Cari Entri Dulu

25 Ogos 2009

PUASA...OH...PUASA

Salam Ramadhan pada semua...
Tak dinafikan lagi kepenatan yang dirasai. Kali ini lebih penat berbanding di pusat ilmu ku yang dulu. Terik matahari tak dapat disangkal lagi,tetapi tuhan maha pengasih,Dia beri hujan damai di malam hari,dapatlah semua berteleku di sejadah dengan selesa selepas Isyak. Mungkin kali ini aku kerugian sedikit. Selepas tiba ke UMP Gambang,aku ke bazar Ramadhan,kemudian aku pulang dengan keletihan. Mata sepet habis! Aku penat..jadi kaki ku tak larat untuk dilangkahkan ke masjid bagi mengumpul bekalan untuk kehidupan yang akan datang nanti,maksud aku Akhirat sana. Terawikh terpaksa ku tinggalkan gara-gara badan ku yang hampir putus urat-uratnya,tapi aku akan berusaha juga ke rumah-NYA. Insyallah...

04 Ogos 2009

SEPI...

Jiwa remaja aku masih sepi. Aku sepi di disana. Masih tiada lagi kelibat rakan yang menyerupai rakan kongsi bilik ku di pusat ilmu yang terdahulu. Aku sepi. Aku dambakan kenangan itu. Dimana harus aku cari teman sehati dengan ku? Siapa yang akan menjadi teman sejiwa ku? Aku buntu dengn kehidupan ku kini. Rasa aneh jika keseorangan ke sana ke mari. Bukan maksudku yang aku tiada teman,aku belum lagi gila,bahkan yang gila pun punyai teman. Tidak tepat jika aku gunakan frasa 'teman' di sini. Ya,aku punya kawan,tetapi bukan teman. Teman semasa susah,itu yang aku cari. Ada itu ada,tetapi mereka jauh dari ku. Aku perlukan yang dekat dengan ku. Dekat yang senang ku capai,ketika aku jatuh,atau aku tersasar. Aku tak nafikan yang aku masih baru disana,tidak patut juga aku jangkakan yang aku akan jumpa teman ke mana sahaja aku jejakkan kaki ku. Tetapi aku pinta ingin begitu. Oh,tuhan,masihkah ada peluang sebegitu lagi?