12 Mac 2013
Tahun Hadapan.
28 November 2011
Tinggalkan Si Dia Demi Allah. Mari Berhijrah
“BAGAIMANA SESEORANG ITU MENGHADAPI MATI?”
“BAGAIMANA RUPA MALAIKAT IZRAIL KETIKA DIA DATANG KEPADA KU NANTI?”
“ BEGITU SAKITKAH MATI ITU?”
“SEMPATKAH AKU MENGUMPUL BEKALAN UNTUK DIBAWA KESANA?”
30 Oktober 2011
Hal Biasa
Dalam hal ini aku diminta bersabar. Ya, sabar itu separuh dari iman. Dalam apa jua keadaan kita harus bersabar. Sabar itu tiada had. Selagi kita hidup, sabar itu satu keperluan. Seakan minuman.
Bukan aku gelojoh, tapi aku takut. Semakin aku fikir, semakin takut aku. Hari hari aku buat dosa besar, siapa yang akan menyelamatkan aku kelak? Cukupkah ibadah ku selama ini untuk menanggung segala carca merba yang aku lakukan? Mampu kah aku?
Aku sudah cuba, aku sudah cuba tapi dia yang tidak mahu. Aku tak cukup kuat untuk mengelak. Dia buat aku tak mampu untuk mengelak. Argh! Kenapa aku tidak persetan kan sahaja kata kata dia, tidak perlu lah aku segusar ini sekarang.
Bila aku gusar aku mencari solusi. Tetapi solusi itu ditolak mentah mentah. Kecewa. Tapi tidak putus asa.
Jika ditolak, tolong tarikkan yang baru. Atau aku sendiri yang harus buat ‘kertas kerja’ yang baru? Ah, objektif tetap sama dengan ‘kertas kerja’ yang lama. Tidak berubah.
Bukan aku ego, tapi aku buntu.
Aku anak gadis yang masih belajar ilmu kehidupan. Masih dalam proses. Masih memerlukan buku panduan. Masih memerlukan ‘tourist guide’. Jadi, aku pinta agar tolong bimbing anak gadis ini ke haluan yang betul. Ke haluan yang buat Allah semakin sayang kepada ku.
Aku semakin takut. Apa segala yang aku lakukan , akan ditanggung oleh mereka yang melahirkan dan membesarkan aku? Jangan Tuhan! Jangan. Biar aku sahaja yang menanggung kerana ini adalah pilihan aku. Gadis yang tidak mampu bersuara.
Aku cuma minta yang halal. Salahkah? Jika mahu tunggu sehingga aku bersedia, aku takut aku tak sempat menebus dosa-dosa ku yang semakin menimbun seiring dengan tempoh persediaan itu. Aku tahu tarikh lahir ku, namun aku langsung tidak tahu tarikh mati ku.
Maka aku dengan rendah diri meminta agar dibuka kan hati mereka supaya dapat menerima solusi yang ku cadangkan ini.
Ya Rahman, bukan niat ku untuk menambah beban, namun niat ku ingin memudahkan. Memudahkan hidup kami. Biar kembali aman. Tidak gusar. Tiada tangis.
Perkenanlah.
Namun, jika ini bukan jalan cerita ku, maka Kau lencongkan haluan ku ke arah lain supaya aku tidak terus hanyut di haluan salah.
01 Jun 2011
PERGI RUMAH PENGANTIN, MUKA TERUS NAMPAK MACAM ORANG DAH KAHWIN.
Statement tak boleh blah. (Aku pendek kan cerita ja sebab aku dah mengantuk. hehe)
![]() |
| Lelaki baju pink tuh bukan Encik H ye. Dia Encik F. haha. Encik H tu malu sangat nak amik gambar. Gedik! |
Ahad lepas aku dan Encik H pergi kenduri kahwin senior aku di Bandar Baru Bangi. Pusing punya pusing sampai jugak akhirnya. Maafkan kita ya Encik H. hehe
Sampai pukul 1 lebih kot. Pukul 2 lebih balik. Anyway, bila la pulak turn aku nak pakai baju pengantin kan. Tett.
