Mudah mudahan insyaAllah..
Tup tup dah masuk semester akhir. Dah nak masuk 4 tahun aku belajar di Universiti Malaysia Pahang ni. Konon nya nak jadi jurutera elektrik, haha entahlah. Kita tengok macam mana nanti.
Hari pertama semester akhir ini aku ada senaraikan beberapa azam baru dalam kepala salah satunya adalah:
Mahu ilmu yang berkat.
Banyak kesalahan yang aku lakukan dalam keadaan aku sedar. Banyak .
Maka aku rasa masih belum terlambat untuk aku berhijrah dalam hal ini.
Rajin, menepati waktu, selesai di awal waktu, tidak bertangguh, jujur. Ihsan dalam diri aku tak cukup tinggi lagi, maka perkara ini yang harus aku usahakan mulai sekarang.
Ihsan itu ialah bahawa "kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihat-Nya, tetapi jika kamu tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia melihat kamu." (Wikipedia)
Bila aku fikir balik, apa guna aku berbelanja sampai RM11,280 untuk yurah pengajian tetapi output zero? Sedih kan? Lambat sangat aku sedar akan perkara ini. Itu yang aku sedih.
Maka semester ini aku nak buat yang terbaik. InsyaAllah. Rabbi Yassir Wala Tu'asir
0 reaksi homosapien:
Catat Ulasan
komen lah dengan ikhlas ya. Aku terima sahaja manis atau tajam.