Cari Entri Dulu

26 Februari 2010

TANGIS TAWA DALAM SATU HARI.

Dalam beberapa hari ini love story jadi santapan aku. Dan..setiap kali santap mesti haus. Menangis.Dah tak boleh bendung dah. Asyik tertumpah sahaja. Tak sengajalah.

Hari ini,birthday junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W. Selawat dan salam ke atas baginda. Aku bangga menjadi umat baginda! Biar pun ada yang menghina,menafikan, mengherdik ku, aku hanya akan bertahan dan memohon perlindungan dari Allah yang esa.

ISLAM INSIDE OUTSIDE ME FOREVER~ insyallah...

21 Februari 2010

HARI AHAD

Sampai juga aku ke sekolah tinggi2 aku. Tapi risau sedikitlah,harap-harap papa,mama dan madihah selamat sampai ke KL. Amin..


Ok.Hari ini hari ahad. Dan aku rasa ye...rasa macam nak tidur aje. Tetapi memandangkan semasa di rumah sudah tidur aje...so kena sacrifice sedikit la kan..


Ok yang kedua. ASSIGNMENT TIME!!. 


Esok ada zombie gambang menyerang pekan.


Ini serius~ (wonderpets)


SERANG!!!!


sewel dah anak idrus ni...



14 Februari 2010

AKU RINDU KAMU!



Selepas 2 bulan tidak mendengar suara dia, akhirnya aku mendengar suara dia melaungkan azan zohor secara langsung melalui telefon. Dia sekarang berada di bumi kenyalang,menjalani program latihan khidmat negara.
Ihsan,akak bangga dengan kau...

02 Februari 2010

HAPPY BIRTHDAY TO ME!

Syukur ke hadrat Illahi kerana aku sempat juga mencapai angka 20. Wah,sudah dua dekad aku hidup ya. Aku juga sudah patut di kira matang. Mama kata "anak dara saya sudah besar!" . Ya,saya anak dara mama yang pertama. Ku harap segala impian aku dapat dilaksanakan selepas ini. Dan. Aku berdoa semoga aku menjadi insan yang berguna. Yang bermanfaat. Yang berfaedah. Amin...

Ok. Agak banyak ucapan yang ku terima tahun ini. Sangat terharu...isk..isk.. :)
Dari telefon bimbit. Dari Facebook. Dari blog (dari najat tersayang dan ijol terchenta). Dan sudah tentu dari classmate ku sendiri! 

Sungguh tak terduga. Mereka menyediakan kejutan buat aku. Dengan kehadiran yang sangat meriah,wah aku gembira! Serius,aku terharu. Tahun ini aku menyambut bersama ex-classmate ku,Fakhrol. Bertambahlah meriah! Terima kasih ku ucapkan atas segala senyuman dan gelak ketawa pada malam tadi. Terima kasih kepada classmate ku di UMP (ex-E06)! ANDA MEMANG TERBAIKLAH! 

Special thanks to JIJAH,PIAN,FIZI,IBAL dan JUWEK....
Aku sayang kalian semua...
Sangat-sangat...


hadiah yang ku terima. (from jijah,pian,zue and najwa)


kek aku dan fakhrol...


AKU RINDU SAYANG KAMU SEMUA!