Cari Entri Dulu

06 Mei 2010

MOTIVASI ENJET-ENJET SEMUT.

Bila dah jatuh, takkan lah nak jatuh lagi kan? Takkan nak jadi BIG L kan..? So, kamu kena berubah. Siapa kata kalau kita bodoh , belajar macam mana pun tetap bodoh, angkat tangan! Angkat tangan ye...mari sini, aku rendam kau dalam bancuhan serbuk pencuci DAIA + CLOROX satu botol. Bagi bersih sedikit pemikiran kamu itu. Tolong jangan jadi komuniti yang sempit lubang pemikirannya. Kita ini sebaik-baik ciptaan Allah. Sebab kita dikurniakan akal. Dengan akal itu, kita sepatutnya boleh berfikir dengan dalamnya ye kenapa kita dikurniakan kegagalan itu. Sebab kegagalan lah yang menjadi cikgu silat sebenar kita untuk menempuhi kehidupan ini. Tak kisahlah cikgu apa pun kan. Jadi, sepatutnya selepas gagal kita patut berusaha supaya tak gagal lagi. Kalau gagal, usaha lagi. Kalau gagal lagi, usaha lagi. Sampai bila, sampai berjaya! Kalau tak sempat, bukan rezeki kita lah kan..

Jangan mengalah dengan mudah. Jangan jadi lembik, buat malu kaum je. Kau pun malu. Buka minda,jangan sempitkan nya.

(coretan ini khas aku tujukan pada diri sendiri. aku lalai pada semester yang lepas, dan aku berazam untuk dapat anugerah dekan semester hadapan. kalau tak dapat, cuba lagi, kalau tak dapat, cuba lagi. kalau tak dapat cuba lagi. Be strong bebeh!

2 reaksi homosapien:

cheesy berkata... [Reply]

yeah ni baru betul mas yg abg nad kenal...i like your spirit!! cayok2!!..adik abg nad ni terbaik k!!!

Masturah Idrus berkata... [Reply]

maceh abg nad!

Catat Ulasan

komen lah dengan ikhlas ya. Aku terima sahaja manis atau tajam.