Cari Entri Dulu

25 Mac 2010

TERIMA KASIH JIJAH.

Untuk Jijah yang tersayang..
Terima kasih kerna menerima diri ku seadanya.
Terima kasih atas segala kesabaran mu
Terima kasih kerna masih bersahabat dengan ku.
Terima kasih buat segala budi mu
InsyAllah..
Segala kebaikan mu itu akan menjadi bekalan pada 'tika' itu nanti.

(sorry sebab aku tertidur masa buat report..terima kasih kerna meneruskan kerja tanpa mengejutkan aku)

21 Mac 2010

SANGAT TAJAM

Tika ini aku sepi tanpa suara,

tika ini hanya mereka yang bergetar,
tika ini ramai sedang melabuh tirai,
tika ini bintang itu menziarah ke sana,
tika ini neon galak bercahaya,
tika ini mereka dalam tawa,
tawa yang tajam,
sehingga tertusuk ke dalam hati,
sakit,
tawa beterusan..kejam..
makin sakit..
tawa bukan ejen suka,
tangis bukan ejen duka,
tawa dan tangis biar berpada,
mungkin kelak, ia ejen pengutip nyawa.

(p/s: nak ketawa boleh,tapi jangan lama sangat tempohnya,takut terkena sumpah seranah)

20 Mac 2010

LAPUK

Sedang ia cuba membuka pintu baru,
ia kehilangan kunci baru,
alternatifnya,
ia mengambil kunci lama,
ia tidak sedar kunci lama itu sudah rapuh,
lapuk di telan zaman,
diantara langit dan tanah,
terdapat banyak pintu,
apa kata,cuba sahaja pintu seterusnya?
Mengapa harus kekal di situ?
Oh ya,
kerna tidak jumpa kepuasan di pintu baru?
Jadi,sampai bila mahu bertenggek di situ?
Tolong cuba lagi,bukan sila.

18 Mac 2010

DULU-DULU

Terasa bahagia tatkala tinta disaksikan para jemaah, 

Mereka hayati sambil menterjemah,
Bukan sekadar endah-tak-endah,
Tetapi,di kala ia sedang menjamu mata mereka,
tertimbulnya batu panas dari air,
air yang bercampur baur sifatnya,
seperti lebih cenderung ke arah menghakis,
batu seakan bertambah panas ketika keberatannya dicabar,
Sifat seakan asid, menghakis tidak mahu ditangkis.
Asid tidak lengkap tanpa alkalinya.
Imbangi agar seimbang.

(mahu menulis seperti dulu-dulu)

10 Mac 2010

BUKU BARU

0-0 ok..

Kamu tiada hutang sama saya,saya tiada hutang sama kamu.

09 Mac 2010

SORRY

Even that flower is yours,

and you are my candy,
but still,
I couldn't accept the flower of yours,
I'm just sick of it,
Stop playing around,
In this time,
I hate your smell,
I hate your beauty,
I hate every thing about you, MY CANDY'S FLOWER.

('hate'= tidak bermaksud benci dalam coretan ini,ia cuma perkataan yang menggambarkan perasaan yang terpendam,betul,siapa aku untuk membenci mu,dan SIAPA ENGKAU UNTUK MENYAKITI DIA)


08 Mac 2010

PESANAN TERAKHIR RASULULLAH(ISI KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH)


"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.
"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."

ANDAI ITU TAKDIR KU..

Aku hilang kamu untuk kebahagian mu,ok.
Aku rela.

Lelaki dan perempuan,tak boleh jadi kawan baik. Fakta. Realiti.
Aku terima.

05 Mac 2010

BANGKIT!

Gagal sekali tidak beerti gagal untuk selamanya. Jadi kita harus bangkit dari tenggelam dek kerana kegagalan. Gagal bukan musuh kita,bahkan rakan setia yang sering membantu kita. Tidak percaya? Cuba fikir,tanpa kegagalan,kita tidak akan menyedari kekurangan kita. Tanpa kegagalan,kita tidak mungkin jadi yang lebih hebat.  Nah! Gagal sahabat baik kita dalam diam. Kegagalan yang membawa kepada kejayaan. Sebaliknya,jika kejayaan tidak di hayati,ia boleh menjadi api dalam sekam.

hati-hati.

01 Mac 2010

BUKAN REZEKI KU

Sumber air dari sepasang mata rasa seperti sedang pasang

Dan ia mahu melimpah
Dan tika itu rasa ingin ke satu sudut
Sudut yang sepi
Agar diri tidak dicari
Biar sunyi

Bukan niat ingin menidakkannya
Apatah lagi menafikannya
Cuma ingin rintihan ini lesap
Rintihan yang sering dibelengu suara dunia
Dan tak terdaya mendengarnya

Rezeki jangan ditolak
Musuh jangan dicari

Terima sahaja bentuk terakhirnya
Tuhan sentiasa punya cara
Kita hanya bisa mencoba
dan terus mencoba
dan menerima
sesungguhnya tuhan maha bijaksana

Andai kau kuat kau kau bakal maju
Andai kau lemah kau bisa jatuh

Aku tahu itu bukan untuk ku
Aku tahu itu bukan milik ku
Aku tahu itu bukan rezeki ku
Noktah.