Cari Entri Dulu

Memaparkan catatan dengan label impian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label impian. Papar semua catatan

22 Jun 2011

#WW WORDLESS WEDNESDAY | 5


Wordless Wednesday : On Wednesday all over the internet, bloggers will post a photograph with no words to explain it to their blog. Hence the 'wordless' title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn't need any description.

Gambar diambil dalam carian Google Images

For more info on #ww : Wordless Wednesday

11 Mei 2011

KECIK HATI SIKIT

Mudah sungguh hati ini berkecil.



Sudah aku ketahui bahawasanya niat mereka sekadar bergurau. Tapi. Kenapa aku begitu berkecil hati dengan gurauan itu? Mungkin itu gurauan sinis. Sinis yang pedih. 

Basah sebentar mata ku dalam kelam. Saja aku ke sudut hitam, sebak ini harus ku lepaskan. Tapi semua itu ada batas nya. Tak boleh lama-lama, orang akan tahu, aku pula akan malu. Lagi kan tidak banyak sudut hitam di rumah ini, jadi aku tamatkan ketika tangan ku sibuk melangsaikan kerja anak dara. 



Bukan sahaja dengan air mata aku ceraikan sebak ini, aku menghadap kegemaran aku bersama dengan saudara seiras muka ku. Aku ketawa. Akhirnya. Plants vs Zombies straight away changed my mood. 


Namun, tak lama. Bila aku kenang, aku mula sebak. Argh. 

Jika aku mampu elak kan, aku elakkan. Namun aku sudah pun terjebak. Dan aku minta kalian menyelamatkan aku sebelum ianya menjadi satu perkara yang sia-sia. 

Aku tahu kalian tidak pernah menyinggah halaman kata hati aku ini. Namun begitu, ingin aku coretkan bahawa aku tak mampu mengungkap bicara hati ini terhadap kalian. Hanya satu yang aku mampu, memaparkan hasil contengan aku disini.

Aku harap kalian akan mengerti coretan ini dan niat dihati yang sentiasa inginkan yang halal.



p/s: Allah sentiasa menduga hambaNYA. Itulah kehidupan. Penuh duri halus dan kasar. Cuma harus diingat, jangan sesekali putus asa dengan Allah. 

27 April 2011

SENYUM DAN INGINKAN BABY!

2 more paper to go!

Walau dah lepas satu, tapi aku tetap gembira gembira gembira sebab hari sabtu boleh balik rumah dah! Dah 2 bulan tak balik rumah. hehe.


Senyum habis habis!


Aik! 


Lagi?


What the....?


Jangan marah....hehe


Ok ini last. Haha.

Bukan apa, hari itu aku ada mimpi aku beranak. (boleh pulak kan!) Semasa aku beranak Encik H ada kat sebelah. (haha). Aku ingat mimpi itu real! Aku dapat seorang bayi yang sangat comey! Tapi yang sedih aku tak tahu jantina nya. (hehe)

Sejak dari itu lah bermula lah dambaan pilu aku ini. Hari-hari aku cakap kat jijah,asha, shu "Nak baby...wuuu". Even Teddy Buncit tu pun aku layan macam baby tau. Haha. 


Yang pink anak aku. Yang besau tuh anak jijah. haha.


Nak baby..... :)

Nak kahwin, nak ada babies! Hey Encik H, kamon lah. Cepat lah masuk meninang. hehe.

p/s: EMT gone. Analog boleh lagi bergantung harap kot. Doakan aku berjaya ya!
p/s: Sakit tekak at the same time sakit telinga. Ini adalah perkara biasa bila final exam iaitu dapat SAKIT. hehe. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah Ya Rahim. :)


09 April 2011

KAMI KAWAN, TAPI ...



Cerita Encik H dan Miss Lala diceritakan mengikut perjalanan masa. Setiap baris ayat mewakili satu tahap atau satu tempoh perjalanan hidup mereka.

Kami kawan, tapi seakan orang asing.

Kami kawan, tapi seperti anjing dan kucing.

Kami kawan, tapi tak nampak bila bertemu.

Kami kawan, tapi malu nak menyapa.

Kami kawan, tapi kami hanya kawan.