Lepas tu pergi jalan-jalan dalam UITM Shah Alam pulak. Besar kot. Tak larat kalau nak jalan kaki satu kampus. Of course lah kami jalan-jalan pakai kereta Encik bernama Julie tuh. hehe
Dah habis pusing-pusing merata-rata, macam biasa kitorang akan singgah Tesco Ampang sebelum dia hantar aku balik. Habis secawan hot choc dan sandwich ayam, kitorang blah dari situ. Tengah jalan-jalan, ada makcik tu approach, makcik promoter. Dia promote pakej perlancongan kot. Kata nya, hari itu last. Puas kitorang kata takpe takpe.
Nak tahu makcik tu kata apa?
"Hari ini hari last promotion dek. Cuti-cuti ni tak pergi mana-mana ke? Honeymoon ke?"
Tang honeymoon tu aku tak boleh tahan. Muka kitorang nampak macam dah kahwin ke? haha.
Ok. Dah Habis dah. Selamat malam!
p/s: Dey macha, kau tulis pasal aku ke tuh? Kalau tak, bagitahu la. Aku ni cepat perasan sket.
24 November 2010
KITA NIKAH GANTUNG JE LAH DULU.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Ustaz Nasrudin Hassan merupakan graduan Usuluddin dari Universiti Al-Azhar, Mesir. Selain aktif dalam aktiviti kemasyarakatan, beliau kini merupakan Pengarah Akademi Ar-Rasyidin yang berpusat di Kuantan, Pahang. Blog episodeperjuangan.blogspot.com menjadi medium untuk beliau menulis di alam maya.
Nikah Gantung (Khitbah) Satu Alternatif
Sedang pelbagai pihak seperti buntu mencari penyelesaian kepada barah sosial yang menjurus kepada pergaulan dan seks bebas (zina) serta rogol dan buang bayi berleluasa pada hari ini, saya menyarankan satu program atau projek besar iaitu "Taysir az Ziwaj" dilaksanakan, khasnya oleh pihak berwajib.
Taysir Az Ziwaj ialah "Permudahkan Proses Perkahwinan" terutama kepada anak-anak muda yang tidak berkemampuan dari segi material untuk mendirikan rumahtangga tetapi dalam masa yang sama mempunyai keinginan yang tinggi untuk hidup berpasangan.
Islam adalah agama yang penuh dengan rahmah dan berkah. Ia diutuskan oleh Allah swt Tuhan yang mencipta manusia bukan untuk menghalang atau menidakkan keperluan manusia seperti keinginan (nafsu) syahwah dan sebagainya tetapi Islam datang untuk membetulkan dan memandu manusia agar melunas keinginannya secara yang betul, benar dan baik.
Gejala seks bebas (zina) dan rogol adalah angkara nafsu yang tidak terkawal dan ia disalurkan secara tidak betul, tidak benar dan membawa keburukan kepada diri dan orang lain. Sedang Islam menggalakkan perkahwinan (aqad nikah) agar hati manusia tenteram dan tenang serta nafsu dapat dikawal. Ini membawa kebaikan kepada semua ummat manusia.
Firman Allah swt yang bermaksud :
"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya kerana Allah swt Maha Luas rahmat dan kurnia-Nya lagi Maha Mengetahui." (Surah An-Nuur : Ayat 32)
Perkahwinan yang digalakkan oleh Islam ini sewajarnya dipermudahkan prosesnya agar generasi muda negara tidak liar dan kemaruk nafsu lalu terjebak dalam kancah seks bebas (zina). Memudahkan prosesnya boleh dilakukan oleh pihak berwajib (kerajaan) seperti (sekadar menyebut beberapa contoh) :
Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin
Memberi insentif sebagai galakan berkahwin
Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan
Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma
Menganjurkan perkahwinan beramai-ramai yang menjimatkan
Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan
Merendahkan hantaran perkahwinan
Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ini ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai Nikah Gantung. Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai 5 rukunnya iaitu :
Suami
Isteri
Wali
Saksi
Aqad (Ijab Qabul)
Cuma bezanya ialah pasangan pengantin (suami isteri) tidak tinggal serumah dalam tempoh-tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti (sekadar menyebut beberapa contoh) :
Masih menuntut di kolej atau universiti
Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah
Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga
Justeru itu , buat tempoh tertentu pasangan suami isteri yang telah dinikahkan itu tinggal berasingan (atas persetujuan bersama kedua-dua pihak) dan barangkali tinggal bersama keluarga masing-masing sehinggalah mereka merasakan segala halangan di atas telah selesai dan mereka benar-benar bersedia mengharungi kehidupan berumahtangga yang besar tanggungjawabnya.
