Cari Entri Dulu

21 Jun 2009

AKU AKAN PERGI JAUH...


KL>>>>GAMBANG(PAHANG)


Bagi aku jauh,3 jam perjalanan. Penat tuh kalau driving.
Aku bersyukur sebab tak dapat yang lagi jauh,contohnya; terengganu.
Masa tengok result pada
hari:jumaat
masa:11.4o pagi


Mata aku terbeliak,mulut ternganga sebentar,dan telinga tiba-tiba jadi pekak.
Kenapa jadi macam tuh?
Sebab aku tak percaya,aku sedaya upaya menidakkan,aku tak nak!
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG MERUPAKAN PILIHAN KEEMPAT AKU.
Alhamdulillah,aku dapat course yang aku inginkan,
KEJURUTERAAN ELEKTRIK (SISTEM KUASA) [tertekan capslock]

2 hari aku gelisah (jumaat & sabtu).
Aku tak dapat terima kenyataan.
Tak pernah terlintas di otak ku yang sebesar..[ahh dah pernah bagitau dulu.] yang aku akan mengembara ke pahang pula.
Aku tak nak.
Tapi aku harus bersikap matang,segala yang terjadi pada aku adalah sebaik-baik kejadian.
Itu semua ketentuan tuhan.
Aku patut redha.
Aku harus kuat.
Inilah yang akan terjadi sekiranya kita terlalu mengharap.
Kita akan hilang dalam dunia sendiri.
Jiwa kosong tiba-tiba.
Buat-buat bodoh kerana tak mahu menerima kenyataan.

Tapi,
selepas papa membawa pulang borang yang telah dicetak oleh beliau di office nya,
aku sedar,
aku harus pandang kehadapan,
tak berguna nak menyesal lagi,
sendiri yang salah.


Baik aku isi,dan lengkapkan,
sediakan apa yang patut,
aku nak merantau jauh ni,
persiapan harus selengkap yang mungkin,
bukan apa,
aku tak mahu susahkan papa dan mama pos barang melalui pos laju,
atau pun datang menemui aku di pahang kelak.


Aku akan bertolak ke pahang sabtu ini,
tidur di sana.
Aku akan mula mendaftar pada
hari: ahad
tarikh: 28 jun 2009
masa: 8.30 pagi

Orang kata di gambang tak ada apa-apa,
mungkin itu bukan masalah bagi aku,
aku tak suka berjalan-jalan,
bukan nak jadi kera sumbang,
cuma itu memang sikap aku,
liat!

Bagi aku,aku pergi ke sana untuk belajar.
Tambah ilmu.
Habis belajar,
kerja.


Mungkin selepas ini,
aku akan jarang online.
Walaupun ada kemudahan wireless di sana,
aku tetap akan jarang online seperti sekarang.
Aku nak fokus pada tahun pertama ini.
Aku nak asas png aku kuat.
Tak nak mamai dah.
Aku tak nak!

Doakan..


p/s: hizzul dah ada laptop sendiri..uuwww.....



5 reaksi homosapien:

sukasuki berkata... [Reply]

oh dear, 2 yg cry2 2...
alahai, 2 pun nk gtau...
murah2 n cikai2 je u...
nnti i buy 1 4 u.....
nk 2 pun bley...
tpi mmbazir, allah marah...
hehe
gudluck syg...
dnt 4get me, msg2 me k...

njat tun berkata... [Reply]

laptop baru?
aku ade kasut baru aku nak kecoh boleh x mas?

haha ok itu tipu aku xde kasut baru haha.
anyhow,gud luck pahang.
3 jam from kl alah mcm stg dan msjid tanah 5minit dr umah hahaha.

ok kenapa aku komen kt byk tmpt ni?
hahaha.

masturah idrus berkata... [Reply]

>>>hizzul
eleh time u nk beli i dah ade satu dh...u pn gudluck!!

>>>najat
jauh yg wat aku lemah tuh...
ko pn gudluck kt mesir/uitm..
semoge bjumpe lg...
hoho..[gile sayu..sob...sob..]

njat tun berkata... [Reply]

takpe weh,cuti leh jumpa selalu.
kawin aku nnt,kau pengapit ok ceh
tibe2 ckp pasal kawin haha.

masturah idrus berkata... [Reply]

yeah! jd pengapit najat....
oh yeah...

Catat Ulasan

komen lah dengan ikhlas ya. Aku terima sahaja manis atau tajam.