Kami kawan, tapi kami kongsi tawa dan tangis bersama.

Kami kawan, tapi kami suka cemburu.

Kami kawan, tapi terkadang kami ragu-ragu.

Kami kawan, kami sudah yakin dengan jalan cerita Tuhan.

Kami kawan, tapi mahu berkongsi hidup.

Kami kawan, tapi kami ada pelan masa hadapan.

Kami kawan, tapi kami mahu satu ikatan.

Kami kawan, tapi ...

*to be continue after marriage*



Haha.

p/s: it's hard to find someone that DO really special. But when you found it, DO appreciate it. If you don't, you are such a stupid double dumb.
Enhanced by Zemanta

07 Ogos 2010

WILL YOU MARRY ME?

kredit to Legal Me Yours

Kenapa aku pulak yang tanya? 


p/s: what should I do?

05 Julai 2010

BILA AKU JADI UMI NANTI, AKU..


Assalamualaikum dan selamat sihat semua.. haha

Ai Masturah...dah tak sabar nak jadi Umi? Dah tak sabar, tapi macam tak layak lagi. Aku tak paham dengan segelintir pasangan suami isteri tak suka ada anak. Pelik. Rasa terganggu kah? Yeke? Bukan ke anak itu tandanya bahagia? Mungkin kot laa.. Ok. Back to the topic. 

Ilham untuk menulis entri ini datang dari mata aku sendiri. Aku lihat budak-budak sekarang. Aku perhati saudara-saudara aku. Dan. Aku simpati dekat ibu bapa mereka. Bukan semua. Kalau aku kata simpati itu korang paham-paham je la kan.

Oleh sebab itu, aku ingin menetapkan dalam hati aku untuk mendidik anak-anak aku sebaik mungkin. Aku tak nak anak-anak aku buang aku setelah mereka rasa rimas dengan aku. Nauzubillah.

BILA AKU JADI UMI NANTI, AKU..

1. Hantar anak aku pergi MENGAJI untuk mengenali Allah, mengenali Islam. Bukan ajak tengok AF.



2. Ajar anak aku HIDUP SEDERHANA. Supaya mereka tidak lupa diri dan berpijak di bumi nyata. Supaya tiada bersikap angkuh dan bongkah serta megah diri. Supaya mereka kuat menghadapi dugaan hidup. 

Bila kita terlalu senang,dan kaya dengan harta, kita terlupa keadaan yang teruk dan lupa untuk bersedia menghadapi hari kejatuhan. Tatkala kesusahan menjengah, kita mula mengeluh dan menyalahkan tuhan. Astaghfirullah..

3. Ajar anak aku erti HIDUP BERDIKARI. Supaya anak aku tak terlalu bergantung pada orang lain melainkan Allah Yang Maha Esa.

4. Galakkan anak lelaki aku ke rumah Allah, masjid. Selain dari beribadah, boleh jugak dia belajar sesuatu di masjid, seperti mengetuai bacaan Tahlil. 



5. Akan jaga anak gadis aku sebaik mungkin. Orang kata susah jaga anak perempuan.


6. Ingatkan mereka tentang MATI adalah sahabat karib semua hamba Allah.



7. Akan BERHENTI KERJA. Aku nak jaga anak aku. Aku tak nak maid jaga. Selepas semua dah pandai bawa diri, barulah aku fikir nak kerja balik.




Semua yang disenaraikan adalah impian aku. Last point itu aku tak pasti lagi. Akhir kata, aku nak jadi umi.



p/s : hari-hari aku fikir tentang kematian.

18 Mei 2010

JEALOUSY

Bila aku bukak page fesbuk para cikgu aku, mesti akan ada anak muridnya yang dah 'fly' meninggalkan pesanan. Sungguh aku jealous! Serius. Mungkin aku belum mampu untuk ke sana, tetapi aku yakin suatu hari nanti aku bakal kesana membawa nama negara. InsyAllah..

02 Mei 2010

RINGGIT MALAYSIA SATU JUTA?

Kalau ada rezeki, aku akan hantar Encik Idrus dan Puan Hizan pergi menunaikan haji dan umrah.
InsyAllah.