Cari Entri Dulu

Memaparkan catatan dengan label madah jiwa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label madah jiwa. Papar semua catatan

08 April 2011

SAYANGILAH MEREKA YANG MENYAYANGI KITA.



Yang dikejar tak dapat, yang di kendong berciciran. 

Jangan tamak dalam mendapatkan cinta. Kasih sayang Allah luas dan boleh datang dalam banyak cara. Salah satunya, melalui kasih sayang manusia. Rugi mengejar pada yang tak nak. Palingkan muka kepada mereka yang nak. Nescaya akan lebih bahagia.




Cintailah mereka yang mencintai kita.

Allah cinta akan hambanya. Jadi balas lah semula cinta DIA. Jangan diagungkan manusia sehingga alpa akan kasih sayang yang hakiki ini. Jangan butakan mata pada mereka yang kita cinta, malah beri ruang pada mereka yang mencintai kita supaya kita tidak derita.

Jangan memilih.

Tiada manusia yang tidak layak menyayangi manusia lain. Jangan ego dalam memilih orang untuk dicintai. Malah cintai lah seluruh umat manusia, lebih-lebih lagi yang seangkatan dengan perjuangan agama. Kita di didik untuk mencintai saudara kita bukan berhasad dengki mahupun membenci. Jangan memilih, kita ini sama taraf, sama darjat kerana kita hasil dari bahan yang sama ; air mani.

Jangan bersedih.

Kecewa bercinta lantas menyalahkan takdir. Berhenti berbuat demikian. Sentiasa letakkan di dalam hati, segala yang terjadi adalah yang terbaik. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui. DIA tahu apa yang terbaik untuk hamba NYA. Redha lah dengan ketentuan NYA. Perpisahan adalah normal. Dia bukan untuk kita.

Bertemu untuk berpisah.

Lumrah manusia. Bukan selamanya kita dapat bersama. Mungkin esok lusa kita tidak akan ketemu lagi. Memang itu jalan cerita kita. Kita bertemu untuk berpisah. Jika tiada perpisahan, maka tiada pertemuan. Seperti siang dipasangkan dengan malam, begitu jua lah temu dipasangkan bersama pisah. Jangan persoal jalan cerita Allah. Ada hikmah disebalik pertemuan dan perpisahan.

Hargai sebelum terlambat. :)

p/s: tiba-tiba aku takut dengan ayat sendiri. Boleh tak?

09 Februari 2011

MUSIBAH CINTA

Cinta itu kita tak nampak.
Cinta itu ibarat angin.
Bila ada kita rasa, bila tiada kita resah.

Hidup ini perlukan cinta.
Dunia ini perlukan cinta.

Pilu.

Cinta sering disalah erti.
Cinta sering dipersalahkan.
Cinta sering menjadi mangsa.
Alasan manusia cetek kedalaman ilmu.

Ya.

Bila cinta, harus berkorban,
Korban masa.
Korban harta.
Tetapi bukan korban jiwa!
Bukan korban dara.
Lainlah jika akad itu telah terlafaz.
Tika itu sudah jadi kewajipan demi sang bidadaranya.

Jika betul suci cinta nya,
hati juga harus suci.
Akal juga mesti suci.

Kuatlah gadis!

Apa ada dengan kata-kata keparat itu?
Usah takut ditinggalkan kerana Tuhan bersama kita.
Tuhan tak mungkin meninggalkan hamba NYA,
malah hamba NYA yang sering membelakangkan penciptanya.

Gadis molek

Dunia fana ini penuh dusta.
Penuh janji palsu.
Hati-hati sayang.
Semoga kalian jauh dari musibah cinta.


p/s: ayat di atas dikarang ketika aku mengantuk dalam majlis formal.

p/s: Tips dari aku; Kalau nak hilang kan rasa mengantuk, buat otak korang cergas. Maksud aku dengan berfikir. Salah satu benda yang aku suka fikir adalah reka bentuk pusat jana kuasa elektrik yang agak unik terutamanya ketika dalam perjalanan balik kampung dan keluar dari kota lumpur. Anda?

19 Januari 2011

SEMPENA DUA MINGGU LAGI..




Rambut masih basah. Aku geleng-geleng kepala konon nak biar rambut cepat kering. Sexy. Konon.

Sempena dua minggu lagi..

Aku mahu belagak sedikit. Belagak menjadi orang dewasa. Mahu berahsia. Tidak mahu ia dihebohkan.

Sempena dua minggu lagi..

Aku tidak mahu minta mereka memberi barang pink, memberi duit yang tidak nampak, memberi untuk buat aku senyum. Tak perlu semua itu.

