Tahun 2013 tahun aku berumur 23 tahun.
Sumber gambar |
Alhamdulillah, Allah masih izinkan aku untuk terus bernafas sehingga saat aku menaip ini. Post pertama dalam tahun 2013.
Terima kasih kepada Norhizan bt Mohd Yahya yang telah melahirkan aku serta terima kasih juga kepada Nor Mohd Idrus yang telah menjaga aku sejak dari kecil, atas didikan dan kasih sayang kalian aku masih lagi teguh diatas bumi Allah ini. Alhamdulillah.. Terima kasih papa mama kesayanganku.
Terima kasih kepada yang telah mendoakan aku. Terima kasih. Hanya Allah sahaja dapat membalas jasa kalian.
Tahun ini aku akan menjalani perubahan fasa. Dari pelajar, kepada pekerja. Jika diizinkanNya.
Status? Mungkin tidak berubah untuk tahun ini. Aku tak pasti. Aku cuma kata. Atas sebab-sebab persekitaran, perkara ini mungkin tak berubah untuk tahun ini.
Dalam 23 tahun ini, terlalu banyak manusia yang telah aku jumpa dan kenal. Manusia yang sebenarnya bersama-sama dengan aku dalam membina kehidupan. Dalam keadaan tak sedar sebenarnya. Setiap kehadiran itu ada kesan nya. Kita sahaja yang tak sedar.
Ada yang beri kesan baik, tak kurang juga kesan yang buruk. Dengan perlindungan Allah, dapat juga aku tepis yang buruk dan atas kasih sayang Allah juga dapat ku terima yang baik. Alhamdulillah.
Aku harap, amalan ku bertambah seiring dengan peningkatan umur ku.
Sumber gambar |
InsyaAllah akan meraikan hari lahir ini bersama nenek tercinta di kampung Ulu Machang, Negeri Sembilan. Nenek akan berumur 87 tahun pada 3 Februari 2013 insyaAllah. (Kalau tak silap).
Akhir kata-kata,
1. Dare to ask, dare to try, be responsible on what you asked and what you had done.
2. Muslimah cemerlang dunia akhirat.
3. Aku takut Allah, tak takut hantu.
4. InsyaAllah akan pergi mengundi dalam PRU buat pertama kalinya.
5. Putus buat sementara. Boleh sambung jika ada masa.
Selamat berhujung minggu semua. Selamat berehat. Hargai masa yang ada. Assalamualaikum, may peace be upon you!
p/s: Kalau dah jodoh memang takkan kemana, namun jika tak berjodoh carilah yang lain. Move on. Allah knows best. Dont denied it.
0 reaksi homosapien:
Catat Ulasan
komen lah dengan ikhlas ya. Aku terima sahaja manis atau tajam.