Aku sentiasa cuba untuk husnuzon (bersangka baik) dengan setiap perkara yang terjadi.
09 Disember 2012
Tukar Arah.
05 Disember 2012
Sarang feveret: Kedai Buku
Kedai buku, kedai yang menjual buku. Mana-mana kedai yang jual buku, aku suka melangkah masuk. Asyik tau aroma buku ni.
Keputusan
Raihan pesan
01 Disember 2012
Coretan Satu Disember DuaRibuDoblas
01 Oktober 2012
Dia Tak Tahu
Dia tak tahu.
30 September 2012
Senyuman lelaki dan wanita itu.
Mereka yang pertama menyedekahkan kepada aku senyuman itu. Ah. Siapa tak tersenyum dengan kehadiran ku ketika itu? Setiap manusia yang memiliki rasa sayang pasti mahu senyum melihat aku.
Hehe.
Jika diri aku ini menatap wajahku ketika itu, aku juga pasti akan tersenyum. Subhanallah! Indahnya mahkluk ciptaan Allah ini. Hadirnya saja sudah cukup merawat hati pilu walau untuk seketika.
Lelaki itu menunggu, manakala wanita itu berjuang. Pagi Jumaat. Hari yang penuh barakah. :)
Lelaki itu Encik Nor Mohd Idrus, wali ku, wanita itu Puan Norhizan, yang melahirkan ku.
Bayi yang beratnya lebih dari 3 kg, menyapa dunia pada jam 0958, 6 Rejab 1410, 2 Februari 1990.
Alhamdulillah, aku masih lagi bertuah kerana mampu menatap senyuman mereka. Dan juga masih mampu membuat mereka tersenyum. Namun dalam masa yang sama menggusarkan hati mereka. Maafkan puteri pertama mu ini Papa Mama. Fizikalnya tampak matang, namun dalaman nya masih seperti kanak-kanak yang mendambakan belai manja dari orang tua kesayangan dia.
Puteri mu ini berjanji ingin menjaga kalian berdua sehingga tiba waktu kita berpisah.
Walau puteri mu ini ingin bernikah awal, namun itu tak bermaksud puteri mu ini ingin berjauhan dengan kalian. Puteri mu ini hanya ingin menghalalkan apa yang haram, dan masih mahu menatap kalian hari-hari! :)
Kakak sayang Papa Mama. Sayang sangat.
23 September 2012
Kekasih ku.
Betapa bahagia rasa diri bila diberi peluang sekali lagi untuk menangis kerana Mu.
01 Mei 2012
Senyum dan Sakit
Gila apa aku ni?
Ehem. Assalamualaikum dan selamat sejahtera awak awak sekalian. Moga awak-awak dalam keadaan sihat-sihat belaka.
Aku cukup suka sama itu indirect approach sebenarnya, tapi aku mahu main kata terus saja kali ini. Otak penat duk merapu tahap langit ke-1 buat lab report. Sengaluddin ye kawan-kawan.
Laparuddin juga ketika ini, tapi ku tahan jebat. Sebab aku malas jebat.
Penat tau fikir ayat indirect, ingat senang ke? *terbeliak kan mata, muka belagak minta tapak tangan*
Susah apa nya, kau pusing-pusing ja ayat tuh, jadi lah indirect. Senang. Sekarang ni bukan mode indirect tetapi mode tak betul. Mode stress. Mode mode mode mode.
Tarik nafas dendalam.....MULAKAN!
Aku senyum bila nampak gambar laki bini baru kahwin hari sabtu lepas buat muka comey. Argh. Best korang! Selamat pengantin baru! Semoga korang bercinta sampai ke syurga insyallah..... Semestinya bukan gambar pasha. Bukan. Gambar Dena. :)
Sakit datang bila duk pikir, awat tu awat ni. Allah dah jawab semua awat awat aku tuh. Aku ja buat takmo paham. Mengades. Ada sebab aku tak dapat apa yang aku mahu. Sebab mungkin ada surprise yang boleh bikin aku shock sampai nangis senyum tak hengat donia? Who knows who knows. Ini sandaran harapan kepada Allah, maka aku tak rasa ianya satu harapan yang sia-sia.
Senyum balik bila tengok gambar kucing. Aku berazam nak jadi pembuli kucing paling penyayang di dunia. Azam valid lepas ada rumah sendiri ok? :)
Sakit bila tengok kucing kurap, kucing kena sepak, kena marah. Bila nampak yang kurap, rasa nak hantar dia ke pusat penjagaan kucing ja *eh ada ke*. Bila nampak yang kena sepak, aku jeling dia balik sampai si penyepak rasa stress. Hahan Huhe awak.
