Cari Entri Dulu

01 Disember 2012

Coretan Satu Disember DuaRibuDoblas

Assalamualaikum semua. Apa khabar? 

Haha. Tergelak kejap bila baca balik intro tuh. Ok. Ok. So not my style tang second sentence tuh.

Tak sangka dah 2 bulan dah since my last post. Sekejap betul masa berlalu. Tiba-tiba akhir bulan ni first final exam paper untuk semester 7 ni. Hey u olls! Im gonna be your super senior after this! Haha (Action kamen style)

Dan. Sedar tak sedar tahun 2012 dah sampai ke penghujung. Lepas ni 2013, 23 tahun, makin tua, makin dekat dengan mati. Ingat tau, mati itu perkara yang paling hampir dengan kita (Imam Al-Ghazali). Statement ini aku peroleh semasa aku darjah 5 kalau tak silap, dan sampai sekarang aku ingat. Alhamdulillah, all praises to Allah. So, since that, hari hari aku fikir pasal mati. Bila dan bagaimana. InsyaAllah, usaha dalam menyiapkan persiapan menghadap Allah pasti akan aku teruskan. Semoga aku istiqamah insyaAllah.

Kali ini punya post takdak rangka. Hentam saja. Santai. Sebab aku takdak topik yang mahu diceritakan dengan semangat dengan status sekarang. Tunggu berubah status, baru aku bagi cerita susur masa dari tahun 2009 sehingga la ni insyaAllah. 

Sekarang ni aku sedang kawal nafsu nak beli belah jubah, tshirt muslimah, tudung and etc.. Mahu guna apa sahaja yang ada sekarang. Kawal kawal. Jenguk online shop tuh selalu jugak, tapi tak dan nak beli lepas tengok harga, rasa tak berbaloi pulak bila fikir "Allah sukakah dengan pakaian sebegini?" Banyak lagi orang kat luar sana yang susah nak cari duit untuk hidup, tapi kita yang ada duit ni pula pi bakar (baca: burn) duit tuh untuk perkara kehendak, bukan keperluan. Semoga aku tak boros lagi! Azam tahun 1434H ini.

Aku ni baru ja balik dari camping kat Taman Negara, Jerantut Pahang hari tuh. Serius aku cakap, first time in my life aku pergi camping anjuran kelab, aku tak rasa stress, aku happy, aku dapat kesedaran dan macam-macam lagi. Lagi satu, aku terasa macam sedang bercuti dengan kawan-kawan seperjuangan sejak first year dulu. Seronok sampai rasa nak organize satu lagi camping yang melibatkan kita-kita ja. Kita-kita yang dari dulu sama kelas sampai sekarang. Kita-kita yang geng dari dulu sampai sekarang. Sebak tetiba.

Sejak balik dari camp, ukhwah kita makin kuat kan? Alhamdulillah. 

Disebabkan ini coretan tengah malam, so aku tak mo lah cerita detail untuk setiap satu perkara tu kan? Nanti kalau ada masa aku buat post pasal camping kat Taman Negara tuh. Siap ada gambar2 lagi. Nantikan. Kalau aku dah buat nanti, aku letak backlink kat sini so senang korang nak pi kat post tu terus kan? :)

Aku ni sekarang dalam usaha nak menaikkan berat badan. Jumpa orang ja, depa kata "Mas..kenapa kurus sangat..?" Aku nak jawab apa? Aku senyum ja dan kata sedang cuba jadi gemuk ni (baca: sihat). Aku sendiri tak tahu kenapa aku semakin kurus. Last aku timbang berat, berat aku 43kg. Tinggi 163cm. Maknanya, aku underweight, and that is not good. Harus pi buat medical check up. Mana lah tahu kan. 

Nak dengar cerita pasal kahwin? Seperti yang pernah aku kata dulu, lepas dah sah nikah, baru aku akan cerita detik pahit manis aku selama ini. Takmo cerita sekarang. Takut tak jadi, so feel dia lain nanti. Just want u to know, I'm single, but not available buat masa ini. :)

Papa mama sekarang ni tengah busy duk fikir pasal majlis perkahwinan angah bulan 3 2013 nanti, so oleh sebab itu aku kurang2 kan cakap pasal diri dan hasrat aku kepada mereka, takut depa makin pening. Allah knows best. Always. So aku tak perlu risau, aku hanya perlu berusaha menjadi hamba Allah yang solehah supaya dapat melahirkan zuriat yang dapat berbakti untuk agama dan bangsa nya. Cewaaaah!

Macam panjang kan? Ok kita stop dulu sampai sini. Nak pi jenguk Oren, Trikaler, Zorro1 and Zorro2. May peace be upon you. :)

p/s: Misi #NM masih diteruskan.

0 reaksi homosapien:

Catat Ulasan

komen lah dengan ikhlas ya. Aku terima sahaja manis atau tajam.