Cari Entri Dulu

27 November 2010

RAHSIA AKU PILIH BARANG UNTUK DIJADIKAN HADIAH


Assalamualaikum orang kampong!

Kali ini aku nak cerita pasal hadiah. BTW, Saiful Azrie, aku tak lupa janji aku nak bagi present atas ke lucky an kau menerjah blog aku. Dont worry ok.

(PERHATIAN: Sila baca dengan nada yang gedik. Terima kasih)

Kembali kepada persoalan kita ye tuan puan. Dalam hidup, mesti anda-anda pernah membelikan hadiah buat mereka-mereka atas dasar terpaksa mahupun ikhlas. Tetapi ada jugak orang yang TERLALU gemar membeli hadiah buat teman-teman dia, sebagai contoh, adik perempuan aku. haha. Tapi aku bukan nak cerita pasal adik perempuan aku ye tuan puan. Aku nak habaq kat hangpa semua apa rahsia aku dalam memilih barang untuk dijadikan hadiah.

Rahsia nya adalah....







pilih barang yang kita suka!



Yeah! Itulah rahsia nya.

Apa jenis barang yang aku suka?

1. Comel macam teddy

2. Colourful macam rainbow

3. Sedap macam marshmallow

4. Cantik macam rantai leher kah, cincin kah, rantai tangai kah

5. Unik macam kayu urut yang aku bagi Encik H.


Orang kata kalau kita bagi barang yang kita suka, kita akan dapat pahala. Tak tahu lah sejauh mana kesahihan nya kan. Tapi aku memang macam itu. Aku beli benda yang aku suka, aku bungkus dan aku akan bagi orang itu. Tapi kan, kadang-kadang aku BERAT HATI  nak bagi. Seriously! Bukan aku tak ikhlas. Kalau aku tak ikhlas aku tak bagi. Baik aku simpan kan.

Nak kata aku kejam tak jugak, tapi kadang2 aku suka beli barang yang orang tu tak suka. At least bila dia tengok, dia benci, dia ingat aku, dia gelak. (hopefully)

Aku juga suka beli barang yang orang itu akan guna, bukan sekadar letak satu tempat buat hiasan sampai berhabuk. Manalah tahu aku datang rumah dia tiba-tiba dan tengok benda itu dah bersawang2, tak ke kecik hati aku kan.

Haa.. begitulah ye tuan puan. Jangan lah anda-anda beli hadiah mahal-mahal besar-besar semata-mata ingin mendapat pujian orang ramai, nanti bulih jadi kes sombong, bongkak, riak, belagak. Dah dapat dosa. Jadilah macam aku (ecececeh), aku hanya berharap orang itu senyum dan happy bila terima hadiah tersebut.

Till then, daaaa.

p/s: Birthday aku bulan Februari. Ehem. Tertaip pulak. haha

24 November 2010

KITA NIKAH GANTUNG JE LAH DULU.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Kali ini aku nak ketengah kan artikel dari I LUV ISLAM yang berkait dengan kahwin muda. Artikel ini sesuai untuk pasangan kekasih yang masih muda. Ehem..
Sedikit mengenai penulis.
Ustaz Nasrudin Hassan merupakan graduan Usuluddin dari Universiti Al-Azhar, Mesir. Selain aktif dalam aktiviti kemasyarakatan, beliau kini merupakan Pengarah Akademi Ar-Rasyidin yang berpusat di Kuantan, Pahang. Blog episodeperjuangan.blogspot.com menjadi medium untuk beliau menulis di alam maya.