Kelebihan Nikah Gantung
Kelebihan Nikah Gantung ini ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang-undang negara. Andai dalam tempoh itu mereka bertemu, keluar makan, dating, study bersama bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks, maka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram.
Andai berlaku kehamilan, maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab (keturunan). Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah.
Kes buang bayi yang berleluasa hari ini rata-ratanya adalah ekoran rasa panik dan hilang pertimbangan akibat malu dan hilang maruah dari pasangan terbabit. Malah mereka juga takut untuk kembali kepangkuan keluarga justeru mereka mengetahui bahawa hubungan mereka salah dan mereka hamil hasil hubungan terlarang. Ia memalukan keluarga dan mencemarkan maruah bangsa dan agama. Akhirnya, jalan pintas dan terdesak yang ada pada mereka ialah buang bayi tersebut dengan harapan selesai masaalah dan beban yang mereka hadapi tanpa mereka menyedari bahawa akan mencetus bencana yang lebih parah kepada sosial negara.
Penerimaan Masyarakat
Sebenarnya Nikah Khitbah ini pernah dilakukan dalam masyarakat Arab. Menurut amalan tersebut, sewaktu majlis pertunangan, ia dilangsungkan sekali dengan majlis aqad nikah (halflun nikah) tetapi mempelai tidak boleh tinggal sekali (serumah) sehingga berlangsungnya pula majlis perkahwinan (haflul Qiran). Terkadang tempoh itu (antara pertunangan dan perkahwinan) menjangkau tahun lamanya.
Dalam masyarakat Melayu, amalan ini sebenarnya pernah diamalkan sebelum ini dengan namaNikah Gantung. Ia pernah dikaji oleh beberapa Anthropologist seperti Paletz, Djamour dan Jones. Mereka mengistilahkan Nikah Gantung sebagai "Suspended Marriage Contract" iaitu satu fenomena sosial yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Asia tenggara.
Malah menurut Abdul Jalil Borhan, perkara yang berkaitan dengan Nikah Gantung terdapat dalam seksyen 112 (dalam bahagian 5) enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor.
Perbahasan Hukum
Salah satu dalil yang digunakan oleh sebahagian para alim ulama' ialah Perkahwinan Rasulullah saw dengan Aishah rha. Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah saw telah mengahwini Aishah ketika berumur 6 tahun dan hanya duduk serumah ketika Aishah berumur 9 tahun. Hadis ini menjadi dalil berlakunya aqad nikah, maka bukan menjadi kewajipan bagi mempelai untuk terus tinggal serumah terutama atas persetujuan kedua pihak untuk beberapa tempoh yang dipersetujui.
Apabila pasangan pengantin (nikah gantung) bersetuju untuk tinggal berasingan kerana beberapa perkara yang diambil kira seperti yang saya sebutkan di atas tadi, maka tidaklah berbangkit isu nafkah batin (jima'/bersetubuh). Apa yang timbul ialah perbahasan dari segi nafkah zahir (material) . Berkait perkara ini, kita mempunyai beberapa pandangan :
a] Mazhab Zahiri seperti yang dinyatakan oleh Ibn Hizam iaitu nafkah ini (nafkah zahir) wajib dengan berlakunya aqad, maka selepas sahaja aqad nikah, suami wajib memberi nafkah zahir kepada isterinya.
b] Pandangan jumhur ulama' iaitu nafkah zahir itu hanya wajib apabila isteri memenuhi syarat-syarat tertentu seperti isteri menyerahkan diri kepada suami (berpindah ke tempat suami), boleh melakukan istimta' (mengambil keseronokan) , jima'/bersetubuh , isteri tidak keluar rumah tanpa izin suami dan seumpamanya.
Nikah khitbah dapat disimpulkan bahawa ; bebanan nafkah itu tidak diwajibkan ke atas suami sekiranya kehidupan biasa suami isteri belum berlaku. Bagaimanapun sekiranya suami isteri tersebut keluar bersama, maka tiada halangan dari segi hukum syara' kerana mereka adalah suami isteri yang sah. Demikian juga andai berlaku kehamilan maka bayi itu sah dan mereka boleh menjalani kehidupan berkeluarga seperti biasa yang sah. Tidak perlulah mereka melarikan diri, buang bayi dan menggugurkan bayi atau membunuhnya .
