Soalan:
Bolehkan saya meluruskan rambut dengan tujuan untuk kelihatan cantik di depan suami dan anak-anak. Tetapi, saya akan memakai tudung apabila keluar rumah?
Jawapan (Ustazah Azizah):
Secara umumnya berlebih-lebihan dalam mencantikkan diri amat dilarang oleh syarak. Hukum meluruskan rambut adalah haram disisi syarak kerana ia termasuk dalam kategori mengubah ciptaan ALLAH. Sedangkan, setiap sesuatu yang ALLAH ciptakan untuk hamba-NYA ada hikmahnya. Jika puan mengubah ciptaan ini dengan meluruskan rambut, maka anda telah termasuk dalam golongan ini. Walaupun ia dibenarkan oleh suami anda agar kelihatan cantik di depannya.
Puan perlu ingat, apa yang kita lakukan perlu mengikut landasan syarak yang betul-betul tepat dengan tuntutan ALLAH kepada kita. Jangan ikutkan nafsu yang sering menyuruh kita melakukan sesuatu yang boleh melanggar hukum ALLAH. Ini kerana, tuntutan nafsu selalunya dari Syaitan.
Banyak perkara yang boleh mencantikkan anda selain daripada perbuatan yang menyalahi syarak. Lakukanlah sesuatu yang boleh memelihara hak ALLAH. Insyallah, anda akan dipelihara oleh ALLAH.
Mohonlah pertolongan ALLAH jika kita tersasar dari petunjuk-NYA. Kita hendaklah bersyukur dengan setiap pemberian dari ALLAH.
Firman ALLAH S.W.T:
“Dan aku benar-benar akan menyesatkan mereka, dan aku bangkitkan angan-angan kosong pada mereka dan menyuruh binatang (memotong telinga-telinga binatang ternak), lalu mereka benar-benar memotongnya, dan akan aku suruh mereka mengubah ciptaan ALLAH, lalu benar-benar mereka mengubahnya. Sesiapa yang menjadikan Syaitan sebagai pelindung selain ALLAH, maka sesungguhnya ia menderita dalam kerugian yang nyata.”- Surah al-Nisa’: 119.
08 Mei 2010
HUKUM MELURUSKAN RAMBUT
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 reaksi homosapien:
Assalammualaikum,
ustazah :1- bagaiman pula dengan syampu mandian yang membuatkan rambut menjadi lurus atau krim2 yang juga fungsinya menjadikan rambut lurus.
:2-sekiranya meluruskan rambut itu haram humkumnya saya setuju tapi mengapa tidak dikeluarkan fatwa itu kepada semua rakyat malaysia yang beragama islam,bukan ke itu tugas bagi mereka yang berpengetahuan untuk memperbetulkan ape yang salah.
sekian saja dari saya bukan menyalahkan tapi memberi pandangan wassalam.
Waalaikumussalam.. saya belum layak bergelar ustazah.
Saya rasa lebih baik awak rujuk kepada yang pakar kerana jawapan diatas ini bukan datang dari saya. Saya cuma berkongsi artikel ini yang saya dapat dari pembacaan saya.
SALAM... terima kasih atas maklumat ni.. :)
Catat Ulasan
komen lah dengan ikhlas ya. Aku terima sahaja manis atau tajam.