurnia-Nya lagi Maha Mengetahui." (Surah An-Nuur : Ayat 32)
Perkahwinan yang digalakkan oleh Islam ini sewajarnya dipermudahkan prosesnya agar generasi muda negara tidak liar dan kemaruk nafsu lalu terjebak dalam kancah seks bebas (zina). Memudahkan prosesnya boleh dilakukan oleh pihak berwajib (kerajaan) seperti (sekadar menyebut beberapa contoh) :
  • Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin
  • Memberi insentif sebagai galakan berkahwin
  • Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan
  • Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma
  • Menganjurkan perkahwinan beramai-ramai yang menjimatkan
  • Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan
  • Merendahkan hantaran perkahwinan
Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ini ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai Nikah Gantung. Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai 5 rukunnya iaitu :
  • Suami
  • Isteri
  • Wali
  • Saksi
  • Aqad (Ijab Qabul)
Cuma bezanya ialah pasangan pengantin (suami isteri) tidak tinggal serumah dalam tempoh-tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti (sekadar menyebut beberapa contoh) :
  • Masih menuntut di kolej atau universiti
  • Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah
  • Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga
Justeru itu , buat tempoh tertentu pasangan suami isteri yang telah dinikahkan itu tinggal berasingan (atas persetujuan bersama kedua-dua pihak) dan barangkali tinggal bersama keluarga masing-masing sehinggalah mereka merasakan segala halangan di atas telah selesai dan mereka benar-benar bersedia mengharungi kehidupan berumahtangga yang besar tanggungjawabnya.
Kelebihan Nikah Gantung
Kelebihan Nikah Gantung ini ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang-undang negara. Andai dalam tempoh itu mereka bertemu, keluar makan, dating, study bersama bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks, maka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram.
Andai berlaku kehamilan, maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab (keturunan). Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah.
 Kes buang bayi yang berleluasa hari ini rata-ratanya adalah ekoran rasa panik dan hilang pertimbangan akibat malu dan hilang maruah dari pasangan terbabit. Malah mereka juga takut untuk kembali kepangkuan keluarga justeru mereka mengetahui bahawa hubungan mereka salah dan mereka hamil hasil hubungan terlarang. Ia memalukan keluarga dan mencemarkan maruah bangsa dan agama. Akhirnya, jalan pintas dan terdesak yang ada pada mereka ialah buang bayi tersebut dengan harapan selesai masaalah dan beban yang mereka hadapi tanpa mereka menyedari bahawa akan mencetus bencana yang lebih parah kepada sosial negara.
Penerimaan Masyarakat
Sebenarnya Nikah Khitbah ini pernah dilakukan dalam masyarakat Arab. Menurut amalan tersebut, sewaktu majlis pertunangan, ia dilangsungkan sekali dengan majlis aqad nikah (halflun nikah) tetapi mempelai tidak boleh tinggal sekali (serumah) sehingga berlangsungnya pula majlis perkahwinan (haflul Qiran). Terkadang tempoh itu (antara pertunangan dan perkahwinan) menjangkau tahun lamanya.
Dalam masyarakat Melayu, amalan ini sebenarnya pernah diamalkan sebelum ini dengan namaNikah Gantung. Ia pernah dikaji oleh beberapa Anthropologist seperti Paletz, Djamour dan Jones. Mereka mengistilahkan Nikah Gantung sebagai "Suspended Marriage Contract" iaitu satu fenomena sosial yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Asia tenggara.
Malah menurut Abdul Jalil Borhan, perkara yang berkaitan dengan Nikah Gantung terdapat dalam seksyen 112 (dalam bahagian 5) enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor.
Perbahasan Hukum
Salah satu dalil yang digunakan oleh sebahagian para alim ulama' ialah Perkahwinan Rasulullah saw dengan Aishah rha. Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah saw telah mengahwini Aishah ketika berumur 6 tahun dan hanya duduk serumah ketika Aishah berumur 9 tahun. Hadis ini menjadi dalil berlakunya aqad nikah, maka bukan menjadi kewajipan bagi mempelai untuk terus tinggal serumah terutama atas persetujuan kedua pihak untuk beberapa tempoh yang dipersetujui.
Apabila pasangan pengantin (nikah gantung) bersetuju untuk tinggal berasingan kerana beberapa perkara yang diambil kira seperti yang saya sebutkan di atas tadi, maka tidaklah berbangkit isu nafkah batin (jima'/bersetubuh). Apa yang timbul ialah perbahasan dari segi nafkah zahir (material) . Berkait perkara ini, kita mempunyai beberapa pandangan :
a] Mazhab Zahiri seperti yang dinyatakan oleh Ibn Hizam iaitu nafkah ini (nafkah zahir) wajib dengan berlakunya aqad, maka selepas sahaja aqad nikah, suami wajib memberi nafkah zahir kepada isterinya.
b] Pandangan jumhur ulama' iaitu nafkah zahir itu hanya wajib apabila isteri memenuhi syarat-syarat tertentu seperti isteri menyerahkan diri kepada suami (berpindah ke tempat suami), boleh melakukan istimta' (mengambil keseronokan) , jima'/bersetubuh , isteri tidak keluar rumah tanpa izin suami dan seumpamanya.
Nikah khitbah dapat disimpulkan bahawa ; bebanan nafkah itu tidak diwajibkan ke atas suami sekiranya kehidupan biasa suami isteri belum berlaku. Bagaimanapun sekiranya suami isteri tersebut keluar bersama, maka tiada halangan dari segi hukum syara' kerana mereka adalah suami isteri yang sah. Demikian juga andai berlaku kehamilan maka bayi itu sah dan mereka boleh menjalani kehidupan berkeluarga seperti biasa yang sah. Tidak perlulah mereka melarikan diri, buang bayi dan menggugurkan bayi atau membunuhnya .
Tegasnya saya sebutkan disini, terutama kepada pihak berkuasa agama, ibu bapa dan seluruh anggota masyarakat termasuk anak-anak muda agar mereka kembali kepada cara hidup Islam. Walaupun nikah gantung ini kelihatan seperti baru dalam negara kita bagi sesetengah pihak, tetapi ia lebih baik dari kita membiarkan anak-anak gadis dan teruna kita berpeleseran, bergaul bebas lalu akhirnya mereka terjebak dalam kancah seks bebas dan penzinaan yang memalukan. Bukan sahaja maruah keluarga dan agama tercalar, murka Allah swt itulah yang paling ditakuti. (by: Ustaz Nasrudin Hassan