Nikah Gantung (Khitbah) Satu Alternatif


Sedang pelbagai pihak seperti buntu mencari penyelesaian kepada barah sosial yang menjurus kepada pergaulan dan seks bebas (zina) serta rogol dan buang bayi berleluasa pada hari ini, saya menyarankan satu program atau projek besar iaitu "Taysir az Ziwaj" dilaksanakan, khasnya oleh pihak berwajib.
Taysir Az Ziwaj ialah "Permudahkan Proses Perkahwinan" terutama kepada anak-anak muda yang tidak berkemampuan dari segi material untuk mendirikan rumahtangga tetapi dalam masa yang sama mempunyai keinginan yang tinggi untuk hidup berpasangan.
Islam adalah agama yang penuh dengan rahmah dan berkah. Ia diutuskan oleh Allah swt Tuhan yang mencipta manusia bukan untuk menghalang atau menidakkan keperluan manusia seperti keinginan (nafsu) syahwah dan sebagainya tetapi Islam datang untuk membetulkan dan memandu manusia agar melunas keinginannya secara yang betul, benar dan baik.
Gejala seks bebas (zina) dan rogol adalah angkara nafsu yang tidak terkawal dan ia disalurkan secara tidak betul, tidak benar dan membawa keburukan kepada diri dan orang lain. Sedang Islam menggalakkan perkahwinan (aqad nikah) agar hati manusia tenteram dan tenang serta nafsu dapat dikawal. Ini membawa kebaikan kepada semua ummat manusia.
Firman Allah swt yang bermaksud :
"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya kerana Allah swt Maha Luas rahmat dan kurnia-Nya lagi Maha Mengetahui." (Surah An-Nuur : Ayat 32)
Perkahwinan yang digalakkan oleh Islam ini sewajarnya dipermudahkan prosesnya agar generasi muda negara tidak liar dan kemaruk nafsu lalu terjebak dalam kancah seks bebas (zina). Memudahkan prosesnya boleh dilakukan oleh pihak berwajib (kerajaan) seperti (sekadar menyebut beberapa contoh) :
  • Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin
  • Memberi insentif sebagai galakan berkahwin
  • Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan
  • Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma
  • Menganjurkan perkahwinan beramai-ramai yang menjimatkan
  • Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan
  • Merendahkan hantaran perkahwinan
Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ini ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai Nikah Gantung. Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai 5 rukunnya iaitu :
  • Suami
  • Isteri
  • Wali
  • Saksi
  • Aqad (Ijab Qabul)
Cuma bezanya ialah pasangan pengantin (suami isteri) tidak tinggal serumah dalam tempoh-tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti (sekadar menyebut beberapa contoh) :
  • Masih menuntut di kolej atau universiti
  • Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah
  • Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga
Justeru itu , buat tempoh tertentu pasangan suami isteri yang telah dinikahkan itu tinggal berasingan (atas persetujuan bersama kedua-dua pihak) dan barangkali tinggal bersama keluarga masing-masing sehinggalah mereka merasakan segala halangan di atas telah selesai dan mereka benar-benar bersedia mengharungi kehidupan berumahtangga yang besar tanggungjawabnya.
Kelebihan Nikah Gantung
Kelebihan Nikah Gantung ini ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang-undang negara. Andai dalam tempoh itu mereka bertemu, keluar makan, dating, study bersama bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks, maka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram.
Andai berlaku kehamilan, maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab (keturunan). Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah.
