Cari Entri Dulu

09 Disember 2012

Tukar Arah.

Aku sentiasa cuba untuk husnuzon (bersangka baik) dengan setiap perkara yang terjadi. 


Ada dua perkara yang hadir dalam fikiran aku lately.

1) Dari #NM tukar jadi #N sahaja
2) I dont want to pursue in engineering.

Aku kelihatan seperti letih dengan hidup bukan?

No. People change. 

Perkara 1: Nikah muda kepada nikah sahaja.

Ada beza. Ada bezanya. Nikah muda seperti yang pernah aku katakan pada post aku 2 tahun yang lalu, adalah nikah pada usia muda. Dalam takrifan aku usia muda ni usia student seperti aku lah sebab tak semua student degree berumur 22 tahun kan? Ada yang 26 tahun. Jadi kesah nya sekarang adalah kesah aku. Kesah gadis 22 tahun ok?

Impian sebenarnya. Nak bernikah ketika masih study. Itu impian dan harapan sebenarnya. Namun cerita hidup di UMP hanya tinggal 1 semester sahaja lagi. Dengan izin Allah, bulan Jun 2013 tamat lah zaman sarjana muda. Maka, itu kelihatan impossible bukan?

Final semester sibuk dengan projek sarjana muda 
Selepas habis final semester, pengembaraan untuk mengali duit guna tangan sendiri bermula.
Selepas sudah jumpa lubuk kerja, bermula lah kesibukan untuk menyesuaikan diri dengan alam pekerjaan ketika itu.

Sibuk. Ya. Aku tiba-tiba terasa jadual hidup aku sudah penuh. Tambahan lagi, pihak sana jua pihak sini tidak berada di pihak aku, dengan itu aku mula merancang untuk menjadi sibuk. Sibuk meneroka bumi Allah. Aku perlu buang penghalang yang menghalang aku untuk berfikir jauh demi mencorak masa depan aku. Sesungguhnya perancangan Allah sentiasa yang lebih baik, aku hanya merancang sahaja dan biar Allah sahaja yang tentukan.

Aku adalah pejuang nikah muda. Selamanya aku akan sokong orang yang nikah muda; sokong jika persiapan tip top. Dengan itu, impian nikah muda aku semadikan dengan redha. Selamat berjaya kepada yang lain. May Allah ease your way.

Perkara 2: Tiada cinta kepada kejuruteraan.

Mungkin ada sebenarnya, namun aku rasa tiada kerana sesungguhnya aku rasa aku tidak tahu apa-apa. Terbit rasa gelisah, apa aku buat selama hampir 4 tahun aku disini. Ilmu itu ada, tapi aku perlu gilap, berhabuk sudah. 

Tak kenal maka tak cinta. Eh, tiba-tiba perasaan aku berubah pula tika aku menaip ini. Aku rasa aku patut cabar diri aku untuk terjun ke dalam bidang ini and learn new things! I shoud try. Dia belum berjaya, jika dia tak pernah gagal. Maka gagal adalah perlu sebenarnya. Biar kita kenal diri kita siapa, dan perbaiki nya. Eh eh. Allahu Akbar! Perasaan berkobar ini makin dasat. Aku serius ingin mencuba. 

Biar diherdik, janji aku belajar. Gadis kejuruteraan harus physically and mentally strong. Lets give a try Masturah. 

Aku kadang takut orang industri tak boleh terima aku jika mereka tahun basic aku not that cemerlang. Namun aku seorang yang pelajar. Selamanya aku pelajar. Dan aku akan cuba belajar. Letak lah aku di posisi bawah sekalipun, asal aku dapat belajar dan mengajar pula kepada yang lain pun dah cukup.

Aku tak perlu bangga dengan Sarjana Muda yang bakal aku dapat kerana ia tidak beerti jika ilmu enggak ada. Oleh itu aku harus kuat berusaha! Ada sebab kenapa Allah benarkan aku memasuki bidang pilihan aku. Ada sebabnya. 

Aku percaya Allah. Selamanya. I know He knows best. All praises to Allah. 

0 reaksi homosapien:

Catat Ulasan

komen lah dengan ikhlas ya. Aku terima sahaja manis atau tajam.