Cari Entri Dulu

01 November 2013

Unemployed

Akhirnya blog di update dengan tajuk seperti yang diatas.

*Oh u olls. Aku telah selamat bergelar graduan UMP - Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (sistem kuasa). Alhamdulillah syukur!! Ok sambung entry sebenar*

Redha dan teruskan berusaha. Apa-apa yang terjadi dalam hidup kita ini adalah yang terbaik untuk kita di ketika itu. Yakin yakin yakin! Ada hikmah semua ini terjadi. Makanya, u olls yang final year students ni, bila dah masuk semester akhir terus lah apply kerja. Serius.

Hey siapa tak rasa depress kan dengan status menganggur? Lagi-lagi bila tahu ada ramai rakan-rakan seperjuangan dulu dah mula gali duit guna tangan sendiri. Tapi in the end aku ambil positive lah. Ada perkara lain yang perlu aku selesaikan sebelum mula bekerja; mungkin. Who knows. Bersyukurlah selalu. Yakin yakin yakin!

Sekarang ini pun aku sedang jaga anak buah aku (sekarang dia tiada, pi bercuti dengan mak dia). See, Allah bagi peluang kepada aku untuk menguruskan anak kecil. Persediaan masa depan mungkin. Uish sungguh lah dah lama sangat tak jaga budak kecik. And tahu tahu ajelah kan, dalam menjaga budak kecik ni kesabaran tu kena tinggi. Tapi kadang-kadang terlepas marah lah jugak. Mianhe (maaf in korean) shafiqah sayang. Cik mas rindu! Cepat lah pulang.

Sekarang dah nak cuti sekolah, jadi aku tak perlu risau lah kalau aku dah dapat kerja nanti. Adik-adik aku boleh tolong jaga shafiqah pulak.

Namun, sampai ke hari ini tiada respon dari mana-mana company. Salah aku jugak, sebab lambat masuk mode job hunting ni. Aku sedang tunggu respon dari MRCB, tempat aku jalani latihan industri pada tahun lepas. Kak zarina kata bos dah tengok resume aku. Moga-moga ada rezeki lah.

Haa lagi satu auntie ada tolong submit resume aku kat kawan dia. Jika itu tempat yang terbaik untuk aku mulakan alam pekerjaan aku ini, pasti Allah akan hantar berita gembira kepada aku kan? Tawakal. Yakin dengan jalan cerita yang Allah dah create untuk kita semua.

Sekarang ini musim graduan universiti berkonvo, dalam kata lain musim graduan dalam mode job hunting. Silap silap. Sepatutnya aku apply awal lagi. Sangat silap. Ok takpa. Ada hikmahnya. Woot!

November sudah. Harap-harap ada berita baik. InsyaAllah :)



Rindu ini budak kecik.