Cari Entri Dulu

04 April 2012

Aku kejam. Maaf

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tiba-tiba rasa nak menaip di sini malam ni.

Dah masuk hari Rabu, makanya tinggal lebih kurang 4 hari ja nak lepak-lepak kat rumah sebelum kembali stress.

Kelahiran post ini diberi nama seperti tertera di atas. Aku kejam? Kejam bagaimana aku dan Allah saja tahu, dan si dia saja yang rasa. Mungkin tak patut, namun aku terpaksa.

Dunia riang ria penuh bunga aku tinggalkan perlahan-lahan dan aku wujudnya kan taman berpagarkan duri yang beracun. Bahaya jika didekati. Duri buat luka, racun tinggalkan bisa. Akhirnya, diri yang merana. Jadi, pinta jangan dekati taman ini jika tiada habuan untuk aku jika aku buka pintu untuk kamu.

Aku terpaksa cipta satu medan yang kurang enak, kerna aku mahu simpan saki baki kemanisan itu untuk hari kita mula berlayar bersama.

Kau silap jika kau sangka aku senang hati tempuh tempoh masa ini hanya kerana aku sibuk tersenyum di alam lain, hati aku juga bagai ditoreh setiap kali melihat kau hampir dengan pagar berduri ini, namun apa dayaku, kau tak memenuhi permintaan ku.

Aku terpaksa kejam dalam hal ini. Aku tak mahu kita senyum di sini, dan menangis di sana. Aku tidak mahu hidup dalam murka Allah.

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim. Ya Latif.

Jika dia benar untukku, maka hamba Mu in meminta agar Engkau bukakan pintu hati Papa, Mama, Ayah dan Ibu untuk membantu kami melaksanakan hasrat murni ini.

Namun jika dia bukan untukku, maka aku pinta jauhkan kami, hilangkan rasa hati kami.

Kerana sesungguhnya hanya Engkau lah Maha Mengetahui segala-galanya yang berada di langit dan bumi.

Jika kami masih kekurangan, bantu kami memenuhi kekurangan tersebut.

Aku cuma mahu yang halal dan bahagia.

Kita terbayang awak berada di bawah menunggu kita turun so that kita berdua boleh buat gaya titanic untuk seketika . Of course selepas kita halal nanti. Insyallah.