Cari Entri Dulu

25 Oktober 2011

Kuala Lumpur, My Hometown

Gambar di ambil dari aras 3 Menara Kuala Lumpur. 


Dari rumah aku ke Times Square hanya mengambil masa selama 5 minit sahaja *kalau tiada kesesakan lalu lintas*

Pokok Jelutong bersebelahan dengan Menara Kuala Lumpur. Usia nya dah melangkau 100 tahun kalau tak silap.

*Sabtu lepas aku ke Menara Kuala Lumpur. Sabtu yang ditaja oleh Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik UMP (Kampus Pekan) . Aku balik KL kali ni tak keluar se sen pun. Ho yeah!*

Motif buat post? Saja. Dah lama tak update blog. Keinginan tu ada, tapi isi nya takde. Tambah pula dengan internet yang slow di sekolah aku tu ha. Lagi lah mengurangkan nafsu nak menulis disini.

Khamis ni dah nak kena bergerak pulang ke UMP. Jumaat minggu depan balik semula untuk seminggu. Awesome sangat kan! 

Minggu depan minggu rambut gugur dengan dasat. Lebih dasat dari minggu2 yang sebelumnya. Dari Isnin sampai Khamis hidup aku akan kalut dengan test dan assignment. Kalut habis. Rasa-rasa ada satu hari dalam minggu depan aku akan nangis sekejap kot. Macam tu lah kalau aku STRESS! 

Cerita pasal kahwin? Hold dulu. Diri aku tak cukup solehah lagi. Nak cakap bersedia pun, belum cukup lagi. Tapi aku memang nak kahwin! Tak sanggup dah nak hold gini lama2. Rasa beban ja hari hari. Yang tak merasa, mungkin takkan mengerti. Biar aku sorang ja paham. :)

Mama masih menjalani rawatan dialisis. Aku harap Mama akan sembuh seperti sediakala. Aku percaya kuasa Allah. Insyallah

Plan lepas ni : Nak pergi buat medical check up. Nak pergi dentist. Nak cari tempat untuk latihan industri bulan Jun 2011. Nak jadi anak yang baik. Kakak dan adik yang awesome. Isteri yang superb. Mahasiswi yang bijak dan hamba Allah yang sentiasa takut dan patuh kepada perintah Allah. Insyallah!

p/s: Harap-harap auntie dan uncle boleh mempertimbangkan hasrat kami. Cukup lah 3 tahun ni. Saya dah tak sanggup. Approach us, and insyallah we will welcome you! Insyallah!

2 reaksi homosapien:

nije berkata... [Reply]

walaweyhh...biar betol dah nak kahwin...muda lg la..(wat2 faham,sebenarnya x faham ape pon)....adeshh

namaakulynn berkata... [Reply]

woah!best gila umahhh. betul2 tengah negara niii. nak g ambushhhh la nnt.hihihi

*aminnnnnn utk semua doa2/harapan anda.keep praying. :)

Catat Ulasan

komen lah dengan ikhlas ya. Aku terima sahaja manis atau tajam.