Mereka yang pertama menyedekahkan kepada aku senyuman itu. Ah. Siapa tak tersenyum dengan kehadiran ku ketika itu? Setiap manusia yang memiliki rasa sayang pasti mahu senyum melihat aku.
Hehe.
Jika diri aku ini menatap wajahku ketika itu, aku juga pasti akan tersenyum. Subhanallah! Indahnya mahkluk ciptaan Allah ini. Hadirnya saja sudah cukup merawat hati pilu walau untuk seketika.
Lelaki itu menunggu, manakala wanita itu berjuang. Pagi Jumaat. Hari yang penuh barakah. :)
Lelaki itu Encik Nor Mohd Idrus, wali ku, wanita itu Puan Norhizan, yang melahirkan ku.
Bayi yang beratnya lebih dari 3 kg, menyapa dunia pada jam 0958, 6 Rejab 1410, 2 Februari 1990.
Alhamdulillah, aku masih lagi bertuah kerana mampu menatap senyuman mereka. Dan juga masih mampu membuat mereka tersenyum. Namun dalam masa yang sama menggusarkan hati mereka. Maafkan puteri pertama mu ini Papa Mama. Fizikalnya tampak matang, namun dalaman nya masih seperti kanak-kanak yang mendambakan belai manja dari orang tua kesayangan dia.
Puteri mu ini berjanji ingin menjaga kalian berdua sehingga tiba waktu kita berpisah.
Walau puteri mu ini ingin bernikah awal, namun itu tak bermaksud puteri mu ini ingin berjauhan dengan kalian. Puteri mu ini hanya ingin menghalalkan apa yang haram, dan masih mahu menatap kalian hari-hari! :)
Kakak sayang Papa Mama. Sayang sangat.
30 September 2012
Senyuman lelaki dan wanita itu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 reaksi homosapien:
Catat Ulasan
komen lah dengan ikhlas ya. Aku terima sahaja manis atau tajam.