Cari Entri Dulu

28 Ogos 2011

Karangan Cerita Allah Sentiasa Berhikmah Untuk Kita.



Alhamdulillah! Aku masih dapat meneruskan hidup pada hari ini, dah masih berkesempatan untuk berpuasa. 

Hari ini hari daftar subjek untuk pelajar UMP tahun 3. Kalut memang kalut sebab kami kena guna Open Resgistration System untuk pertama kali nya dalam hidup! Bukan kami ja yang kalut, rupanya pensyarah pun sama. 

Oleh sebab sistem ini mengamalkan first come first serve, makanya malam tadi sungguh lah ramai yang log in Ecom sampai duk error apache je. Adoi. Tak paham aku bahasa komputer. *Tulah, time dalam kelas dulu tak nak focus belajar bahasa computer ni*

Malam tadi memang aku pulun daftar sebab aku kena daftarkan untuk Asha (My bestfriend). Dia tak dapat nak online macam aku. Malam tadi penat aku log in, tapi tak dapat2. Dan akhirnya aku tertido. 

Blablablablabla.. *cerita yang tak perlu diceritakan*

Aku terbangun semula pukul 9.30 pagi tadi. Dan dengan menggelabah aku on laptop, dan aku mendapati banyak kelas dah penuh! Nanges seketika.Memang real punya seketika, tak sampai seminit sebab lepas tu aku tenang dan tak rasa aku akan menghadapi masalah. Pelik tak pelik.

Aku berusaha puya berusaha untuk Asha, akhirnya aku dapat daftarkan dia semua subjek kecuali ada satu subjek fakulti. Nanti nak kena apply manual lah. Alhamdulillah syukur.

Mula mula aku takut sangat Asha kecewa dengan aku sebab dia memang depends kat aku. Tapi aku tahu dia jenis kawan yang macam mana. Jarang nak blame kawan rapat dia. Dia mesti cakap elok2. Syukur dapat kawan macam dia. 

Tengok, setiap perkara ada hikmah. Pegang dengan janji Allah yang itu. Aku banyak kali cakap kat diri sendiri tadi. Ya Allah, Kau tahu apa yang terbaik untuk hamba Mu ni. Alhamdulillah, walau tak dapat masa yang dikehendaki, tapi dapat daftar subjek. Bukak sem nanti nak cuba apply tukar hari lain untuk certai subjek.

Dia bagi kita susah sekarang so that kita akan lebih kuat berusaha at the same time sentiasa dekat dengan Dia. Allah sayang sangat pada kita, sebab itu Dia selalu bagi ujian dan kesusahan kepada kita bertujuan untuk kita supaya kembali kepada Nya dan sentiasa dengan Nya.

Dia bagi kita senang untuk menguji kita samada kita masih ingat pada Dia atau tidak. 

Moga Allah ampunkan mereka yang menyangka Allah itu kejam. 

Selamat berpuasa dan selamat hari raya maaf zahir dan batin. 

p/s: Dah lama sangat aku tak tulis entry. Hari ini hari gembira.
p/s: Tahun ini dapat pakai jubah.
p/s: Puasa kali ini menampakkan perubahan pada minda dan fizikal ku. Aku harap aku istiqamah :)

Tedy nak jadi askar wataniah!

11 Ogos 2011

Jodoh | Aku Yakin Dengan Janji Allah.

Ramadhan datang lagi. Bersyukur sangat kerana aku masih sempat berada dalam bulan yang penuh dengan ganjaran dan berkat ini. Moga Allah sentiasa merahmati kehidupan kita semua. Insyallah. Ini peluang keemasan untuk kita memperbaiki diri dan akhlak kita. Jangan tangguh-tangguh lagi. Dapatkan ganjaran dari Allah selagi kita masih bernyawa.


Tak usah penat kan diri, resahkan hati. 

"He will send her/him to you when you are ready"

Sabar ya Masturah.

MARI BERCINTA DENGAN ALLAH!