 Kes buang bayi yang berleluasa hari ini rata-ratanya adalah ekoran rasa panik dan hilang pertimbangan akibat malu dan hilang maruah dari pasangan terbabit. Malah mereka juga takut untuk kembali kepangkuan keluarga justeru mereka mengetahui bahawa hubungan mereka salah dan mereka hamil hasil hubungan terlarang. Ia memalukan keluarga dan mencemarkan maruah bangsa dan agama. Akhirnya, jalan pintas dan terdesak yang ada pada mereka ialah buang bayi tersebut dengan harapan selesai masaalah dan beban yang mereka hadapi tanpa mereka menyedari bahawa akan mencetus bencana yang lebih parah kepada sosial negara.
Penerimaan Masyarakat
Sebenarnya Nikah Khitbah ini pernah dilakukan dalam masyarakat Arab. Menurut amalan tersebut, sewaktu majlis pertunangan, ia dilangsungkan sekali dengan majlis aqad nikah (halflun nikah) tetapi mempelai tidak boleh tinggal sekali (serumah) sehingga berlangsungnya pula majlis perkahwinan (haflul Qiran). Terkadang tempoh itu (antara pertunangan dan perkahwinan) menjangkau tahun lamanya.
Dalam masyarakat Melayu, amalan ini sebenarnya pernah diamalkan sebelum ini dengan namaNikah Gantung. Ia pernah dikaji oleh beberapa Anthropologist seperti Paletz, Djamour dan Jones. Mereka mengistilahkan Nikah Gantung sebagai "Suspended Marriage Contract" iaitu satu fenomena sosial yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Asia tenggara.
Malah menurut Abdul Jalil Borhan, perkara yang berkaitan dengan Nikah Gantung terdapat dalam seksyen 112 (dalam bahagian 5) enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor.
Perbahasan Hukum
Salah satu dalil yang digunakan oleh sebahagian para alim ulama' ialah Perkahwinan Rasulullah saw dengan Aishah rha. Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah saw telah mengahwini Aishah ketika berumur 6 tahun dan hanya duduk serumah ketika Aishah berumur 9 tahun. Hadis ini menjadi dalil berlakunya aqad nikah, maka bukan menjadi kewajipan bagi mempelai untuk terus tinggal serumah terutama atas persetujuan kedua pihak untuk beberapa tempoh yang dipersetujui.
Apabila pasangan pengantin (nikah gantung) bersetuju untuk tinggal berasingan kerana beberapa perkara yang diambil kira seperti yang saya sebutkan di atas tadi, maka tidaklah berbangkit isu nafkah batin (jima'/bersetubuh). Apa yang timbul ialah perbahasan dari segi nafkah zahir (material) . Berkait perkara ini, kita mempunyai beberapa pandangan :
a] Mazhab Zahiri seperti yang dinyatakan oleh Ibn Hizam iaitu nafkah ini (nafkah zahir) wajib dengan berlakunya aqad, maka selepas sahaja aqad nikah, suami wajib memberi nafkah zahir kepada isterinya.
b] Pandangan jumhur ulama' iaitu nafkah zahir itu hanya wajib apabila isteri memenuhi syarat-syarat tertentu seperti isteri menyerahkan diri kepada suami (berpindah ke tempat suami), boleh melakukan istimta' (mengambil keseronokan) , jima'/bersetubuh , isteri tidak keluar rumah tanpa izin suami dan seumpamanya.
Nikah khitbah dapat disimpulkan bahawa ; bebanan nafkah itu tidak diwajibkan ke atas suami sekiranya kehidupan biasa suami isteri belum berlaku. Bagaimanapun sekiranya suami isteri tersebut keluar bersama, maka tiada halangan dari segi hukum syara' kerana mereka adalah suami isteri yang sah. Demikian juga andai berlaku kehamilan maka bayi itu sah dan mereka boleh menjalani kehidupan berkeluarga seperti biasa yang sah. Tidak perlulah mereka melarikan diri, buang bayi dan menggugurkan bayi atau membunuhnya .
Tegasnya saya sebutkan disini, terutama kepada pihak berkuasa agama, ibu bapa dan seluruh anggota masyarakat termasuk anak-anak muda agar mereka kembali kepada cara hidup Islam. Walaupun nikah gantung ini kelihatan seperti baru dalam negara kita bagi sesetengah pihak, tetapi ia lebih baik dari kita membiarkan anak-anak gadis dan teruna kita berpeleseran, bergaul bebas lalu akhirnya mereka terjebak dalam kancah seks bebas dan penzinaan yang memalukan. Bukan sahaja maruah keluarga dan agama tercalar, murka Allah swt itulah yang paling ditakuti. (by: Ustaz Nasrudin Hassan

