Assalamualaikum orang kampong!
Kali ini aku nak cerita pasal hadiah. BTW, Saiful Azrie, aku tak lupa janji aku nak bagi present atas ke lucky an kau menerjah blog aku. Dont worry ok.
(PERHATIAN: Sila baca dengan nada yang gedik. Terima kasih)
Kembali kepada persoalan kita ye tuan puan. Dalam hidup, mesti anda-anda pernah membelikan hadiah buat mereka-mereka atas dasar terpaksa mahupun ikhlas. Tetapi ada jugak orang yang TERLALU gemar membeli hadiah buat teman-teman dia, sebagai contoh, adik perempuan aku. haha. Tapi aku bukan nak cerita pasal adik perempuan aku ye tuan puan. Aku nak habaq kat hangpa semua apa rahsia aku dalam memilih barang untuk dijadikan hadiah.
Rahsia nya adalah....
pilih barang yang kita suka!
Yeah! Itulah rahsia nya.
Apa jenis barang yang aku suka?
1. Comel macam teddy
2. Colourful macam rainbow
3. Sedap macam marshmallow
4. Cantik macam rantai leher kah, cincin kah, rantai tangai kah
5. Unik macam kayu urut yang aku bagi Encik H.
Orang kata kalau kita bagi barang yang kita suka, kita akan dapat pahala. Tak tahu lah sejauh mana kesahihan nya kan. Tapi aku memang macam itu. Aku beli benda yang aku suka, aku bungkus dan aku akan bagi orang itu. Tapi kan, kadang-kadang aku BERAT HATI nak bagi. Seriously! Bukan aku tak ikhlas. Kalau aku tak ikhlas aku tak bagi. Baik aku simpan kan.
Nak kata aku kejam tak jugak, tapi kadang2 aku suka beli barang yang orang tu tak suka. At least bila dia tengok, dia benci, dia ingat aku, dia gelak. (hopefully)
Aku juga suka beli barang yang orang itu akan guna, bukan sekadar letak satu tempat buat hiasan sampai berhabuk. Manalah tahu aku datang rumah dia tiba-tiba dan tengok benda itu dah bersawang2, tak ke kecik hati aku kan.
Haa.. begitulah ye tuan puan. Jangan lah anda-anda beli hadiah mahal-mahal besar-besar semata-mata ingin mendapat pujian orang ramai, nanti bulih jadi kes sombong, bongkak, riak, belagak. Dah dapat dosa. Jadilah macam aku (ecececeh), aku hanya berharap orang itu senyum dan happy bila terima hadiah tersebut.
Till then, daaaa.
p/s: Birthday aku bulan Februari. Ehem. Tertaip pulak. haha