Cari Entri Dulu

30 Jun 2011

ROKOK PUNCA STRESS PART 1 (ENTRI TAK BERAPA NAK SERIUS)

Tahukah anda, ROKOK itu sendiri menjadi punca segelintir masyarakat dunia dalam keadaan stress? Tak kiralah anda perokok aktif ke pasif ke. Anda tetap stress.


Nyummeh!

1. Harga Rokok.



Normal. Bila harga barang naik, sesiapa yang dah mampu pegang duit sendiri (bukan duit pinjaman) akan merasa stress dengan fenomena ini. Lebih stress adalah perokok tegar kerana terpaksa berkorban duit makan, atau duit nak belanja awek shopping semata-mata nak beli sekotak rokok. Harga sekotak rokok itu sama dengan lunch+dinner+supper aku semasa di kampus. Korang ni kaya lah, tak macam orang yang hari-hari aku nampak kayuh basikal dengan kotak menimbun kat belakang basikal tuh. STRESS!

2. Asap Rokok



Sebagai pasive smoker, aku juga stress ya bila menyedut makanan jin ni. Aku terus headache. Argh. Dulu aku pernah main bowling dekat lane yang berhampiran dengan smoking room tau, terus moody kot. Tak dapat fokus nak main bowling. Ecececeh. Bazir ja duit aku! Lah tak dapat nak enjoy main! Ini semua salah kau smoker dalam smoking room yang buat muka sebek. Boooo. STRESS!

3. Bila dah dapat penyakit kronik (antara penjaga dan pesakit)



Yang perokok tegar stress sebab sakit, yang penjaga stress sebab nak kena cari duit bayar bil hospital, dengan ubatnya lagi. Ingat murah ke? Murah lah kot kalau ayah kau ada pangkat tinggi duniawi. STRESS!

4. Asyik kena 'provoke'

Dalam hal ini aku tak rasa smoker yang stress sebab smoker dah biasa tengok gambar cenggini kat kotak rokok kan? Orang nonsmoker tengok iklan tuh yang stress. Lagi-lagi ibu mengandung. Tak sayang generasi yek yang aktif merokok ni? Nanti dah kahwin dapat anak yang tak cukup sempurna mulalah salah kan takdir. Lepas tuh mula lah STRESS. "Itu bukan anak aku." Tapi aku berbangga lah dengan ibu bapa yang bersabar dengan ketentuan Tuhan. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita!

5. Kasihan budak asrama.

Gambar hiasan tiada kena mengena dengan mereka yang berada di dalam gambar. Aku cuma nak tunjuk tray yang pernah aku guna dulu. Macam tu lah rupanya. Rindu!

Nak dibanding dengan budak sekolah harian, hidup bukak asrama ni perit sedikit dalam hal macam ni. Yalah. Budak sekolah harian selamba ja pakai baju sekolah melepak tepi-tepi dinding sambil hembus asap rokok sambil buat mulut berbentuk 'O'. Ala nanti asap dia kan bulat bulat. hehe. Tapi budak sekolah asrama dengan budak uni aku (tiba tiba ja) kena merokok sembunyi-sembunyi dalam jamban. Dia ingat warden takde hidung lah kot. 

Ada satu kes ni, warden jumpa 1 carton dalam tangki simbah aras tinggi di tandas lelaki blok akademik. Dasat kan. Kena beli dan sorok dan rasa nervous sentiasa. Allah nampak semuanya lah sayang.

**********

Ada lagi 4 point. Nantikan!


SILA JANGAN JADI ORANG YANG PENTINGKAN DIRI SENDIRI. SILA PAKAI BALANG MACAM ASTRONAUT BILA NAK MEROKOK SEKIAN.

ps1: Semua gambar dijumpai dengan menggunakan carian imej Google.
ps2: No butt-hurt please. (Mesti ada punya. hehe)
Enhanced by Zemanta

5 reaksi homosapien:

Cha sahaja berkata... [Reply]

weh..kt kedai aku sll brother2 lau beli mst ckp " abg xnk yg gmbr baby dik"
haha

LynnAiza berkata... [Reply]

boleh edarkan nih entri kau.tbaik! ;)

Affan berkata... [Reply]

hak2, setuju dgn sume point.
kalau sekolah asrama, time mandi pun kadang2 sesak dgn bau asap rosak, tensi oitttt haha

Syazwan berkata... [Reply]

hahahaa. part pakai balang astronaut tak boleh bla..! XD

Asfan Ash berkata... [Reply]

sedang dipos pada fb GB hehehhe. susah nak cari benda berkualiti camni skang

Catat Ulasan

komen lah dengan ikhlas ya. Aku terima sahaja manis atau tajam.