p/s: Apa pendapat anda?

21 November 2010

BANYAK HINGGA TAK TERLUAH

Agak lama aku tak update cerita hidup aku, bebelan jari aku dan kata hati aku. Banyak yang ingin di cerita, tapi sesampai nya di hadapan skrin ini, semua nya hilang. Baiklah, biar aku mengungkap nya satu per satu.


Aku semakin kurus.

Masalah yang sangat besar ku kira. Entah ke mana pergi semua lemak di badan aku. Semua yang aku temui menegur ketidaknormalan kondisi diri aku. Mereka tanya,tapi apa yang harus aku jawab. Sumpah aku tak amalkan diet apa-apa. Sumpah aku tak tahan dari makan. Bila aku lapar, aku akan makan. Roomate aku arif tentang itu. Mungkin kerana aku jarang bersukan. Mungkin juga aku ada masalah kesihatan. Ah, aku tak suka ke klinik sebenarnya. Sebab jawapan mereka selalunya tidak memuaskan hati aku. Tapi nak tak nak aku kena pergi buat pemeriksaan. Tengoklah macam mana nanti.

Perasaan nak berkahwin.

Sekarang dah masuk musim makan nasi minyak free. Jadi, secara tak langsung ia agak memberi kesan kepada diri aku. Haha. Aku ingin menamatkan semua ini. Tetapi aku masih belum cukup matang untuk memikul tanggungjawab itu. Jadi aku harus bersabar. Betul, aku belum cukup matang. Masih menonton kartun, akan excited bila ternampak pooh, pendek kata, aku masih keanak-anakan even lagi 3 bulan aku akan jadi gadis 21 tahun. Pelik. Gadis yang dah hampir 5 tahun duduk jauh dari famili sepatutnya sudah pandai membawa diri dan berkelakuan matang. Tetapi aku tidak. :)

Kawan lama.

Dah lama tak bergelak ketawa dengan Epong. Baru tahun ini dapat contact dia balik. Dulu YM ja. Dia ini caring orangnya dan sangat ceria. Untung awek dia. :) 

Agak emosi.

Aku cukup beremosi jika orang bantai aku ketika aku bermasalah. Aku bukan perlukan segala bentuk penentangan. Apa yang aku perlukan adalah pertolongan. Tolong lah paham.

Hari gembira, hari Khamis.

Koleksi pashmina bertambah. Pemberian dari encik Tunang. 3 games bowling bersama encik Tunang. Muscle pain satu badan. Bola bowling tercampak ke belakang. Nasib baik geng abang-abang sebelah lane kitorang sempoi. So aku pun tak terasa malu sangat. Lubang bola tuh besar sangat. Bukan salah aku. Hehe. Hari itu diakhiri dengan surat chenta. Sweet. Thanks for the lovely day. Perkenalan kami tak pernah putus walau sehari. Dah 2 tahun dah. Moga berkekalan. Amin.

Malam yang buncit.

Tak tahu lah kenapa. Malam ini aku makan 3 pinggan nasi. Dah lama tak buat tabiat macam ini. Makan over-over. Tapi pelik. Entah ke mana lah makanan tuh semua pergi. Encik Tunang kata makanan tu semua ke pipi. Haha. Kawan aku kata makanan tu semua ke tulang. Hehe. Aku sendiri tak tahu nak kata apa. 

Tak tahu lah ada lagi yang nak di cerita ke tak. Tapi aku dah mengantuk. Tapi nak bertahan jugak. Takut terlepas subuh. Ok. Nak tekan publish post. daaa.


p/s: aku cuba mencari solusi yang terbaik. aku sedang mencuba ok.