Tegasnya saya sebutkan disini, terutama kepada pihak berkuasa agama, ibu bapa dan seluruh anggota masyarakat termasuk anak-anak muda agar mereka kembali kepada cara hidup Islam. Walaupun nikah gantung ini kelihatan seperti baru dalam negara kita bagi sesetengah pihak, tetapi ia lebih baik dari kita membiarkan anak-anak gadis dan teruna kita berpeleseran, bergaul bebas lalu akhirnya mereka terjebak dalam kancah seks bebas dan penzinaan yang memalukan. Bukan sahaja maruah keluarga dan agama tercalar, murka Allah swt itulah yang paling ditakuti. (by: Ustaz Nasrudin Hassan)
p/s: Apa pendapat anda?
08 Ogos 2010
CONTOH SURAT MINTAK KAHWIN AWAL.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…
Kepada ayah yang ku kasihi dan bonda yang ku cintai…
Apa khabar dengan keluarga di Malaysia? Semoga hendaknya dalam keadaan sihat dan mendapat rahmat ALLAH sentiasa.
Along pun tak berapa jelas mengapa along nak tulis surat ni kepada mak dan ayah. Rasanya sepanjang hidup ni, jarang benar along tulis surat untuk mak dan ayah. Selalunya kalau ada apa-apa pun, along selalu telefon saja berbanding untuk menulis surat. Tapi adakalanya juga, ada sesetengah perkara yang along tak boleh nak cakap melalui telefon dan lebih suka untuk membincangkannya dalam bentuk surat.
Dipendekkan cerita, along sebenarnya untuk meminta redha dari mak dan ayah untuk bernikah. Mungkin mak dan ayah terkejut apabila along cakap macam nie. along bercadang untuk bernikah dalam tempoh kurang dari satu tahun dari sekarang. along nak nikah nie bukan kerana nafsu semata-mata tapi hanya ingin menyempurnakan sebahagian dari agama. Selain itu, dengan nikah, along akan lebih terpelihara daripada melakukan sebarang maksiat kepada ALLAH.
Kadang-kala, along rasa hairan, masyarakat sekarang lebih suka anak-anak mereka ada boyfriend dan girlfriend. Kemudian dibenarkan pula berjalan berdua-duaan tanpa mahram perempuan tersebut. Perkara ini haram di sisi Islam. Sedangkan Islam telah memberikan satu jalan keluar yang baik dalam masalah ini iaitu dengan nikah.
along bukan terburu-buru untuk bernikah, tapi along nak mak dan ayah boleh faham konsep nikah yang sebenarnya di dalam Islam. Islam menganjurkan nikah adalah untuk mengurangkan berlakunya maksiat di dalam masyarakat seperti zina. ALLAH SWT berfirman:
“Dan janganlah kamu menghampiri zina…” (Surah al-Isra 17: 32)
Zina takkan terjadi di antara lelaki dan perempuan dengan serta-merta. Zina akan berlaku melalui beberapa step (langkah) yang menghampiri kepada zina sebagai contoh berjalan berduaan lelaki dan perempuan tanpa mahram (boyfriend dan girlfriend). Walaupun bertunang, Islam tidak membenarkan pasangan tunang tersebut untuk berdua-duaan tanpa mahramnya. Tunang bukan tiket untuk menghalalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan. Ini hanya tradisi yang terdapat dalam masyarakat melayu. Islam menyuruh orang muslim untuk bernikah untuk menghalalkan hubungan tersebut.
Mengikut kajian yang dilakukan di sebuah universiti tempatan, 80% mahasiswa yang cemerlang adalah terdiri dari mereka yang telah berkahwin. Ini kerana pasangan yang telah berkahwin, merasakan mereka ada tanggungjawab yang harus mereka pikul, dan akhirnya mereka bersungguh-sungguh dalam pelajaran untuk mencapai kecemerlangan. Jadi, orang yang bagi alasan bahawa menikah sewaktu belajar akan mengganggu study adalah tidak tepat.
Di universiti along, ramai pelajar yang ‘bercouple’ dan mereka boleh belajar seperti biasa. Tapi, apa yang mereka buat tu adalah maksiat. Kan elok, kalau ibubapa mereka membenarkan mereka bernikah dan mereka pun boleh belajar seperti biasa. Yang ini adalah yang disuruh dalam Islam. Jadi apa perbezaannya? Yang satu, belajar tapi diiringi dengan maksiat (macam mana nak berkat ilmu yang belajar) dan yang satu lagi belajar dan telah pun menunaikan salah satu sunnah Rasul SAW. Sekarang pilihan di tangan kita, samada nak kepada benda baik atau buruk.