p/s: Apa pendapat anda?

21 November 2010

BANYAK HINGGA TAK TERLUAH

Agak lama aku tak update cerita hidup aku, bebelan jari aku dan kata hati aku. Banyak yang ingin di cerita, tapi sesampai nya di hadapan skrin ini, semua nya hilang. Baiklah, biar aku mengungkap nya satu per satu.


Aku semakin kurus.

Masalah yang sangat besar ku kira. Entah ke mana pergi semua lemak di badan aku. Semua yang aku temui menegur ketidaknormalan kondisi diri aku. Mereka tanya,tapi apa yang harus aku jawab. Sumpah aku tak amalkan diet apa-apa. Sumpah aku tak tahan dari makan. Bila aku lapar, aku akan makan. Roomate aku arif tentang itu. Mungkin kerana aku jarang bersukan. Mungkin juga aku ada masalah kesihatan. Ah, aku tak suka ke klinik sebenarnya. Sebab jawapan mereka selalunya tidak memuaskan hati aku. Tapi nak tak nak aku kena pergi buat pemeriksaan. Tengoklah macam mana nanti.

Perasaan nak berkahwin.

Sekarang dah masuk musim makan nasi minyak free. Jadi, secara tak langsung ia agak memberi kesan kepada diri aku. Haha. Aku ingin menamatkan semua ini. Tetapi aku masih belum cukup matang untuk memikul tanggungjawab itu. Jadi aku harus bersabar. Betul, aku belum cukup matang. Masih menonton kartun, akan excited bila ternampak pooh, pendek kata, aku masih keanak-anakan even lagi 3 bulan aku akan jadi gadis 21 tahun. Pelik. Gadis yang dah hampir 5 tahun duduk jauh dari famili sepatutnya sudah pandai membawa diri dan berkelakuan matang. Tetapi aku tidak. :)

Kawan lama.

Dah lama tak bergelak ketawa dengan Epong. Baru tahun ini dapat contact dia balik. Dulu YM ja. Dia ini caring orangnya dan sangat ceria. Untung awek dia. :) 

Agak emosi.

Aku cukup beremosi jika orang bantai aku ketika aku bermasalah. Aku bukan perlukan segala bentuk penentangan. Apa yang aku perlukan adalah pertolongan. Tolong lah paham.

Hari gembira, hari Khamis.

Koleksi pashmina bertambah. Pemberian dari encik Tunang. 3 games bowling bersama encik Tunang. Muscle pain satu badan. Bola bowling tercampak ke belakang. Nasib baik geng abang-abang sebelah lane kitorang sempoi. So aku pun tak terasa malu sangat. Lubang bola tuh besar sangat. Bukan salah aku. Hehe. Hari itu diakhiri dengan surat chenta. Sweet. Thanks for the lovely day. Perkenalan kami tak pernah putus walau sehari. Dah 2 tahun dah. Moga berkekalan. Amin.

Malam yang buncit.

Tak tahu lah kenapa. Malam ini aku makan 3 pinggan nasi. Dah lama tak buat tabiat macam ini. Makan over-over. Tapi pelik. Entah ke mana lah makanan tuh semua pergi. Encik Tunang kata makanan tu semua ke pipi. Haha. Kawan aku kata makanan tu semua ke tulang. Hehe. Aku sendiri tak tahu nak kata apa. 

Tak tahu lah ada lagi yang nak di cerita ke tak. Tapi aku dah mengantuk. Tapi nak bertahan jugak. Takut terlepas subuh. Ok. Nak tekan publish post. daaa.


p/s: aku cuba mencari solusi yang terbaik. aku sedang mencuba ok.

11 November 2010

MY BAD DAY


Aku memang ada satu tabiat yang pelik. Setiap kali nak exam aku akan sakit teruk. Sejak dari UPSR sampai la sekarang. Masa UPSR, aku demam tiba-tiba pada pukul 5 pagi. Pukul 7 pagi nak pergi sekolah dah ni. Nasib aku baik sebab ada mama dan papa. Mereka bagi aku ubat. Dan selubung kan badan aku dengan selimut. Alhamdulillah. Demam semakin surut.

Skip terus ke ke zaman sekolah menengah.

Semasa aku form 4, aku dapat ambil beberapa paper ja. Sebab takdir aku untuk terkena cacar air ketika itu. Kawan-kawan aku jealous sebab aku tak perlu ambil paper Fizik. Padahal aku kena juga ambil paper tuh semester depan.

Semasa nak SPM, aku terkena demam campak yang pada mula nya aku ingat demam denggi. Demam campak dan cacar air adalah berbeza ok. Aku dah kena baru aku tahu ada beza.

Skip terus ke zaman Universiti.

Semasa final tahun 1, semester 2, aku terkena selsema yang sangat lah heavy. Tuhan saja yang tahu betapa berat nya kepala aku ketika menjawab soalan-soalan yang entah hapa-hapa. 

