Akhirnya.
Tempoh 3 hari itu cukup untuk menyedarkan aku betapa bermakna nikmat kesihatan itu.
Mama telah 'dipaksa' masuk ke wad untuk menjalani pembedahan kecil di leher. Ianya bertujuan untuk rawatan dialysis. Rawatan dialysis pertama adalah pada hari khamis lepas. Seterusnya adalah esok (Isnin). Keadaan buah pinggang mama semakin teruk, oleh sebab itu doktor memaksa mama untuk melakukan rawatan dialysis itu.
Ianya untuk kebaikan mama juga, Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNYA.
Selama aku berkampung di HKL, aku sudah terserempak dengan pelbagai macam orang. Ada yang nampak macam sihat, tapi dia saja yang tahu sakit yang dia tanggung. Ada juga yang jelas-jelas dalam kesakitan terbaring tanpa ada daya hendak bergerak. Ada yang tua memanggil nurse untuk minta ditemani. Sebak seketika.
Aku semakin sebak pabila mama mengadu kesakitan sehingga mengalirkan air mata. Sebagai seorang anak, aku tak mampu menahan rasa sebak melihat keaadaan itu lantas aku turut menangis. Sejak Rabu lepas, aku kerap menangis untuk melepaskan sebak di dada. Mama, please be strong.
Alhamdulillah, mama di beri jiran sebelah katil yang kuat semangat. Allah kirimkan mereka supaya mereka dapat berkongsi semangat itu bersama mama. Mama perlukan orang sebegitu sebab "There're times when strangers are like family, and family are like strangers", Hlovate. Kadang-kadang. Lagi satu, lebih mudah berkongsi rasa bersama mereka yang juga sakit seperti kita.
Berulang-ulang kali aku dipesan oleh mereka supaya jaga makan, jaga kesihatan. Insyallah makcik.
Terima kasih Allah. Terima kasih atas kesedaran yang kau berikan ini. Terima kasih kerana memberi aku peluang melihat keadaan mereka yang lebih sukar dari aku. Aku percaya setiap cerita yang Engkau karang pasti ada hikmah disebaliknya.
Bila Allah duga kita, itu petanda yang Dia sayang kepada kita. Dia tidak mahu kita lupakan Dia dan Dia mahu kita sentiasa dekat dengan Nya. Jadi, jangan sesekali mempersoalkan takdir. Kita hidup kerana Allah, mati juga kerana Allah. Semuanya kerana Allah.
Jadi, bila kita sakit kita seharusnya bersyukur. Bila tidak sakit pun kena bersyukur juga. Jangan lupa diri, jangan sesekali lupa Allah kerana Allah tak pernah lupa kepada hambaNYA.
Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak. Doa kan mama aku, Puan Norhizan sembuh dari penyakitnya dan sentiasa kuat semangat. Walau aku tahu dari segi perubatan, buah pinggang tidak mampu pulih seperti sediakala, tapi aku percaya kuasa Allah.
31 Julai 2011
Hospital : Tempat Untuk Kita Belajar Bersyukur | Semoga Cepat Sembuh Mama!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 reaksi homosapien:
Assalamualaikum.
Semoga terus tabah.
Akak pernah rasa semua tu dua tahun dulu.
Selama 2 minggu dekat hospital buat kita sedar tentang bermacam perkara dalam hidup.
Terutama tentang kekuasaan Allah SWT.
semoga ur mom cepat sembuh sis :)
kuatkan semangat okay!
selamat berpuasa!
May Allah helps your mother.
Tabah please, ujian dalam Ramadan untuk uji ketahanan kita. Believe in HIM. ALlah nak bagi pahala banyak ni
bersabarlah. insyaAllah, dengan keberkatan Ramadhan, ur mum akan cepat sembuh... :)
Catat Ulasan
komen lah dengan ikhlas ya. Aku terima sahaja manis atau tajam.