Mengenai calon, along takde lagi. Tapi, InsyaALLAH kalau mak dan ayah bagi along green light, masalah calon, mak dan ayah jgn risau (bagi tempoh 6-8 bulan), yang penting mak dan ayah bersedia.along lebih suka calon tu along yang pilih sendiri. Tapi tak bermakna mak dan ayah tak boleh memilih calon yang sesuai untuk along.
Mak dan ayah mungkin akan bertanya bagaimana pulak along akan memberikan nafkah zahir dan batin kepada isteri yang along nikahi nanti. Seperti yang along katakan awal-awal tadi, along nak nikah bukan kerana nafsu semata-mata. Dalam tempoh along belajar, dan kemungkinan juga perempuan tu juga sedang menuntut di unversiti, maka along akan buat syarat yang dipersetujui bersama untuk menangguhkan dahulu nafkah batin untuk tempoh tertentu. Dalam sirah Rasulullah SAW, Rasul bernikah dengan dengan Saiditina Aisyah ketika Aisyah berumur 9 tahun dan berumah tangga dengannya pada umur Aisyah mencecah 12 tahun. Ini bermakna Rasulullah menunaikan nafkah batin untuk Aisyah ketika mana Aisyah berumur 12 tahun, iaitu 3 tahun selepas menikah. Kalau dalam istilah kita dipanggil ‘nikah gantung’. Tak kisah lah apa pun namanya yang penting Rasulullah telah mencontohkan perkara seperti itu. Tapi selepas menikah, maka hubungan lelaki dan perempuan yang dulunya terbatas kini telah tiada. Kalau along telefon dia, along dapat pahala, along rindu kat dia, along dapat pahala, along bagi hadiah kat dia, along dapat pahala malahan kalau along keluar berdua-duaan dengannya adalah halal. Kan ini lebih baik dari mereka yang ber ‘couple’. Kalau pasangan yang belum menikah, mereka telefon sesama sendiri, dipanggil zina mulut dan telinga (dosa), rasa rindu di hati dipanggil zina hati (dosa), keluar berdua-duaan lagi, tambah lagi satu dosa. Jadi, along nak tanya pada mak dan ayah, adakah mak dan ayah sanggup untuk membiarkan anaknya untuk bergelumang dengan dosa atau mengikut Sunnah Rasul yang tercinta iaitu nikah. Sekarang pilihan di tangan kita…
Berkenaan nafkah zahir pula, memandangkan along masih belajar dan mungkin juga dia masih belajar, maka along akan berbincang dengannya untuk mempertimbangkan perkara ini. Nafkah zahir wajib along bagi sebagai suami walaupun dalam jumlah sedikit. Sebagai contoh, kalau nanti dia setuju untuk menerima RM 50 sebulan, maka along akan bagi dia yang sesuai dengan kehendaknya. Lagipun, untuk sementara waktu ini, biarlah mak dan ayahnya menanggung makan, minum dan pakaiannya walaupun sebenarnya ini tugas seorang suami. Tapi tak salah kalau ibu bapa sanggup untuk menyara kehidupannya sementara menunggu waktu apabila sudah bersedia berumah tangga. (minta dibezakan antara erti nikah dan berumah tangga). Macam sekarang ni lah, kalau nenek bagi mak baju sebagai hadiah, takkan mak tak terima dan bagi alasan kewajipan beri pakaian ini hanya terletak pada suami. Mak akan terima juga. Kalau nenek menjamu mak dengan makanan, mak jangan tak makan kerana dengan alasan yang patut menanggung makan minum kita adalah suami. Yang penting, isteri mesti redha dengan apa yang diberi oleh suami. Kalau mak dan ayah masih kurang jelas, mak boleh bertanya kepada ustaz mengenai masalah ini. Mak dan ayah jgn risau, sebelum along nak nikah, along akan jelaskan hal ini kepada bakal isteri along. Kalau dia menyetujuinya, alhamdulillah, kalau tak along tangguh dulu. Apa-apa pun, along tegaskan sekali lagi, along nikah ni bukan kerana nafsu semata-mata, tetapi adalah untuk memelihara seluruh anggota zahir dan batin ini dari terjebak ke lembah dosa.
