Cari Entri Dulu

08 Jun 2011

WORDLESS WEDNESDAY | 1

Wordless Wednesday : On Wednesday all over the internet, bloggers will post a photograph with no words to explain it to their blog. Hence the 'wordless' title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn't need any description.

07 Jun 2011

TAK RINDU AKU KE?


Talking to the moon by Bruno Mars


Tengah melayan lagu ni. Duk berulang-ulang dari tadi. Sambil-sambil baca entry ni, korang bulih lah play lagu ni. Tak mengganggu pun sebab ini bukan entry berat. Thanks to Amirul (gay gay encik H) sebab post lagu ini kat fesbuk dulu. I just love it.

Tiba-tiba datang satu persoalan. Adakah diri ini, atau diri yang lain akan dirindui pabila jasad diri itu sudah tiada? Tiada itu mungkin bermaksud berpisah hidup atau mati. Mungkin.

Orang selalu kata, bila tiada baru nak hargai. Memang itu resam manusia, suka menyesal kemudian.

Nak bersapa kembali malu. Padahal selalu aja nampak update status di fesbuk, namun segan nak tegur. Ego ke aku ni?

Same goes to me. Bila aku update status di fesbuk, macam aku sorang ja yang online ketika itu.

Aku ambil positif lah. Mungkin mereka juga seperti aku, malu dan tiada modal untuk bercerita panjang lebar. Lain pula cerita dengan mereka yang belum dikenali, mudah sahaja bermadah bicara di twitter.

Tapi situasi itu akan berubah pabila kita tak akan mungkin update status di fesbuk, tak tweet dan tak update blog dah. Akan ada satu jangka masa, orang akan memperkatakan tentang kita, dan kemudian hilang sayup-sayup. Hidup harus diteruskan.

Oleh sebab malu hendak bertegur di tempat lain, aku ingin menyatakan lah di sini yang aku rindu kepada mereka yang pernah buat aku senyum dan pernah menyayangi dan masih menyayangi aku. Satu per satu wajah mereka singgah di kepala. I miss you all. Sincerely.



Hargailah mereka sementara masih ada.

01 Jun 2011

PERGI RUMAH PENGANTIN, MUKA TERUS NAMPAK MACAM ORANG DAH KAHWIN.

Statement tak boleh blah. (Aku pendek kan cerita ja sebab aku dah mengantuk. hehe)

Lelaki baju pink tuh bukan Encik H ye. Dia Encik F. haha. Encik H tu malu sangat nak amik gambar. Gedik!


Ahad lepas aku dan Encik H pergi kenduri kahwin senior aku di Bandar Baru Bangi. Pusing punya pusing sampai jugak akhirnya. Maafkan kita ya Encik H. hehe

Sampai pukul 1 lebih kot. Pukul 2 lebih balik. Anyway, bila la pulak turn aku nak pakai baju pengantin kan. Tett.

Lepas tu pergi jalan-jalan dalam UITM Shah Alam pulak. Besar kot. Tak larat kalau nak jalan kaki satu kampus. Of course lah kami jalan-jalan pakai kereta Encik bernama Julie tuh. hehe

Dah habis pusing-pusing merata-rata, macam biasa kitorang akan singgah Tesco Ampang sebelum dia hantar aku balik. Habis secawan hot choc dan sandwich ayam, kitorang blah dari situ. Tengah jalan-jalan, ada makcik tu approach, makcik promoter. Dia promote pakej perlancongan kot. Kata nya, hari itu last. Puas kitorang kata takpe takpe.

Nak tahu makcik tu kata apa?

"Hari ini hari last promotion dek. Cuti-cuti ni tak pergi mana-mana ke? Honeymoon ke?"

Tang honeymoon tu aku tak boleh tahan. Muka kitorang nampak macam dah kahwin ke? haha.

Ok. Dah Habis dah. Selamat malam!

p/s: Dey macha, kau tulis pasal aku ke tuh? Kalau tak, bagitahu la. Aku ni cepat perasan sket.