Cari Entri Dulu

14 Julai 2011

JANGAN BUAT DIA RIMAS



Baik.

Minta maaf sebab buat awak rimas. Kita tak sengaja lah awak. Kita terlalu emo sampai hari hari kita ungkit benda sama. Homai. Kita salah. Kita minta maaf

Terus terang kita cakap, kita masih fikirkan hal itu walaupun kita kata kita tak mahu pikir dah. Kita minta maaf awak. Kita tak mampu nak lupakan.

Kita tahu, untuk remaja macam kita, wang lah yang menjadi faktor penghalang. Kita ada fikir nak kerja, tapi hati kita tak terbuka lagi awak. Kita cuba cari keiinginan nak bekerja itu, namun kita jumpa sekejap aje, kemudian keiginan itu hanyut begitu sahaja. Hmm

Kita berdoa supaya Allah tunjukkan jalan penyelesaian untuk kes kita. Kita harap sangat Allah makbulkan.

Kita tahu ibu ayah awak tak yakin lagi nak lepas kan awak untuk ke tahap itu. Ibu dan ayah lebih mengenali awak kan? Sudah tentu mereka tahu tahap kemampuan awak.

Kita cuba tau awak, kita cuba tak cakap pasal hal itu bila kita berkomunikasi dalam telefon, tapi mesti kita terselitkan jugak hal tuh. Minta maaf buat awak rimas.

Nak tahu apa yang kita takutkan lagi? Kita takut keinginan kita nak bersama awak hilang dan tak kembali. Kita takut tuh. Bukan nak ugut tapi ini benar. :(

Minta maaf buat awak rasa rimas (mungkin) dengan kelakuan kita.

Akhir kata, kita akan usaha cari jalan yang terbaik. Kita akan usaha. Insyallah.

2 reaksi homosapien:

awan dania berkata... [Reply]

moge jodoh di permudahkan. aminnn :))

Husna Hassan berkata... [Reply]

mas,i think we are in the same boat.walaupun x tertulis tulisan itu ditujukan kepada siapa.rasenya sahabatmu ini mengerti arah tuju tulisan itu.penjelasannya susah. tapi kesimpulannya, itu semua ujian sebelum menuju daerah serius yang x boleh diundur.perkataan mudah adalah sabar. tetaplah berfikiran positif tiap kali kegelisahan hati bertandang.terkadang kita fikirkan perkara itu adalah jalan terbaik untuk suatu perhubungan demi mengelakkan sesuatu yang negatif, tapi pencipta dirimu maha hebat perancanganNya. sekadar peringatan,tika ini kita lebih perlukan masa untuk menggali dari A-Z tentang ilmu daerah serius itu. "anak hebat,untuk wanita yang hebat."

Catat Ulasan

komen lah dengan ikhlas ya. Aku terima sahaja manis atau tajam.