Sempena dua minggu lagi..

Aku rasa selamat kerana aku akan berada di rumah pada dua minggu yang akan datang.

Sempena dua minggu lagi..

Aku nak merepek sahaja di kamar putih ini. Persetan kan alexa itu.

Sempena dua minggu lagi..

Aku mahu bersiap sedia, mana tahu ada pinangan yang menanti.

Sempena dua minggu lagi..

Aku mahu sentiasa senyum. Debar.

Sempena dua minggu lagi..

Jangan lah mata-mata yang sedang melihat tulisan repekan aku tertipu dengan frasa-frasa kering di atas kecuali senyum, alexa dan selamat berada di rumah itu. haha.

Aku  hanya senyum menanti.

Dua tambah satu sama dengan tiga.

Haha. Saja aku gedik. Dan aku yakin, semua menyumpah repekan ini. Padan muka. J

06 Januari 2011

AKU PILIH UNTUK DIAM.

Aku kini di sarang baru. Kapasiti semakin kecil. Tidak semeriah dahulu. Aku dan teman bilik akan cuba selesakan diri kami.

Dingin. Kaki berstoking dan berselubung. Kipas berputar lemah. Pintu berdentum dentam dek angin laut. Sejuk.

Telefon bimbit di sisi kanan ku. Tedy setia menemani ku. Sedikit sebak. Ya. Aku sedang dalam minggu sensitif.

Mungkin juga salah ku kerna kurang memberi tumpuan. Aku cepat leka. 2 bulan berpisah dengan teman-teman gadis di sekolah membuat kan aku ingin selalu menghabiskan masa bersama mereka. Jadi yang lain aku terlupa seketika.

Bukan aku lupa terus. Aku lupa kejap cuma. Itu memang sudah di ketahui. Sedikit sebak bila sorakan ceria di sambut hambar. Dan masih sebak.

Tak perlu salah kan diri. Biarkan aku begini. Tidak perlu ambil kisah. Tidak perlu berasa susah. Aku dianugerah kan dengan sifat cepat lupa. Aku akan cepat lupa. Aku takkan ingat. Jadi tak perlu gusar.

Tidak perlu buat telefon ku berdering.

Tidak perlu buat skype aku menimbul.

Tidak perlu.

Semua itu hanya akan menambah sebak. Biar aku pulih sendiri. Itu lebih baik.

Aku pilih untuk diam.


p/s: aku lebih aman jika tiada yang paham coretan ini.

11 Disember 2010

AKU BERSYUKUR

Aku bersyukur hidup begini.
Aku bersyukur jalan hidup ku begini.
Aku bersyukur kerna memiliki mereka yang dipanggil keluarga.
Aku bersyukur kerna mereka masih ada.
Aku bersyukur kerna mereka masih bersama di bawah satu bumbung usang.
Aku bersyukur menapak di rumah yang dipanggil flat dimana warnanya pudar sayup dimamah usia, karat merata-rata.
Aku bersyukur kami punya tempat berteduh.
Walau tidak indah, tapi ia memadai.

Aku bersyukur aku sering gagal kerna itu telah menjadi sumber kekuatan ku.
Aku bersyukur dengan apa yang jadi, kerna itu pengajaran dari Allah secara halus.
Aku bersyukur aku di dalam dilemma berkahwin muda, sekurang-kurangnya aku tidak hanyut dibawa nafsu cinta dan aku masih kenal dosa dan pahala ; aku tahu ia akan memberi kesan terhadap generasi yang bakal ku lahirkan jika aku terus hanyut.

Aku bersyukur aku masih takut kan Allah.
Aku bersyukur atas kurniaan Mu ya Allah!

p/s: coretan ini ditaip di telefon bimbit ku sebelum tidur semalam. At last! Aku bulih publish entry! yeay! hapdated!

29 Oktober 2010

TAKDIR KU MENGGONCANG LENA KU.

Orang kata,

Segala yang jadi adalah takdir.
Nasib. Mungkin.

Aku kata,
Segala yang jadi adalah refleksi diri.
Seakan quote ini,
"We are what we eat".

Setelah berbulan-bulan aku berhibernasi,
akhirnya lena ku dipalu.
Bukan paluan jutaria. 
Ia paluan derita.
Namun tak pula aku masam mencuka,
bahkan aku hanya senyum bersahaja.

Senyum itu bersifat variasi.
Senyum aku bukan untuk ketawa.
Senyum aku tanda bersyukur.

Hidup diulit mimpi. 
Fantasi.

Hidup dibaluti pedih.
Realiti.

Sungguh rugi orang yang sentiasa ketawa.
Tetapi tak rugi pada yang senyum.

