Cari Entri Dulu

01 Oktober 2012

Dia Tak Tahu

Dia tak tahu. 


Oleh kerana ini bukan di putus atas rela hati, maka aku harus kerja kuat biar ianya jadi realiti.

Dia tak tahu.

Punya aku cuba buat project planning, namun dia acting blur saja. 

TAK TAHU TAK TAHU TAK TAHU. 

Itu saja dia tahu.

Dia tak tahu.

Aku tak suka nak pening kan orang tua. Sebab itu kena sedia hujah. Idea. Cadangan. Plan A,B,C and so on.

Dia tak tahu. 

Graph semangat aku makin cecah paksi x. Selepas ini mungkin ke kawasan negatif.

Dia tak tahu.

Aku tak boleh fokus selagi tiada kata putus, tiada pelan bertindak yang awesome. 

Dia tak tahu semua tuh. Dan aku pun tak tahu apa yang dia buat kat sana. Dan lantak lah.

Nasib teman tidur tak sekatil ada saat ini, kalau tidak mahu ku buka paip mata ini. Sakit tau tahan sebak. Rasa nak meletup.

Dia tak tahu.

Saat ini, aku rasa mahu angkat bendera putih.

Buat sementara waktu. 

Kalau ada jodoh. Ada lah. Kalau tak dak. Tak dak lah.

Dia tak tahu. Aku pun tak tahu.

Maaf. Aku perlu berehat dari permainan ini.

0 reaksi homosapien:

Catat Ulasan

komen lah dengan ikhlas ya. Aku terima sahaja manis atau tajam.