Kini. Tahun 2, semester 1. Aku akan ingat tarikh 10 NOVEMBER 2010 sampai bila-bila. Dugaan yang paling berat di pagi exam. Di pagi exam ok. Bukan sehari sebelum exam atau apa. Aku gagal melelapkan mata malam itu. Padahal ada dua paper pada 10 NOVEMBER 2010, pagi petang. Perut aku pula kembung semacam.

Menangis aku malam itu kerana aku takut aku blur time exam sebab tak tidur. Aku golek sana-sini. Gagal juga. Dush! Sampai lah kemuncak dugaan di mana pada pukul 6 pagi aku muntah secara mengejut. Nasib baik sempat tutup mulut. Aku terus berlari ke toilet dengan rambut messy. Sesi muntah bersambung di jamban. Keluar lah segala benda yang aku makan. Nasi ayam, roti bakar 5 keping, kuew teow pataya. Perut aku kosong. Aku menangis lagi.

Balik bilik, aku perasan yang teddy, cadar, dan selimut terkena percikan muntah juga. Aku menangis lagi. Semasa aku cuci teddy, aku menangis lagi. Dan aku tak paham kenapa aku asyik minta maaf pada teddy walhal teddy adalah barang yang tak hidup. Aku semakin sewel. 

Selepas cuci teddy, aku mandi. Then aku ke bilik cucian untuk mencuci cadar dan selimut. Pagi-pagi basuh benda yang berat. Serius aku sangat penat. Aku menangis lagi.

Semuanya selesai pada pukul 7.30 pagi. Aku fikir aku mahu melelapkan mata sampai pukul 8.30pagi. Tetapi gagal juga. Pada pukul 8.30pagi, aku muntah lagi. Aku semakin tak bermaya. Tetapi aku gagahkan juga badan aku untuk ke dewan peperiksaan yang agak jauh. Semasa aku muntah, aku sampai berniat untuk tak nak ambil paper. Tetapi bila fikir kena repeat balik nanti, aku pergi jugak jawab final paper itu.

Pada pukul 9 pagi, aku menjawab paper Engineering Mathematics 3, aku tak yakin dengan jawapan aku. Aku hanya meletak kan kepala aku diatas meja sambil menjawab. Perut aku sakit. Hampir menangis lagi.

Tengahari aku hanya meneguk air neslo. Pukul 2.30 pm, aku menjawab paper Microprocessor. Terus terang aku kata, aku give up untuk subject ini. Serius. Aku jawab mana yang aku tahu. Aku hanya mahu lulus. Segala soalan program aku tinggal kan. Maaf Encik Badar. 

Oleh kerana aku dapat cuti perempuan, balik ja dari dewan peperiksaan, aku tukar baju dan terus tidur. Sampai lah pukul 1.40 pagi. Alhamdulillah, dapat pun aku tidur. Tapi badan aku masih sakit-sakit. Aku tak tahu kenapa. 

Baru ja sekejap tadi aku makan mihun sup yang jijah belikan. Malangnya, aku takde selera. Aku makan sedikit sahaja. Perut aku kosong, tetapi aku tak gigil. Itu je lah yang bagusnya. Aku macam sedikit trauma untuk makan sekarang ini. Aku minum air kosong ja dari tadi. 

Beratnya dugaan yang aku dapat kali ini. Ya Allah terima kasih atas dugaan ini. Sekurang-kurangnya aku tahu Engkau masih ingat pada hamba mu yang sering leka ini. Setiap dugaan ada hikmah. Jadi aku redha. Aku catatkan disini hanya sekadar ingin berkongsi. 

Reaksi manusia lain tidak beberapa hebat terhadap kejadian ini kerana aku saja yang tahu betapa sakitnya apa yang aku alami.Terima kasih pada yang concern terhadap diri ini. Sayang kamu semua. 

p/s: tak nak repeat microprocessor. 

08 November 2010

SAYANG AWAK.


07 November 2010

WHAT IS LOVE?











credits to Thoughts Quotes

06 November 2010

AKU SEBAGAI SEORANG BLOGGER.


Pada mulanya..

