Cari Entri Dulu

18 Jun 2009

PAPA

Hari bapa nak tiba dah,bak kata orang putih just around the corner, 21 jun ini. Aku akui yang selama ini tumpuan aku hanya terhadap mama. Aku anak yang tak reti menghargai seorang bapa. Aku jahat. Aduh,rasa basah pulak mata ini! Hubungan kami mula renggang apabila keluarga kami menghadapi sedikit masalah. Sejak itu, aku rasa aku macam tak suka papa,benci papa. Oh,betapa derhakanya aku! Papa juga manusia biasa,manusia sering melakukan kesilapan,sebab manusia tak perfect. Apakah aku ini sangat mulia sehingga tak dapat memaafkan kesilapan seorang bapa yang sangat berjasa terhadap anaknya selama ini? Sedangkan nabi yang berlipat kali ganda tinggi darjatnya dari aku pun dapat memaafkan umatnya yang menyakitinya,apatah lagi aku,hambanya yang hina?

Setiap hari aku terfikir,kalau papa dah tak ada nanti,masa itukah baru aku nak berjanji untuk bersikap baik dengan papa? Aduh,basah lagi,berkaca-kaca skrin pc ini. Nada papa rendah sahaja bila bercakap dengan aku,tapi aku membalasnya dengan nada yang tidak sepatutnya. Kenapa aku kejam sangat ini?! Berkaca lagi mata ini..


Tiba-tiba aku teringat masa tahun 2004,semasa itu aku tingkatan 2,aku merajuk habis pabila papa taknak belikan beg sekolah itu untuk aku. Aku bisu. Tak mahu berbicara dengan sesiapa. Aku marah. Ya,betul aku marah. Beberapa hari selepas itu,ada beg baru dalam bilik aku. Yeah!
Papa belikan juga beg itu. Terima kasih papa!


Papa,kakak nak minta maaf banyak-banyak. Kakak asyik provoke papa aje. Terima kasih banyak-banyak sebab sayang kakak,jaga kakak selama ini. Selamat hari bapa! I love you!



3 reaksi homosapien:

Najatun Khairiyah berkata... [Reply]

eh pakcik masuk asrama perempuan lah!


hahaha

Masturah Idrus berkata... [Reply]

pakcik terpakse...
hoho

Nama Diberi Hizzul Hamli berkata... [Reply]

nk tpkse gak la
hehe

Catat Ulasan

komen lah dengan ikhlas ya. Aku terima sahaja manis atau tajam.