Cari Entri Dulu

14 Julai 2011

JANGAN BUAT DIA RIMAS



Baik.

Minta maaf sebab buat awak rimas. Kita tak sengaja lah awak. Kita terlalu emo sampai hari hari kita ungkit benda sama. Homai. Kita salah. Kita minta maaf

Terus terang kita cakap, kita masih fikirkan hal itu walaupun kita kata kita tak mahu pikir dah. Kita minta maaf awak. Kita tak mampu nak lupakan.

Kita tahu, untuk remaja macam kita, wang lah yang menjadi faktor penghalang. Kita ada fikir nak kerja, tapi hati kita tak terbuka lagi awak. Kita cuba cari keiinginan nak bekerja itu, namun kita jumpa sekejap aje, kemudian keiginan itu hanyut begitu sahaja. Hmm

Kita berdoa supaya Allah tunjukkan jalan penyelesaian untuk kes kita. Kita harap sangat Allah makbulkan.

Kita tahu ibu ayah awak tak yakin lagi nak lepas kan awak untuk ke tahap itu. Ibu dan ayah lebih mengenali awak kan? Sudah tentu mereka tahu tahap kemampuan awak.

Kita cuba tau awak, kita cuba tak cakap pasal hal itu bila kita berkomunikasi dalam telefon, tapi mesti kita terselitkan jugak hal tuh. Minta maaf buat awak rimas.

Nak tahu apa yang kita takutkan lagi? Kita takut keinginan kita nak bersama awak hilang dan tak kembali. Kita takut tuh. Bukan nak ugut tapi ini benar. :(

Minta maaf buat awak rasa rimas (mungkin) dengan kelakuan kita.

Akhir kata, kita akan usaha cari jalan yang terbaik. Kita akan usaha. Insyallah.

13 Julai 2011

#WW WORDLESS WEDNESDAY | 7

Wordless Wednesday : On Wednesday all over the internet, bloggers will post a photograph with no words to explain it to their blog. Hence the 'wordless' title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn't need any description.

11 Julai 2011

ROKOK PUNCA STRESS PART 2 (ENTRI TAK BERAPA NAK SERIUS)

Bagi yang belum baca point 1-5 anda boleh ke http://mashilala.blogspot.com/2011/06/rokok-punca-stress-part-1-entri-tak.html jika anda mahu. (Untuk menjimatkan masa loading, hold CTRL dan klik pada link itu untu bukak link dalam tab lain)

Ok kita sambung lagi 4 points.

6. Hari-hari disumpah oleh orang sekeliling.


Homai. Sudah tentu lah hari-hari kena sumpah seranah kan. Dah setiap hari duk bagi jin makan. Sekali lagi, bukan perokok yang stress kena sumpah, tapi penyumpah yang stress menyumpah sebab dia yang sangat lah innocent, naif, bendul tak reti nak menyumpah tetiba belajar menyumpah pulak sebab berjiran dengan smoker. Ingat tak stress ke menyumpah ni. Stress tau sebab rasa bersalah menyumpah. Tak baik menyumpah. 

Lagi satu, setiap kata yang keluar dari mulut seseorang adalah doa. Patutlah susah nak pandai budak tu, hari-hari orang panggil dia bodoh bodoh bodoh bodoh. (Dalam sesetengah kes sahaja). Mana tak bodoh.


7. Kalau tak merokok tak cool.


Siapa yang bijaksana sangat mengasaskan quote itu? Tak pasal-pasal jejaka yang baru nak matang tu stress pikir pasal quote tu. Kalau tak merokok, nanti gadis-gadis gelakkan dia sebab dia tak cool macam member dia yang pakai sleeveless sambil merokok atas tembok sekolah. Kalau dia merokok, habis lah kena belasah dengan bapak dia sambil kena bebel. Berkepul-kepul asap keluar dari mulut bapak dia time membebel. Homai.. Stress!


8. Budak kecik pun merokok lah bro!


Semakin stress lah mereka jika tak merokok bila dibandingkan dengan budak chubby kat atas ni. Ini yang membuatkan mereka berkobar-kobar menyahut cabaran untuk merokok walhal mereka tak mampu nak deal dengan asap asap ni sebab allergic. Kesian. Dah sakit buat cara sakit. Tak sador diri kau ni. 

9. Gian tapi tiada duit.


Ketika ini lah perokok stress sampai sanggup merayu dekat member yang sedang galak memberi jin makan. Ketika ini lah perokok jugak mulai gigil sebab tak mampu nak beli makanan asas dan 'makanan tambahan' mereka. Homai. Tidak ketinggalan ibu bapa juga. Ibu bapa juga stress bila tengok duit dalam wallet lesap ketika nak isi minyak untuk ke tempat kerja mencari nafkah buat keluarga tersayang. Bertambah stress bila dapat tahu anak yang ditatang2 dan dijaja2 pelajar cemerlang sekolah yang melesapkan duit itu kerana terlalu gian. Stress.


****tamat****

Ketahui lah korang boleh dapat banyak penyakit dengan hanya kerana stress. Sayangi lah diri dan keluarga. Sekali lagi aku pesan, SILA JANGAN JADI ORANG YANG PENTINGKAN DIRI SENDIRI. SILA PAKAI BALANG MACAM ASTRONAUT BILA NAK MEROKOK SEKIAN.


p/s: Akhirnya aku mampu jugak buat entry part 2 ni. 
p/s : Sekali lagi, semua gambar diperoleh dalam carian Google Image