Cari Entri Dulu

10 Disember 2009

CORETAN DI MALAM HARI

Kali ini mungkin akan ku ringankan sedikit bahasa penulisan ku. Aku hanya ditemani bunyi kipas serta cahaya laptop ku sahaja di pagi khamis ini. Masih gelap ya di luar sana. Adakah kegelapan itu sama seperti keadaan hati ku? Ada perubahan negatif terhadap diri ku. Perasaan ku sahajakah? Atau ia memang benar? Aku juga tidak mengerti mengapa. Aku rasa lain. Aku rasa ada sedikit kejahatan yang berselindung di kamar hati aku. Memang normal untuk setiap manusia. Kita bukan malaikat. Akan ada juga kesilapan yang bakal berlaku. Kerana kita lemah. Ya,kita hamba Nya yang lemah. Kita hanya mampu bertahan dan meminta pertolongan kerana Dia sahaja yang kuat. Aku lemah tika ini. Segala-galanya. Iman,kesihatan,fikiran,tabiat. Lemahnya aku! Aku ingin bangkit. Aku ingin maju. Aku mahu singkirkan kejahatan itu. Tidak mahu aku menyimpannya buat pekasam yang bakal mengelapkan pandangan aku sehingga aku buta dan tersimpang ke arah yang tidak sepatutnya. Aku memohon pertolongan Mu ya Allah.


Setelah bergelar mahasiswi, aku kenal erti cabaran di universiti. Aku tahu mengapa ia merupakan satu tempat yang ingin di tuju. Aku kurang yakin aku dapat survive dengan baik jika aku tidak mengukuhkan niat dan iman aku sepanjang berada di bumi Pahang. Jika di maktab dahulu (MRSM Serting),aku dibimbing dengan baik. Ya,aku dapat rasakan perubahan yang baik pada diri ku. Tetapi,sedih. Makin aku dewasa,makin kurang bimbingan yang aku terima. Bukan tiada,tetapi aku yang tak pergi mendapatkannya. Semasa di maktab,kami di kerah ke surau setiap hari. Apabila tiba waktu di matrikulasi,kerahan itu hanya berjalan ketika minggu orientasi begitu juga semasa minggu induksi (orientasi) di pusat pengajian ku kini.

Aku rindukan bimbingan. Aku perlukan bimbingan untuk terus survive. Ya Allah,hamba Mu ini lemah,hampir tersungkur di bumi Mu. Kurniakanlah bimbingan yang dapat mengiringi ku ke jalan Mu. Aku redha sekiranya aku harus bersusah-susah untuk mendapatkan rahmat Mu Ya Rahman. Berilah aku kekuatan untuk memperoleh kejayaan di dunia mahupun di akhirat kelak. Kau lindungi dan kasihilah ibu bapa ku sebagaimana mereka melindungi dan mengasihi aku sejak kecil. Kau eratkanlah tali perhubungan antara saudara-saudara se Islam ku. Selamatkan kami dari kelekaan dunia Ya Rahim. Amin..

01 Disember 2009

SEMANGAT YANG HILANG.

Beginilah jika jasad ku sudah tiba ke rumah.
Medium ini akan ku anak tirikan dalam keadaan yang tidak sedar.
Aku tidak sengaja.
Niat itu ada.
Tetapi spirit itu tiada.
Bagaimana minda aku hendak dijanakan tanpa semangat seperti dulu?
Terlalu banyak yang ingin disuarakan.
Tetapi.
Tidak kesampaian.
Anak panah kecil di skrin laptop ku akan di tujukan ke arah 'Facebook'.
Setiap hari.
Ini adalah alasan yang dapat aku berikan.
Agak lama aku tidak memberikan input baru ke atas muka surat blog ku.
Kini.
Aku akan mulakan semula.
Aku mahu menghentam semula kekunci laptop ku.
Sudah lama mereka tidak di urut.
haha.
Jumpa esok insyallah...

p/s: Bapa kepada Norhafizree Nordin (Hafizree adalah sahabat ku di UMP),telah pun meninggal dunia semalam. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Encik Nordin. Al-Fatihah...