Cari Entri Dulu

12 Mac 2013

Tahun Hadapan.

Itu kata aku. Aku pilih selepas berperang dengan diri. Mulanya mahu cepat cepat saja. Kini, lain cerita. 

Benda ini benda baik, aku langsung tak nafikan. Tapi benda ini bukan benda main main maka tak boleh main gesa, selamba redah. Tak boleh.

Segalanya perlukan perancangan. Benar, Allah sebaik-baik perancang, namun Allah saran manusia berusaha dahulu. Mana yang terbaik buat kita, Dia benarkan. Mana yang tidak, Dia tangguhkan, apa mungkin Dia tidak akan kabulkan terus.

Cuba. Aku bilang banyak kali. Saban waktu, jangan buat asal boleh saja. Tunjuk bukti kau sudah sedia pikul tanggungjawab yang aku fikir semua tahu betapa beratnya tanggungjawab itu. Tunjuk aku susur masa, perancangan jangka masa pendek, jangka masa panjang, perancangan kecemasan. Buat aku yakin semula, kerna aku seakan mahu ke simpang lain sebentar. Mencari benda lain. 

Latih diri untuk merancang masa depan. Fungsi aku nanti untuk menyokong kau setiap waktu asal benar. Maka kau adalah pembuat keputusan. We are relying on you; we are your future wife, future kids.

Aku berjanji, jika kita berjodoh, aku akan cuba sehabis baik menjadi isteri yang solehah. Buat kau bahagia, bikin kau senyum meleret setiap masa. Namun jika tidak, sila berbahagia dengan jodoh yang Allah sudah tetapkan untuk kau. Aku percaya Allah, maka aku percaya keputusan dia. Kerana Allah satu-satunya tempat aku bergantung dan tak pernah kecewakan aku. 

Maka atas dasar logik akal dan keadaan semasa, aku putuskan untuk anjakkan nya ke tahun hadapan yakni tahun 2014. Jika aku atau kau masih belum tinggal di dalam kubur. 

Namun, jika kau begitu yakin untuk tahun 2013, aku tak mahu halang, bahkan aku lebih suka semangat juang mu. Berjuang lah jika kau rasa kau benar. Niat kau mahu buat benda baik, maka insyaAllah, Allah akan sentiasa di sisimu. All the best! May Allah bless!



p/s: Rasa-rasa boleh jadi promoter untuk Tudung People lah. Sebab sejak aku pakai shawl Safiyyah XL, ramai yang tanya tanya. Hehe.