Cari Entri Dulu

05 Disember 2012

Sarang feveret: Kedai Buku

Kedai buku, kedai yang menjual buku. Mana-mana kedai yang jual buku, aku suka melangkah masuk. Asyik tau aroma buku ni.


Scene singgah di gerai buku pasar malam masih fresh dalam memory chip. Aku tak dambakan ayam goreng, aiskrim semua. Aku nak buku. Tak ingat pulak buku apa yang aku mahukan ketika itu. Tapi aku dapat. Itu yang penting.

Masa kecil juga aku selalu ikut mama pi kedai buku uncle india dekat Central Market. Mama suka baca English Novel. Namun buku-buku di situ bukan taste aku memandangkan aku tak paham apa fungsi muka depan sebegitu rupa. Sungguh pelik. Paham-paham lah, english novel kan.  Buku lama, kertas cokelat. Bau lain dari kertas putih.

Mama kata, ketika aku dalam rahim mama, mama suka baca novel. Mungkin kerana itu aku jua melekat dengan buku. Bawa lah aku ke kedai buku, aku akan sangat eksaited baq hang. Seronok tengok buku bersusun macam tu. Aku teramat suka selak buku yang banyak gambar dan fakta. Suka!

Kedai buku Popular. Kedai ni best. Ada stationery. Lagi aku suka. Hari tu kak reen stress teman aku jalan2 dalam kedai tuh. Maaf kak reen. Bila eksaited, dia macam lupa diri jap. Ampun!

Aaaaaaa. Rasa macam mahu beli semua buku. I wanna mini library! Sekarang rumah size comel, tak boleh buat mini library. Akan aku usahakan! InsyaAllah...

Impian aku nak collect buku-buku motivasi ke arah Tuhan, buku banyak gambar, buku games. Aaaaaa. Seronok nya!

Tapi-tapi, buku yang masih gagal menembusi sanubari aku adalah buku-buku engineering. Setakat ni tak jumpa lagi buku engineering yang exciting. Mengada kan? What to do. Inilah Masturah. 

InsyaAllah akan dapat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Sistem Kuasa). Tapi bayang nak jadi jurutera tu masih kabur. Mungkin akan jadi manusia bidang lain kot. Mungkin. hehe

0 reaksi homosapien:

Catat Ulasan

komen lah dengan ikhlas ya. Aku terima sahaja manis atau tajam.