Aku senyum kerna Allah sayang pada ku.
Allah tidak pernah kejam padaku.
Allah sentiasa sayang pada ku.
Kerna itu aku kini dipalu.

Sakit. Pedih. Perit.

Itu semua hadiah. Supaya aku tak leka dan terlena.

08 Oktober 2010

NO.


Luka di hati kembali berdarah.
Namun tak mampu aku ubatinya.
Kerna aku bukan doctor chenta.

Darah mungkin boleh lesap selepas seketika,
tapi tidak parut.
Ia kekal.

Seribu kata maaf tak mungkin memadam memori silam.
Selagi kau masih berlegar dalam kotak memori aku,
selagi itu aku tak bisa tenang.

Hati ku seperti sedang menuntut sesuatu,
namun akal ku tak mampu mendefinisikannya.
Aku keliru.

Mungkin,
jika ia terjadi lagi.
Aku pasti hati aku tak kenal lagi kasih sayang.
Kasih sayang manusia.

Jika kau kata, "Maafkan saya",
I would say, "NO".
Kejam.
Realiti memang kejam.


p/s: ingat, kasih sayang Allah jua yang kekal. Percayalah. 


05 Oktober 2010

"THERE IS NO FRIEND FOREVER"

Aku orang yang tak hebat,
boleh diabaikan bila terhajat.
Bila mahu panggil.
Bila tidak buang.

Pergi jahanam lah anasir yang bodoh-bodoh belaka.

Memang aku hanya layak wujud jika aku hebat seperti kau.

Friendship is nothing.
Its just element that can be forgotten.
In the end, you will be alone.
Facts that can never be denied.

Feel it before you deny.
You will realize its damn true!

p/s: perkataan-perkataan ini dengan spontan keluar dari kotak minda aku dan terus aku taipkan ketika aku dalam perjalanan pulang. Mungkin ada yang kata salah. Tapi bagi sesiapa yang pernah merasa. Mereka akan setuju. Percaya lah. Tapi. Aku sayang kawan-kawan aku. Really. Betul kata Sir Khalid, there is no "friend forever"

24 September 2010

MAAF SAYANG.


I know it was my mistake and I'm sorry. 

Kita tersentak dengan pinta awak. Kita tak sangka kita sekejam itu. Membiarkan hati awak di toreh hebat. Membiarkan jiwa awak lari jauh. Membuat kan hilang senyum di bibir awak. Membuat kan suara mesra pergi ke hujung talian. Membuat kan hari awak kelam semalaman.

"pujuk lah sayang"

Sentap sebentar dengan hasrat awak itu. Apa yang telah kita lakukan sehingga awak menaip pendek hasrat itu? Kita tertanya-tanya.

"Rindu"

Kita mula sedar. Kita yang memulakan. Kita yang mula melangkah jauh. Meninggalkan awak kerinduan di situ. Kita minta maaf. Kita tak sengaja. Kita leka dengan dunia maya, hingga lupa awak di alam realiti. 

Kita minta maaf. Kita bersalah pada awak. 

Forgive me.


p/s: ingatlah orang yang tersayang.








19 September 2010

PENGALAMAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sejarah mengajar kita menjadi lebih dewasa meniti arus angkara. Lupakan kisah yang lalu teguhkan tugu iman mu doaku buat kekasih - Doa buat kekasih (Ramli Sarip & Khatijah Ibrahim)

Kisah hidup yang dulu telah pun ditempuhi, dilalui, dirasai segenap tubuh kecil ini. Girang, sedih, sakit, tawa, tangis, pedih, kecewa, luka bercampur baur membentuk satu acuan di panggil pengalaman. Mudah dilupakan namun sukar dipadam dari kotak memori. Ianya tersimpan rapi, cuma terletak agak jauh dek ditelan masa. Ia akan timbul semula tatkala diperlukan pada masa-masa tertentu. Tetapi, ada masa nya ia akan muncul tanpa dipinta. Tanpa dirayu. Tika itu tubuh menjadi layu kerna masa lalu.

Tika itu jugalah pengalaman mula memainkan peranan. Menjadi api pembakar semangat supaya tubuh yang layu bangkit. Supaya tubuh kecil itu tabah mengharungi kedatangan tetamu yang tak diundang yakni pengalaman yang berperisa pahit. Pahit untuk ditelan apatah lagi untuk disimpan. Terima seadanya kerna itulah sumber kekuatan kelak.

Allah Yang Maha Pemurah menghadiahkan pengalaman yang tidak enak supaya hambaNYA tidak hidup di dalam kealpaan. Tetapi masih ada yang tidak bersyukur. Nauzubillah.

