Cari Entri Dulu

04 Ogos 2009

SEPI...

Jiwa remaja aku masih sepi. Aku sepi di disana. Masih tiada lagi kelibat rakan yang menyerupai rakan kongsi bilik ku di pusat ilmu yang terdahulu. Aku sepi. Aku dambakan kenangan itu. Dimana harus aku cari teman sehati dengan ku? Siapa yang akan menjadi teman sejiwa ku? Aku buntu dengn kehidupan ku kini. Rasa aneh jika keseorangan ke sana ke mari. Bukan maksudku yang aku tiada teman,aku belum lagi gila,bahkan yang gila pun punyai teman. Tidak tepat jika aku gunakan frasa 'teman' di sini. Ya,aku punya kawan,tetapi bukan teman. Teman semasa susah,itu yang aku cari. Ada itu ada,tetapi mereka jauh dari ku. Aku perlukan yang dekat dengan ku. Dekat yang senang ku capai,ketika aku jatuh,atau aku tersasar. Aku tak nafikan yang aku masih baru disana,tidak patut juga aku jangkakan yang aku akan jumpa teman ke mana sahaja aku jejakkan kaki ku. Tetapi aku pinta ingin begitu. Oh,tuhan,masihkah ada peluang sebegitu lagi?

1 reaksi homosapien:

Najatun Khairiyah berkata... [Reply]

ceh saya sbg rumet anda di kolej terdahulu berasa bangga pula membaca post ini haha (padahal ada lg 2 rumet lain,perasan betul haha).

ala rilek lah mas,
lama2 jumpa la tu.it takes time, no need to worry okeh.g la kawan ngan kazen aku,mesti kau asik gelak punya haha.

*okay jgn without permisi izul,takut worr*

Catat Ulasan

komen lah dengan ikhlas ya. Aku terima sahaja manis atau tajam.