Betapa bahagia rasa diri bila diberi peluang sekali lagi untuk menangis kerana Mu.
Betapa aku merindui rasa itu yang bukan datangnya selalu.
Betapa aku rasa sesal kerana tidak bersangka baik dengan takdir-Mu.
Ujian demi ujian didatangkan kepada ku. Aku resah. Aku marah.
Ya Allah.... Dalam tak sedar aku sebenarnya tidak redha dengan ketentuan-Mu. Astaghfirullah..
Ya Allah.
Engkau memahami ku. Sentiasa. Tak perlu ku luah, Engkau sudah tahu segala.
Kau mengerti tangis ku.
Kau fahami resah ku.
Kau tak pernah lupa janji Mu.
Kau tak pernah mengabaikan ku.
Ujian Mu tanda kasih Mu pada ku.
Ujian Mu tanda Kau tidak lupa pada ku.
Betapa aku bertuah kerana menyedari Kau kekasih sejati ku.
Yang tak akan pernah mengecewakan ku.
Yang sentiasa menyayangi ku.
Yang sentiasa menerima ku dalam apa jua keadaan diriku.
Hanya pada Mu aku berserah.
Alhamdulillah for everything.
p/s: Sebak di dada sudah hilang, getar di perut pula mendatang.
0 reaksi homosapien:
Catat Ulasan
komen lah dengan ikhlas ya. Aku terima sahaja manis atau tajam.