Cari Entri Dulu

18 Julai 2011

MEWAH TIDAK SEMESTINYA BAHAGIA

Bagi aku lah. Tak tahu bagi korang macam mana pulak

Gambar dijumpai dalam carian Google Image

Dulu aku pernah mengimpikan untuk mendiami kediaman yang besar gedabak. Yang ada 3 tingkat. Yang ada swimming pool. Yang ada taman sendiri. Mewah gila kan. Pemikiran ini adalah sebelum aku ada pengalaman mendiami rumah yang mewah sesangat. Tapi selepas dah merasa baru tahu mewah itu tidak semestinya membahagiakan diri.

1. Keselamatan.

Tak kisah lah pasang alarm banyak mana, pakai pak guard yang badan ketul-ketul, pakai kunci pintu yang canggih mana pun, aku tetap rasa tak selamat duduk rumah macam itu. Setiap masa rasa risau takut orang masuk tak diundang, setiap malam tak boleh tidur takut alarm bunyi, setiap kali keluar rumah nak lepak swimming pool pun kena kunci pintu. Memang lah kita kena berwaspada selalu, tapi kalau waspada itu sampai buat kita paranoid bila nak rasa bahagia nya.

2. Perbelanjaan.

Bagi yang mampu mereka tak nampak pun perkara ini sebagai masalah. Setiap bulan duit mengalir macam sungai, tapi diorang tak rasa apa pun. Kalau diorang terasa beban, mestilah diorang tak beli itu ini, renovate itu ini, tambah perabot itu ini kan. Bayangkan rumah yang pasang aircond di semua ruang yang ada, cctv, alarm, penapis untuk swimming pool lagi berapa banyak bil elektrik nya? Itu baru bil elektrik, belum bil dan bayaran perkhidmatan yang lain.

3. Kosong

Sunyi. Rumah sebegitu akan meriah bila ada hari hari yang khusus aja. Selain dari itu, akan maintain 'kosong'. Aku tak boleh duduk rumah 'kosong' lama oleh sebab aku dah terbiasa mendiami rumah yang 'meriah' (famili aku besar). Kalau tak, tekanan jiwa lah jawab nya. Tension lah sebab rasa macam duduk dalam haunted mansion. Mewah tapi tiada orang, hanya ada yang itu. Teettt. hikhik

*****

Syukur lah aku dilahirkan dalam keluarga yang sederhana dan tahu apa itu erti kesusahan hidup. Syukurlah aku faham apa itu erti tak mampu. Syukurlah aku sedar ada yang lebih susah dari aku, oleh itu aku tak mengamalkan pembaziran secara berleluasa. Syukurlah aku duduk didalam rumah yang kecil, tapi meriah dan bahagia. Alhamdulillah.

p/s: Seronok pulak kaji pasal setan ni. hikhik http://www.hafizfirdaus.com/ebook/PDFeBooks/7_tipudaya_syaitan.pdf
p/s: instead of membazir duit untuk diri sendiri, baik kita membantu mereka yang memerlukan.

7 reaksi homosapien:

cik deyla berkata... [Reply]

kan ?
dulu kemain kite berangan nak bilik dalam dia ada swiming pool. tapi skg dah besar kan. huehuehue

Masturah Idrus berkata... [Reply]

@cik deyla:

hikhik. tau takpe

Nailah Azman berkata... [Reply]

Rumah ni eh? Hehehe.

Tapi memang betul pun.
Selalunya orang rumah besar ni yang banyak masalah dalaman keluarga.
Jarang sangat sebenarnya nak jumpa family yang mewah dengan hidup berkiblatkan Kaabah dan bahagia.

Sidratul Muntaha berkata... [Reply]

aku bab - bab ni..
aku prefer rujuk diri sendiri dan jugak ceramah ustaz azhar idrus,kaya tak semestinay senang...
Allah bagi kita dan uji kita setimpal dgn kekuatan kita...
senang pun ujian,susah apetah lagi...

Masturah Idrus berkata... [Reply]

@Nailah Azman:

bukan rumah tuh. tak leh tunjuk rumah asal. hehe

betul tu kak, kat luar nampak macam bahagia, hakikatnye...

Masturah Idrus berkata... [Reply]

@Sidratul Muntaha:

setuju dengan kau..

dalila saleh berkata... [Reply]

kan? bila rumah byk sgt pintu tidur malam pun tak lena takut ad org masuk. setiap kali nak tidur kena check pintu dah kunci belum. nak duduk rumah sorg2 pun tak berani.

Catat Ulasan

komen lah dengan ikhlas ya. Aku terima sahaja manis atau tajam.