along tengok semua sepupu along nikah awal dalam umur 22 tahun. along cadang pun gitu juga. Banyak juga kelebihan kahwin awal ni antaranya waktu along tua nanti, along tak risau sebab waktu tu anak-anak dah besar dan mungkin dah ada kerjaya sendiri. Kalau kahwin lambat, nanti waktu tua (dah pencen), ada anak-anak along nanti baru masuk darjah satu, ada yang ambik PMR dan SPM dan perlu banyak duit. Waktu dah pencen, nak harap wang pencen, sikit sangat. Mau tak mau, dah tua-tua kena kerja juga banting tulang nak sara anak-anak yang masih sekolah. Sepatutnya waktu tu, ajal nak dekat sampai, patutnya lebih banyak beribadat kepada ALLAH. (tak bermaksud sekarang tak perlu nak beribadat, ajal dan maut di tangan Tuhan. Tua pun mati, yang muda pun mati). along juga harap, anak-anak along nanti (kalau ada rezeki) akan dapat menerima belai kasih dari datuk dan neneknya sebelum mak dan ayah meninggalkan dunia yang fana ini.
Dan kelebihan yang lebih besar dari itu ialah kita dapat menundukkan pandangan dan nafsu kita dari bermaksiat kepada ALLAH di samping mengikut sunnah Rasul SAW. Dalam umur muda nie, macam-macam dugaan dan cabaran yang menanti. Punca maksiat ada di mana-mana. along tak nak along akan terjerumus ke dalam jurang dosa dan lebih-lebih lagi harapan mak dan ayah untuk tidak nak melihat anaknya untuk menderhaka kepada ALLAH dan Rasul.
along sebenarnya dah buat satu risalah mengenai nikah ni tahun lepas dan along dah pos ke rumah pada tahun lepas juga. Tapi sampai kat Mak Su, sebab along tak tulis nama mak dan ayah. InsyaALLAH dalam risalah tu along ada terangkan tentang konsep perkahwinan di dalam Islam.
Diharap mak dan ayah tak terkejut dengan kehadiran surat ini. along nak mak dan ayah terima surat sebagai satu surat biasa yang tak perlu untuk dijadikan isu keluarga yang besar. Sebab bagi along, kalau along membicarakan masalah ni, ia adalah satu yang normal sebab along pun seorang lelaki yang akhirnya akan bernikah jua. Mungkin saja along membicarakan hal nikah ni ketika mana along baru berusia 19 tahun (dalam tahun Islam, along dah 20 tahun). Tapi ini tak boleh dijadikan alasan untuk tidak menyetujui pendapat along ini. Diharap mak dan ayah dapat membaca surat dengan ikhlas tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. along tidak memaksa mak ayah untuk menyetujui seratus peratus apa yang along katakan ini, tapi jika ada kebenaran dalam hakikat, apa salahnya untuk kita menerimanya dengan hati yang lapang dan fikiran yang terbuka.
Kalau boleh jgn bagitau abg azmi dan kakak saudara yg lain, mungkin mereka tak setuju dengan keputusan along ini atas beberapa faktor. InsyaALLAH, kalau ada apa-apa nanti, along akan maklumkan kepada mereka. Sebenarnya bagi seorang lelaki, dia tak perlu untuk minta izin kalau nak nikah tetapi Islam menyuruh kita tidak membelakangi orang tua dalam kita nak buat keputusan. Sebab redha ALLAH adalah berserta dengan keredhaan mak dan ayah. Berbanding dengan perempuan, mereka harus minta izin, sebab ayahnya harus jadi wali dalam pernikahan nanti.
Akhirul kalam, doakan along di sini agar dipermudahkan urusan di dunia dan di akhirat. Kirim salam dengan semua keluarga di Selangor.
Puteramu,
Along
07 Ogos 2010
18 Mei 2010
KAHWIN MUDA
Maksud topik di atas adalah orang yang kahwin di usia muda, bukan orang yang kahwin dengan orang muda ok. Senario ini dah lama berlaku sejak dulu-dulu lagi. Kahwin muda itu aku andai kan dalam linkungan umur 18-24 tahun. Aku spesifikan had umur sebab umur 18 korang dah habis jawab SPM dan 24 mungkin ada yang dah habis study atau masih study, kira student lagi la... yeee... Entri ini untuk umur-umur student macam kita la (aiyeekk... 'kita'?? *ngee*). Tetapi yang lain pun boleh baca jugak untuk kegunaan masa depan. *ngee*
.jpg)


