Cari Entri Dulu

12 November 2009

TIKA CUMA

Tajuk entri apakah ini? Abaikan. Aku hanya sekeTIKA disini. Melepaskan gian CUMA. Ini ungkapan aku pada tengahari 11 NOV 2009,


Semalam terik,kini hujan,mungkinkah seterusnya pelangi?

09 November 2009

TANGISAN BERKALA

Sudah masuk malam kedua aku menangis tanpa sebarang paksaan hidup. Dan tangisan itu datang pada waktu yang sama. Semalam dan hari ini. Ya,pada waktu yang sama dada ku sebak,hati ku pilu,mata ku basah. Jangan tanya mengapa,kerana aku tiada jawapan untuk persoalan kalian. Kerana,aku juga dikelilingi atmosfera persoalan. Aku juga dambakan jawapan. Aku mahu tahu!

07 November 2009

SENYUMAN KU CERIA

Hari ini,
Senyuman ku ceria,
ceria bak sang bintang siang,

Mukadimah kali ini comey tak? Ini realiti,setelah beberapa hari langit menggelapkan diri, bumi dibasahi titisan rakus,akhirnya..sang suria menjelma kembali. Suria yang lama ku nanti sinarnya,hangatnya. Terasa kehilangan tika dia tiada. Begitukah perasaan ku kelak? Jika dia yang realiti pergi seketika,aku bakal rasa kehilangan sepeti suria yang menyepi untuk beberapa hari itukah? Takutnya. Lemahnya aku. Jika dia pergi buat selama-lamanya bak masa yang berlalu tak mungkin kembali? Apakah yang menunggu aku di kemudian hari?

06 November 2009

TOPENG MUKA

Pabila mereka inginkan sarungkan topeng itu pada ku,

Aku kata "tidak mengapalah,mama tak ajar"
Sebagai hidupan yang mempunyai sifat feminin,
aku ingin selalu kelihatan cantik.
Bukan hendak memukau,
cuma untuk kepuasan diri.
Ya,
aku puas dengan apa yang Tuhan kurniakan.
Aku tak perlukan topeng itu.
Mama kata,
topeng itu akan cederakan si pemakai,
pemakai yang tak bersyukur,
pakai topeng itu bila perlu.
Nampaknya,
aku masih belum perlukan topeng itu.
Tambahan,
aku rimas dengan sifat patung itu yang banyak pantangnya,
pabila sudah kurang,harus ditambah.
Pabila pudar,harus dipekatkan semula.
Ya,aku masih belum perlukannya.
Mungkin,
pabila sudah tiba masanya,
kelak,
aku akan pakai juga topeng itu.
Aku pasti.


04 November 2009

AKU MEMBERONTAK

Nama pun study week!

Minggu belajar ye abang kakak adik sekalian.
Jadi?
Apa harus buat?
Belajar....
Betul itu.
JADI,BELAJARLAH!
Aku tampar jugak mereka2 ini!
Please respect others..
Sekian

03 November 2009

TAK SALAH MEMBANDING BUKAN?

Perbandingan mewujudkan pilihan.

Pilihan yang membentuk masa depan.
Mungkin kejam, tetapi apa salahnya?
Demi kebaikan,demi kebahagiaan.
Noktah!
Aku pilih dia!