Senyum bila teringat bahawa setiap hamba Allah telah dipasangkan dengan jodoh masing-masing. Aku tunggu. Aku tunggu. Waiting for my prince charming!
Aku ada decide satu taikh impossible. Ianya semakin impossible. Dan aku gelak sendiri.
Bahu sakit, teddy dah seru. Assalamualaikum and have a nice day!
04 April 2012
Aku kejam. Maaf
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Tiba-tiba rasa nak menaip di sini malam ni.
Dah masuk hari Rabu, makanya tinggal lebih kurang 4 hari ja nak lepak-lepak kat rumah sebelum kembali stress.
Kelahiran post ini diberi nama seperti tertera di atas. Aku kejam? Kejam bagaimana aku dan Allah saja tahu, dan si dia saja yang rasa. Mungkin tak patut, namun aku terpaksa.
Dunia riang ria penuh bunga aku tinggalkan perlahan-lahan dan aku wujudnya kan taman berpagarkan duri yang beracun. Bahaya jika didekati. Duri buat luka, racun tinggalkan bisa. Akhirnya, diri yang merana. Jadi, pinta jangan dekati taman ini jika tiada habuan untuk aku jika aku buka pintu untuk kamu.
Aku terpaksa cipta satu medan yang kurang enak, kerna aku mahu simpan saki baki kemanisan itu untuk hari kita mula berlayar bersama.
Kau silap jika kau sangka aku senang hati tempuh tempoh masa ini hanya kerana aku sibuk tersenyum di alam lain, hati aku juga bagai ditoreh setiap kali melihat kau hampir dengan pagar berduri ini, namun apa dayaku, kau tak memenuhi permintaan ku.
Aku terpaksa kejam dalam hal ini. Aku tak mahu kita senyum di sini, dan menangis di sana. Aku tidak mahu hidup dalam murka Allah.
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim. Ya Latif.
Jika dia benar untukku, maka hamba Mu in meminta agar Engkau bukakan pintu hati Papa, Mama, Ayah dan Ibu untuk membantu kami melaksanakan hasrat murni ini.
Namun jika dia bukan untukku, maka aku pinta jauhkan kami, hilangkan rasa hati kami.
Kerana sesungguhnya hanya Engkau lah Maha Mengetahui segala-galanya yang berada di langit dan bumi.
Jika kami masih kekurangan, bantu kami memenuhi kekurangan tersebut.
Aku cuma mahu yang halal dan bahagia.
Kita terbayang awak berada di bawah menunggu kita turun so that kita berdua boleh buat gaya titanic untuk seketika . Of course selepas kita halal nanti. Insyallah. |
03 Mac 2012
Sukar Lelap Dalam Gelap
Assamualaikum wbt.
Dalam aku menaip ni, aku berdoa agar saudara-saudara ku sentiasa dalam keadaan tentang, tenteram dan sihat insyallah. Mudah-mudahan.
Dah lama sungguh tak menaip di laman sesawang ni! Kali terakhir adalah pada tahun lepas. Hampir 3 bulan lepas. Kira ni post tahun baru lah. Happy new year! Haha. Semoga aku istiqamah dengan perubahan yang sedang aku jalani ni. Amin ya rabb!
Pelik pelik pelik. Its started on this new lovely semester with a lot of good news! Alhamdulillah! But there are a bad news for myself. Im suffering of cannot sleep with the cannotseeanything condition or dark or really really dark or its partially dark. So many types of dark condition huh? Sengal.
Betul. Sekarang ni sebelum tidur aku akan nyalakan unggun api elektrik yang melekat kat dinding tu ha pendek kata lampu belajar. Lampu belajar tu pula aku cover dengan baju warna hitam dan sangkut beg berwarna pink so that tak terang sangat ketika nak tidur sampai menggangu roomate tersayang kan, then terasa lah macam bilik tu kaler pink sekejap.
Semalam aku cuba lah menggelap kan sedikit pencerahan itu dengan cover lampu itu sampai keadaan bilik jadi almost dark, but half and hour after aku terjaga. I cannot sleep with that condition, aku tukar balik posisi baju hitam itu only then I can sleep nicely.
Tak tahu lah aku ni takut dengan apa. Mengada betul. Wait wait wait, lupa nak beritahu, after aku terjaga I can feel that my jantung berdegup macam baru lepas panjat tangga tingkat 3. Why..........?
Peliks peliks. Kasihan roomate tak bulih tidur dalam gelap dah.
p/s: Driving school.
p/s: Tudung changed a lot.
p/s: Permohonan tambah duit lulus.
p/s: I love to buy books, tapi tak tahu bila nak baca *put the L sign on the forehead. sigh*