Aku ada kawan yang sangat cool. Nama dia N.K. Aku kenal dia semasa sekolah asrama di Serting. Kemudian kami menjadi roomate di KMM. Dipendekkan cerita, dia lah yang membawa aku ke dunia blog. Selepas grad dari KMM (tipu, matrik mana ada main grad2), baru aku wujud kan blog ini. Masa itu aku tak kenal lagi Nuffnang, blogger otai, trafik dan banyak lagi lah. Tak tahu apa-apa langsung. Kira aku ini macam bayi yang baru dilahirkan. Sungguh comey. 

Aku memang suka subjek penulisan since dari darjah 6. Mungkin aku ini gadis yang agak tinggi imaginasinya. Sebab itu esei aku panjang-panjang. haha. Jadi bila dah ada blog, secara tak langsung nya, aku boleh continue habit aku yang suka menulis dari bercakap. (tipu lagi, kau kan makcik yang kuat membebel).

Follow and follower.

Masa awal-awal dulu, blogger yang aku follow teramat lah ciput. Bila bukak dashboard, asyik keluar nama yang sama. haha. Follower apatah lagi kan. Jangan cerita r. Tapi aku tak kisah pun. Yang penting, benda yang terpendam, dapat diluah. Takdelah bernanah. Nanti aku jugak yang merana kan. 

Genre penulisan.

Ikut suka hati aku. Sesetengah blogger suka buat tutorial, cerita pasal artis, memaki mehamun, copy paste surat khabar online, info ilmiah, puisi dan macam-macam lagi. Aku? Aku punya blog macam variety bucket kfc, macam-macam ada. Tapi mostly entry personal. Pedulik lah depa nak kata blog aku blog sampah ka apa ka, yang penting aku happy.( blog sampah pun kau baca jugak kan).


Aku mula aktif menulis selepas aku join site ini. Seriously. Orang yang aku follow dan follower aku bertambah. Revolusi buat blog aku. Banyak yang aku belajar. Buat itu buat ini. Kenal orang itu kenal orang ini. Macam-macam ragam manusia. Ayat yang paling best dan paling banyak di utarakan oleh blogger, " blogger sekarang macam cendawan tumbuh selepas hujan, dulu mana ada macam ini". Bagi aku, itu kata-kata yang agak sarcastic. Sebelum aku lupa, dari gengblogger ini jugak aku tahu apa itu Nuffnang. Selama ini kalau aku pergi ke blog depa, aku takut nak tekan iklan-iklan itu. Takut virus. Lawak-lawak.

Sebagai side income?

Agak lah. Sambil menulis kita earn something kan. Tapi aku tak kejar semua itu. Cemburu jugak bila tengok orang cash out duit diorang, tapi aku ketepikan perasaan aku itu. Niat aku hanya ingin menulis. Hanya ingin berkongsi. Cukuplah setakat itu.

Maaf.

Semenjak jadi pelajar tahun 2, aku dah semakin berat ponggong nak blogwalking (tapi kenapa still tak gemok? why??) Aku sendiri tak tahu mengapa aku jadi macam itu. Walhal blogger fy tahun 3 and satu course dengan aku boleh je blogwalking membalas kunjungan blogger lain. Hmm.. Tapi aku terharu kerana masih ada jugak yang datang blog aku even aku tak menyapa diorang semula. Bukan aku sombong, cuma aku rasa tersekat. Pening aku dengan ayat sendiri. Putar -putar.

Kenapa aku masih seorang blogger?

Kerana minat terhadap penulisan. Kerana aku tidak reti menggunakan suara untuk meluahkan. Aku suka membebel sendirian. haha. 

p/s: korang pula?

LOVE IS A CYCLE



GIVEAWAY | ITS OUR VERY ANNIVERSARY GA


klik link untuk join!
lets join!


GIVEAWAY | PINK CRAFT GIVEAWAY


klik banner untuk join.
lets join!

GIVEAWAY | GENG CONTEST TERMASYUK GIVEAWAY


klik banner untuk join.
lets join!


GIVEAWAY | CIK WARNIDA GIVEAWAY


klik banner untuk join.
lets join!

GIVEAWAY | ALIYA'S CRAFT GIVEAWAY

klik banner untuk join.
lets join!


GIVEAWAY | KASUT TUMIT TINGGI


klik banner untuk join.
lets join!

I'M SORRY I LOVE YOU