Di setiap kegagalan ada tersimpan hikmah nya. Begitu jua dengan kekecewaan. Namun tubuh yang kecil ini gagal menemui nya. Menjadikan dirinya dalam keadaan yang tidak seimbang. Seakan mahu jatuh kerna termakan amarah sendiri. Tiba satu masa, dia rasa bersyukur atas kurniaan Illahi. Dia bersyukur dia kecewa, dia bersyukur dia gagal. Dia bersyukur kerna Allah masih ingat pada dirinya.

Biarlah lah gagal, asalkan tidak tersalah haluan.
Biarlah lah kecewa, asalkan tidak tersalah pilihan.

Bersyukurlah dengan apa yang terjadi kerna sesungguhnya setiap perkara adalah balasannya. Percayalah.

Kepada si tubuh kecil, masa lalu bukan penentu cuma sebagai notis yang kompleks agar tidak tersesat lagi. Semoga Allah memberkati hidup mu. Amin.


p/s: dah lama aku tak buat entri macam ini.


21 Ogos 2010

SAMPAI HATI AWAK

Awak,

Kita ini gadis tau.
Kita ni kaum lemah.
Kudrat kita tak sama dengan kudrat awak.
Jadi awak tak boleh nak sama kan kita dengan awak.

Awak,
Awak tahu tak makna tanggungjawab?
Macam mana pula dengan prihatin?
Tipulah kalau awak tak tau.
Pergi belajar masuk taska balik.

Awak tahu tak makna amanah?
Kita tahu,
Kita bukan sesiapa bagi awak.
Kita ni orang yang boleh awak tolak tepi dan tarik bila nak.
Jadi awak mungkin tak heran dengan apa yang akan jadi pada kita.

Even kita tidak ada kena mengena dengan awak,
at least,
timbulkan lah rasa gusar dan risau terhadap kita.
Sebab kita ni gadis.

Kita tak mengharapkan lebih dari awak.
Cukup lah sekadar rasa prihatin dari awak kepada kita,
Kepada gadis seperti kita.



p/s: Allah sahaja yang tahu apa perasaan aku tika itu. 


20 Ogos 2010

AWAK, KITA CEMBURU

Awak,
Hari-hari kita senyum.
Hari-hari kita kita gelak.
Kadang-kadang kita merajuk.
Kadang-kadang awak gedik.


Seronok lah bila awak ada dekat sisi kita.
Senyum kita susah nak putus.
Salah awak lah ni.
Suka buat kita gelak.


Tapi kan awak,
Sejak awak dah mula rapat dengan orang lain,
kita rasa jauh dari awak.
Sebab awak mula buat orang lain senyum tak putus.
Mana aci.


Sekarang kita buka minda kita luas-luas,
Kita pikir dalam-dalam,
Kita pandang jauh-jauh,
Kita sedar,
Tak guna kita cemburu,
Sebab itu memang awak,
Si pembuat senyuman tak putus.


Sepatunya kita bangga kita kenal awak,
Sebab kita ada kenalan yang boleh bahagia kan orang sekeliling.


Awak,
Ingat ni,
Bila awak rapat dengan orang lain nanti,
Awak jangan lupa kita tau,
Sebab confirm kita akan dahaga kan kasih-sayang yang awak berikan melalui senyuman itu.


p/s: ingat orang couple je boleh cemburu? no..no..no.. semua orang boleh cemburu dengan semua orang. Lagi-lagi orang yang rapat dengan kita.

19 Ogos 2010

AWAK SENYUM, KITA JATUH CINTA!

Mata kita terpana tika melihat senyuman awak.
Indah sungguh ciptaan Allah.
Indah sungguh senyuman itu!
Rasa teringin menjadi penerima senyuman itu.
Malangnya, bukan rezeki kita lagi.

Permintaan kita hanya nak lihat senyuman awak.
Itu saja.
Kita tak minta lebih.
Walau untuk 5 saat sekalipun.
Kita sudah rasa riang.

Awak,

Senyum lah pada kita.
Kita takut kita kempunan nanti.
Kita takut, kita tak jumpa awak lagi.
Kita tak tahu ajal kita bila.

Boleh tak senyum pada kita?
Kita tunggu ini awak.
Boleh lah.
Kita teringin sangat.




Terima kasih awak!
Kita seronok sangat.
Senyuman awak pengubat jiwa lara kita.
Buat kita jatuh cinta.

