Cari Entri Dulu

27 April 2011

SENYUM DAN INGINKAN BABY!

2 more paper to go!

Walau dah lepas satu, tapi aku tetap gembira gembira gembira sebab hari sabtu boleh balik rumah dah! Dah 2 bulan tak balik rumah. hehe.


Senyum habis habis!


Aik! 


Lagi?


What the....?


Jangan marah....hehe


Ok ini last. Haha.

Bukan apa, hari itu aku ada mimpi aku beranak. (boleh pulak kan!) Semasa aku beranak Encik H ada kat sebelah. (haha). Aku ingat mimpi itu real! Aku dapat seorang bayi yang sangat comey! Tapi yang sedih aku tak tahu jantina nya. (hehe)

Sejak dari itu lah bermula lah dambaan pilu aku ini. Hari-hari aku cakap kat jijah,asha, shu "Nak baby...wuuu". Even Teddy Buncit tu pun aku layan macam baby tau. Haha. 


Yang pink anak aku. Yang besau tuh anak jijah. haha.


Nak baby..... :)

Nak kahwin, nak ada babies! Hey Encik H, kamon lah. Cepat lah masuk meninang. hehe.

p/s: EMT gone. Analog boleh lagi bergantung harap kot. Doakan aku berjaya ya!
p/s: Sakit tekak at the same time sakit telinga. Ini adalah perkara biasa bila final exam iaitu dapat SAKIT. hehe. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah Ya Rahim. :)


23 April 2011

MELEPAS RINDU

Rasa macam dah lama tak rasa macam ini. Semalam dapat jugak rasa.


Semalam dapat duduk dengan tenang dalam surau yang aman sambil mendengar tazkirah. Rasanya dah lama hati ini tidak dicuci. Makin lama makin kotor dengan hal duniawi.

Aku rasa tenang sampai lupa hendak berkata-kata. Dengar dengan penuh khusyuk (dahsyat kan hehe) tazkirah yang disampaikan. Ada satu masa itu, aku sebak sebab aku terlepas banyak peluang di depan mata. Terlepas dengan rela. 

Aku sebak kerana aku kesal. Majlis begini lah yang patut aku kejar. Yang patut aku damba. Bukan majlis yang bahagia sementara. Yang buat aku gembira sehingga lupa Allah. Astaghfirullah. Aku mohon petunjuk.

Aku sia-siakan didikan yang aku terima dahulu. Moga aku tak terlambat untuk membetulkan nya. 

Ya, aku kurang bagus dalam agama. Masih banyak perkara yang harus aku belajar.Oleh itu, dengan rasa rendah diri aku menaip dan menyusun kata disini. Jika tidak masuk dengan peribadi kalian, aku pohon maaf, aku insan biasa, dan terkadang tidak mampu memuaskan hati semua pihak. 

Aku rindu pada diriku yang naif satu ketika dahulu, namun kenaifan aku sering disalah guna. Jadi, naif itu pudar mengekori masa yang bergerak tanpa henti. Kini, aku tahu di mana harus aku menjadi naif, dan bila mana dan masa harus aku tegas. 

Semoga aku dan kalian terus tabah dan kuat mengharungi dunia akhir zaman ini! 

p/s: Berfikir sebelum menaip jika tidak mahu dipandang jelik. :)
p/s: I won't  forget this quote "jangan fikir kau bagus sangat dalam beragama" . Never. By the way, thanks for challenging me. See you in the future insyallah. :)

21 April 2011

RINDU PERASAAN BERJEMAAH DI MASJID

Rindu.


Perasaan itu datang semalam. Selepas solat maghrib. Salah satu sebab nya, aku sedang berfikir ketika itu. Aku berfikir


"Mengapa aku lebih khusyuk ketika berjemaah di masjid? Mengapa aku lebih tenang di masjid? Mengapa aku tak tergesa-gesa ketika solat di masjid?"

Yang menyedihkan, aku sudah lupa bila kali terakhir aku berjemaah di masjid.

Hidup di MRSM dahulu telah memberi aku lebih banyak ilmu akhirat berbanding ilmu dunia. Aku berubah kepada yang lebih baik. Aku dipupuk untuk sentiasa berjemaah ke surau. Ketika itu ianya kelihatan seakan memaksa. Namun kini aku merindui 'paksaan' itu.

Kini, aku lebih kejar duniawi. Astaghfirullah..

Kepada yang pernah ke masjid pasti mengerti perasaan aku ini. Bila melangkah sahaja ke dalam masjid, hati tenang, dan rasa dilindungi. Subhanallah, aku berada di dalam rumah-NYA.

Pernah juga terdetik di dalam hati ini,

"Sekejap nya pertemuan ini" 

Maksud aku, terasa singkat waktu solat itu. Tiba-tiba sudah sampai ke tahiyat akhir. Boleh sahaja aku teruskan dengan solat sunat, namun perasaan solat berjemaah itu lain.

Masjid itu medan penyatuan. Selepas solat, aku bersalaman dengan jemaah muslimat yang lain. Walau tidak kenal, namun kami masih bersaudara dalam Islam.

Ingat ya, ini penceritaan tentang perasaan aku. Bukan aku kata tidak bagus solat bersendirian. Cuma aku rindu solat berjemaah di masjid. Atau dengan kata lain, aku rindu rumah Allah itu.



p/s: Apa-apa pun, bersabarlah. Setiap perkara ada hikmahnya. Jangan bosan dengan kenyataan ini. :)