Eh, tapi kan awak.
Kita bukan jatuh cinta dengan awak.
Kita jatuh cinta pada senyuman menawan awak itu saja.
Awak jangan pikir lain.
Sebab kita tiada niat lain.
Selain menjadi penerima senyuman awak


p/s: bukan nya susah kan nak gerak kan otot kat pipi untuk senyum. Senyum kan satu bentuk sedekah. Bila tak senyum buat orang lain jauh dari kita. Tapi jangan la senyum memanjang macam mintak berus jamban, senyumlah berpada-pada. Balaslah senyuman orang lain, bukannya susah. Ayuh bergelek bersama M. Daud Kilau! Senyum lah senyum lah ahai cik mek molek.. ewwah!

18 Ogos 2010

HANYA 15 MINIT

Dulu...

Awak, 
Tau tak kita boleh rasa bahagia dengan hanya tengok muka tanpa mengenali tuan empunya?
Kita bahagia tengok awak.
Kita rasa gembira.
Betul ini.


Awak, kita tak kenal awak.
Kita tak pernah nampak awak pun.
Itu lah kali pertama.
Lepas itu awak hilang.
Kita cari tapi tak jumpa.


Awak, kita tak putus asa.
Kita cari lagi.
Lepas itu, hati kita terus berbunga.
Sebab Allah benarkan kita tengok awak lagi.
Tapi kali ini dari jauh.


Awak, 
Awak jalan cepat sangat.
Kita tak berdaya nak kejar.
Kali ini, kita hilang awak lagi.
Dan itu yang terakhir.


Awak,
Kita tak tahu apa maksud pertemuan bahagia itu.
Walau hanya 15 minit tempoh kejadian,
Kita masih rasa bahagia bila ingat masa itu.
Kita bahagia, sebab itu kali pertama hati gadis kita ini berbunga riang bila tengok orang yang tak dikenali.
Betul, tak tipu.


Tiada rasa sayang, 
tiada rasa suka,
Cuma kita rasa bahagia. 


p/s: peluang datang hanya sekali. So just grab it!

06 Ogos 2010

SURAT CINTA BUAT PARA SAHABAT.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tidak pernah ku sangka langkah ku telah mengguris jalan hati kalian.
Aku mohon maaf.
Hati ku pernah terluka jua.
Namun, aku sudah lupa.
Baru aku mengerti kenapa Allah menciptakan aku sebagai seorang insan yang pelupa.
Otak ku pantas membawa memori luka tenggelam nun jauh di sana semoga ia tidak akan mudah muncul semula.

Serius.

Aku diajar untuk memaafkan semua orang sebelum tidur.
Kita tidak tahu ajal kita bila.

Sesungguhnya, senyuman kalian menjadi kan aku lupa mengapa hati aku terluka.

Jadi, jika kau pernah menoreh perasaan ku ketika hari yang lalu.
Hari ini, aku sudah lupa.

Allah Maha penyayang.

Tetapi, jika kalian selesa dengan atmosfera begini,
aku redha.
Jika kalian tidak senang dengan kehadiran ku di depan mata kalian,
aku terima.
Mulai hari ini,
anggap lah aku tidak pernah hadir dalam hidup kalian.
Anggaplah aku hanya seorang pelajar yang tak dikenali.
Anggaplah aku tidak pernah wujud.

Mungkin ada yang mencebik ketika meneliti surat ini.
Terserah,
itu hak kalian.

Di laman ini, hati kalian terluka,
di laman ini juga aku mohon maaf.

21 Mac 2010

SANGAT TAJAM

Tika ini aku sepi tanpa suara,

tika ini hanya mereka yang bergetar,
tika ini ramai sedang melabuh tirai,
tika ini bintang itu menziarah ke sana,
tika ini neon galak bercahaya,
tika ini mereka dalam tawa,
tawa yang tajam,
sehingga tertusuk ke dalam hati,
sakit,
tawa beterusan..kejam..
makin sakit..
tawa bukan ejen suka,
tangis bukan ejen duka,
tawa dan tangis biar berpada,
mungkin kelak, ia ejen pengutip nyawa.

(p/s: nak ketawa boleh,tapi jangan lama sangat tempohnya,takut terkena sumpah seranah)

20 Mac 2010

LAPUK

Sedang ia cuba membuka pintu baru,
ia kehilangan kunci baru,
alternatifnya,
ia mengambil kunci lama,
ia tidak sedar kunci lama itu sudah rapuh,
lapuk di telan zaman,
diantara langit dan tanah,
terdapat banyak pintu,
apa kata,cuba sahaja pintu seterusnya?
Mengapa harus kekal di situ?
Oh ya,
kerna tidak jumpa kepuasan di pintu baru?
Jadi,sampai bila mahu bertenggek di situ?
Tolong cuba lagi,bukan sila.